Saturday, May 02, 2009

Penanti: Kita Yang Bodoh Atau Tidak Matang.?


“Saya rasa bersalah dan tidak adil kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.


“Kini saya perlu mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan,” kata peguam berusia 48 tahun itu.


Dalam kenyataan itu, Manoharan turut meminta maaf kepada pengundi di kawasan itu kerana tidak dapat memberi perkhidmatan secara peribadi kerana ditahan di bawah Akta ISA sejak 2007


Itu adalah nada suara YB ISA yang ditahan sejak tahun 2007. Persoalannya bagaimana perlaksanaan undang-undang ini yang membenarkan calon yang ditahan undang-undang menjadi calon untuk wakil rakyat sesuatu kawasan.?


Sudah terbukti PKR adalah parti yang ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk memimpin. YB yang di dalam penjara masih boleh ditabalkan sebagai wakil rakyat. Butakah permikiran rakyat Malaysia atau rakyat tidak matang berpolitik.?


Anwar Ibrahim Munafikun mengambil kesempatan diatas kelebihan yang ada di Kota Alam Shah. Rakyatnya buta dan bodoh akal. (Maaf jika terkasar) Itulah kelebihan yang sedang dicongak oleh Anwar Ibrahim Munafikun. Beliau tahu kebodohan rakyat yang lebih gemar menyokong membabi buta dengan politik persepsi yang diciptanya. Peliwat itu mahu momentum sokongan dikekalkan sepanjang masa.


Mungkin beliau berpendapat di ketika ini jika di letakkan lembu sekali pun sebagai calon yang mewakili mereka pasti keputusannya telah diketahui. PKR akan menang. Rakyat memang sudah bosan dengan BN kerana politik persepsi yang digerakkan PKR. BN kekurangan daripada segi itu. Itulah realiti BN harus terima.


Walau bagaimanapun, Mengkuang yang akan membuang undi pada 31 Mei 2009 perlu menghentikan politik kotor ini. Rakyat marhaen Mengkuang perlu membuang PKR terus ke laut Selat Melaka bagi memberi isyarat parti ini tidak menjaminkan apa-apa.


PKR perlu dinyahkan daripada Mengkuang dan PKR perlu juga dinyahkan daripada Kota Alam Shah. Kesilapan lalu jangan diulang lagi kali ini. Gunakanlah akal kita dan renungkan kembali kecelaruan yang digembar-gembur kala ini. PKR harus dinyahkan dan hentikan memperbodohkan rakyat marhaen.



Kita yang bodoh atau tidak matang.?


8 comments:

Anonymous said...

sepatutnya utk menjadi calon wakil rakyat walaupun sedang menjalani hukuman penjara mestilah LEVEL Presiden atau top five dlm sesuatu parti, mcm Mandela...

kalu setakat ajk biasa mcm si Mano tu, apa yg bole wakil2 dia buat setakat buat kerja percuma..?

saiful said...

Salam,

Kdg2 nasihat org lama kena dgr jg, bersihkan BN dr perasuah, lantik muka-muka baru yg lama jd advisor sudahlah.

PARPUKARI said...

HIDUP GARAMANIS!

SAIFUL AKU RASA YANG ADA KES RASUAH SEMUA KENA KELAUR DARI UMNO LA, KENA BERSIHKAN UMNO, KAMI TAK NAK PERASUAH!

KAMI BENCI AL JUBURI WAL LIWATI DAN PWERASUAH!

Anonymous said...

Saya tidak lihat rakyat yang tidak matang. Sekurang-kurangnya, tak ada orang seperti si Toyo berdisney dgn wang rakyat.

Untuk mencegah rasuah dalam BN? Selagi mata-mata sebahagian BN, rasuah akan berleluasa.

PKR memang ada kelemahan, PRU11 ia hanya mampu menang PP saja berbanding PRU12. Sekarang masanya untuk cari talent (haraplah bukan 'talent' macam si katak dua ekor perak tu).

Kita lihat Anuar yang telah menguatkan kuasa penbangkang dapat mengubah BN untuk reform. Tapi setakat ini, tak dilihat ada apa reform lagi.

TAAVEEKUN PERAK said...

Jika diteliti peranan Melayu di Pulau Pinang kini yakni semenjak PR mengambil alih kerajaan dari BN dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional adalah amat jelas perbezaannya. Lihat bagaimana Cina DAP telah menguasai hampir keseluruhan EXCO Negeri. PR Melayu hanya diberi peranan memegang portfolio 'Second Class' yang tidak penting manakala portfolio penting seperti kewangan, tanah, pembangunan dan kerjaraya dikuasai oleh orang Cina. Berbanding kerajaan terdahulu walaupun Ketua Menteri dipimpin oleh Gerakan namun EXCO Melayu UMNO masih diberi peluang memegang portfolio kewangan dan portflio penting lain.

Alasan yang diberikan Anwar bagi menjelaskan penguasaan DAP adalah amat mudah. Kononnya dengan perubahan senario politik ini yakni memberi lebih kuasa kepada orang Cina dapat menghapuskan kronisme dan penyelewengan yang menurut Anwar sering dilakukan oleh pemimpin UMNO dulu walhal tidak pernah sekalipun tuduhan tersebut disertakan dengan bukti yang sahih. Lebih menyedihkan lagi kini, sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.

gotahlantun said...

SALAM BRO,

BADAN DAN OTAK ADA ASAM LAH BRO, SO KASI SIKIT REHAT SEMINGGU DUA.

SEKARANG BARU ADA SEGAR JUGAKLAA..

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ITULAH PASAL KALAU PILIH PEMIMPIN PAKAI TELUNJUK JER.
SEMAKIN LAMA BEGINILAH JADINYA, DAN YANG MENJADI MANGSA...

RAKYAT TERBANYAK.

Z-MAY said...

bodoh + tak matang = bodoh sombong

Ex-UMNO said...

UMNO sudah nampak semakin terhimpit.
Takut akan dimalukan sekali lagi di N12 Penanti.

Hingga kesaat ini UMNO masih lagi membisu sama ada bertanding atau tidak.

Sekarang UMNO boleh kata apa saja terhadap PKR, PAS atau DAP, tetapi selagi sokongan kaum cina dan india dari DAP terhadap Pakatan Rakyat, UMNO akan menemui ajal nya tidak lama lagi.