Monday, May 18, 2009

Sedarlah Kamu Cuma Ada 6 Kerusi Buruk Yang Lusuh Dan Hanyir

Ini gambar penyanyi kumpulan Punk The Exploited yang akan menjerit memaki hamun kerajaan. Tiada bezanya dengan PAS yang suka menjerit-jerit tetapi tidak tahu apa yang dijeritkan


Kadang hairan dengan tingkah laku menggila Nizar, seboleh-boleh beliau mahu mempertahankan kerusi MB yang diberi DAP sebagai boneka. Apa yang mahu dipertahankan Nizar.? Kroni, balak atau Nizar sudah termakan budi dengan DAP.?


Ramai yang tidak sedar, penyokong totok PAS yang berbaring juga mungkin tidak sedar. Nizar jadi begini kerana kuasa. Satu istilah yang sesuai diletakkan di dahi ahli politik menggila seperti Nizar.


Cubalah kita renung dan singkap kembali di mana peranan PAS di Perak dan juga di dalam Pakatan Rakyat amnya. Penyokong totok bertakbir membabi buta, mengiyakan segala kerja keji pemimpin mereka.


Kisah di Perak cukup menjelaskan betapa hinanya Nizar dan PAS. Sudah terang lagi bersuluh mereka dipergunakan dan diperah tenaga sebaik mungkin. Ikut logik mana mungkin Tuanku Sultan Perak mahu memberi jawatan MB kepada parti yang hanya mempunyai 6 kerusi. Tolak tepi DAP yang ada 18 kerusi. Tuanku boleh memilih PKR kerana PKR punyai kerusi DUN yang lebih daripada PAS.


Tapi dalam hal ini, Nizar dan PAS masih belum sedar akan kesilapan dan tolenrasi Tuanku Sultan. Ketika krisis pelantikan MB bermula setelah insiden 8 MAC, kerajaan terdahulu BN lebih layak memimpin Perak memandangkan BN punyai 28 kerusi. PAS, PKR dan DAP langsung gagal meyakinkan kemampuan mereka. Logo gabungan pun Tuanku Sultan gagal melihat daripada mereka.


Bagaimana mahu membentuk gabungan jika logo pakatan pun tiada dalam diri masing-masing.? BN mencadangkan supaya DUN dibubarkan kerana tiada kesefahaman yang dicapai dalam konflik itu tetapi ditolak Tuanku Sultan atas alas an pembaziran wang dan juga masa.


Jadi mengapa hari ini heboh Pakatan mahu dibubarkan DUN.? Paling lantang mahu dibubarkan DUN adalah DAP. Strateginya hanyalah mahu meletakkan calon Melayu supaya boleh membonekakan Melayu itu. PAS layak diletak di tongsampah jika DUN dibubarkan. Ketika itu DAP akan memegang bahu PAS dan berkata "We all sudah ada MB Melayu DAP, You PAS duduk diam-diam situ ambil ini chewing gum kunyah"


PAS tidak sedar betapa marahnya Tuanku Sultan ketika pihak komunis DAP memboikot untuk mengadap Tuanku Sultan kerana isu pelantikan MB. Nizar dan PAS terlupa bahawa DAP komunis tidak mahu ber ‘MB’ kan PAS kerana satu alasan PAS adalah pejuang Islam haprak.


Tapi disebabkan kuasa dan keinginan membuak-buak untuk menunjukkan kepada penyokong totok PAS yang PAS adalah parti yang berjaya dengan menjadi MB setelah di Terengganu, Kelantan, Kedah kini Perak dalam gengaman PAS. PAS telah dibutakan hati dengan takbur kuasa.


Kita harus melihat bagaimana Singapura menggunakan orang Melayu untuk sama-sama membina negara Singapura hingga gah seperti hari ini. Pasti ada agenda untuk menjadikan Perak seperti Singapura. Kita tidak boleh memadamkan sejarah. Sejarah yang mengatakan Lee Kuan Yew mengarahkan Lim Kit Siang untuk terus kekal di Malaysia supaya bumi bertuah ini jatuh kembali kepada mereka. Kini orang Melayu Singapura menyesali apa yang telah berlaku kepada mereka.


Kita semua sedia maklum siapa Lim Kit Siang ketika era Lee Kuan Yew dan peranan yang dimainkan dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Lihat sejarah hari ini, mana pernah dalam sejarah negara, sebuah parti yang punyai kerusi paling sedikit dalam negeri boleh menjadi MB. Mengapa ianya terjadi dan apa yang tersirat disebalik yang tersurat.?


PAS harus mengakui dan berterima kasih kepada Tuanku Sultan kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Nizar untuk memimpin kerajaan negeri. Tuanku mahu Nizar memimpin dengan adil dan bijaksana bukan memimpin mengikut telunjuk dan suka hati mereka yang rakus mahukan tanah selama 999 tahun. Nauzubillahiminzalik..!


Itulah yang terjadi kepada PAS hari ini. Mereka terlalu khayal dengan kerosakan yang dicipta sendiri. Tidak pernah PAS merasa sekhayal hari ini. Kononnya mereka berasa terlalu seronok kerana berjaya mendapat kawan yang sekepala untuk menumbangkan BN. Tapi mereka terlupa BN tidak tumbang yang tumbang adalah maruah PAS dan perjuangan yang diagungnya untuk menubuhkan negara Islam.


No comments: