Thursday, May 28, 2009

Mengkuang: Hari Ahad Layan TV atau Pergi Rumah Kenduri Kahwin Jika Ada

Azmin Mat Dayus membuat cerita karut kononnya rakyat Mengkuang disuruh supaya tidak keluar untuk membuang undi. Azmin Mat Dayus menempelak UMNO kerana menghasut rakyat dengan mebuat omongan tahyul PKR sudah menang kerana BN tidak bertanding.

Sebenarnya Azmin Mat Dayus mengelabah kerana keberanian Kak Min untuk mendedahkan kehodohan PKR negeri yang mempermainkan demokrasi rakyat. Azmin Mat Dayus dan Anwar Ibrahim sudah bimbang rakyat Mengkuang akan swing undi kepada Bebas kerana pendedahan Kak Min akan menjejaskan peluang PKR menang di Penanti.

Ketika ini, arus perubahan Mengkuang kuat bertiup untuk menghalau PKR keluar daripada Penanti. Anwar sendiri mengakui PKR sengaja mengadakan pilihanraya disitu. Kononnya YB Fairus Al-Pemalas langsung tidak berkaliber. Rakyat Mengkuang seharusnya menilai tingkahlaku PKR yang pentingkan diri sendiri dan tidak memperjuangkan nasib rakyat Mengkuang.

Jika UMNO menghasut supaya rakyat Mengkuang tidak keluar mengundi Azmin Mat Dayus peduli apa kerana UMNO menyuruh supaya ahlinya memulaukan pilihanraya itu. Jika mereka keluar pun pasti undi tidak diberi kepada PKR. Pergi jahanamlah sama PKR. Itulah laungan rakyat Mengkuang yang sudah letih dengan kejijikan PKR berpolitik. Rakyat Mengkuang lebih seronok jika pada hari ahad ini menonton TV cerita hiburan sensasi di TV3 atau drama hindustan. Itu lebih seronok dan menyeronokan.

4 comments:

MPP said...

Bukannya apa bro..Mat dayus tu dah tau peratusan keluaq mengundi akan menurun di PRK Penanti kali ni.

Tak pun, depa dah jangka undi yang depa dapat akan lebih rendah dari si fairuz dulu.

Depa paling takut kalau2 depa kalah pada kak min tu nanti.

Tu yang depa pakat dok meroyan tak tentu hala tu.

Biarkannn...biarkannn.

pa'loi said...

Salam,

Betul tu, klu nk hasut pengundi BN tak klua mengundi biar la, Klu pengundi BN klua bukan nak undi PKR pun. Hahaha benda simple pun tak leh pikir.

Apa agenda PKR untuk rakyat Penanti?

Tiap2 kempen kutuk BN, saudaraku se Pulau Pinang sedarlah, PKR jual kita kat DAP!

Keluarga aku tanah pun tak ade, aku percaya ramai lg macam aku, yg ada, tanah Melayu ni lah, bukalah mata...tolak anwar, pemecah belah bangsa!

Admin said...

GM...depa dah tempah bas dah...hari Ahad nie pakat-pakat kita pi rombongan, Bukit Kayu Hitam ka, Langkawi ka...ahahahahaha!

PARPUKARI said...

siapa lagi kalau bukan si mat lembut yang suka berkongsi isteri tu la!