Saturday, May 30, 2009

MB Kedah Sokong Najib, Apa Kata Nik Aziz?


Kali ini GM bersetuju dengan kenyataan seorang pemimpin PAS. Walaupun sebelum ini GM agak radikal menghentam kepimpinan PAS berkaitan beberapa isu nasional untuk post kali ini GM bersetuju dengan seorang pemimpin PAS daripada Kedah. Bukan dengan segelintir pemimpin PAS lain yang senantiasa mengiyakan kenyataan Nik Aziz demi survival politik sendiri.

Sebelum ini GM agak kecewa dengan kenyataan Nik Aziz yang menyamakan BN dengan komunis dan kenyataan Nik Aziz itu ibarat beliau tidak memahami sejarah ataupun lebih kepada bersifat politik. Nik Aziz sepatutnya menilai dahulu kesannya berhubung beberapa kenyataan “nyanyok” yang boleh mengundang kegusaran muhibbah orang Melayu.

Menyamakan BN dengan komunis sama seperti Nik Aziz menimbulkan fitnah yang ditelan bulat-bulat oleh penyokong tegar PAS. Belum pernah sehingga ke hari ini kedengaran pemerintahan BN mencedok fahaman komunis. Belum pernah berlaku tindakan radikal pemerintah yang membunuh membabi buta dan sepatutnya Nik Aziz perlu lebih rasional dalam mengeluarkan kenyataan. Satu "diapers" untuk Nik Aziz bimbang beliau hilang pertimbangan untuk mengawal sistem penyahtijaan.

Datok Azizan adalah contoh kepada kepimpinan pelapis PAS yang matang berpolitik. Beliau tidak akan menyokong jika sesuatu isu itu dilihat benar-benar tidak betul dan akan berkata benar jika ianya benar. Ketokohan sebegini amat diperlukan PAS memandangkan PAS adalah parti kedua terbesar orang Melayu bagi mengimbangi peranan UMNO dalam mencorak atmosfera politik semasa.

Azizan menyatakan sokongan kepada pendirian Najib dalam keputusan kerajaan yang tekad tidak membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia. GM tidak melihat sokongan ini akan mengundang padah kepada Azizan menjelangnya Muktamar PAS Jun nanti. Azizan adalah contoh kepada generasi pelapis PAS untuk berpolitik secara matang. GM yakin akar umbi amat menyenangi ketokohan Azizan.

Janganlah menjadi seperti PAS Johor yang menyatakan sokongan dihadapan penyokongnya ketika berceramah di Simpang Renggam. Tindakan itu menunjukkan PAS Johor ketandusan pemimpin yang bijak. Ini kerana PAS Johor boleh diibaratkan menyokong komunis sama seperti menyatakan sokongan terhadap komunis menggempur pejuang orang Melayu di Bukit Kepong dan menyokong kegilaan komunis di Muar yang membunuh membabi buta hingga mencetuskan serangan balas daripada orang Melayu 50 tahun yang lalu.
Nizar, tingkahlakunya telah mengundang benci dalam kalangan ahli PAS Perak.
Nik Aziz perlu melihat sokongan orang Melayu terhadap PAS semakin hari semakin suram berikutan insiden di Perak dan beberapa lagi isu nasional yang diceburi PAS dan yang paling terkesan protes orang Melayu di Bukit Gantang. Orang Melayu mengherdik PAS kerana menyifatkan PAS adalah parti yang “Hentam Kromo” walhal PAS sudah hampir 40 tahun bertapak di bumi Malaysia tetapi tindakan dan pemikiran PAS boleh diibaratkan seperti baru setahun jagung dan sering diperlekehkan rakan sepermainan.

Nik Aziz perlu menilai mesej ahli-ahli PAS ketika berlangsungnya Konvesyen PAS Perak kali ke-14 di Teluk Intan pada 24 Mei 09 tempoh hari. Rata-rata ahli-ahli PAS seluruh Perak sudah menerima ketentuan Allah yang mereka telah kehilangan kuasa akibat daripada sikap takbur dan enggan bersyukur kepimpinan PAS Perak di atas pemberian tuhan.

Ketika berlangsungnya konvesyen itu dapat dilihat ramai ahli keluar daripada dewan kerana sudah berasa jemu dengan cara pendekatan PAS yang tidak dapat menerima ketentuan tuhan kerana kehilangan kuasa. Boleh dikatakan konvesyen itu lebih kepada program untuk memberi motivasi kepada ahli-ahlinya.

Nik Aziz tidak berada disitu untuk melihat riak muka ahlinya memprotes bangun meninggalkan majlis jika diberitahu pun mungkin Nik Aziz diberi gambaran yang salah. Nik Aziz selalu diberi gambaran salah hinggakan anaknya sendiri terpaksa menegur tetapi kini dipaksa tutup mulut daripada bersuara. Aneh sungguh PAS kononnya memperjuangkan hak asasi tetapi kini bersikap diktator terhadap ahlinya sendiri.

Sokongan Azizan yang tidak mahu Chin Peng pulang harus diambil contoh kepimpinan PAS negeri lain untuk menjadi pelapis yang bermutu dan supaya PAS tidak diperkotak katikkan rakan untuk kesinambungan akan datang. Apa yang pasti mesej ahli PAS ketika konvesyen di Perak yang mahukan PAS menilai semula hubungan dengan PKR dan DAP dikaji semula demi meneruskan perjuangan PAS yang tertunda akibat keseronokan diberi “syabu” oleh rakan yang lain.

MB Kedah menyokong pendirian Najib, apa pula reaksi pemimpin PAS yang lain.?

1 comment:

MK IV said...

Nik ajis akan sokong chin peng balik ke malaysia... pasal nik ajis ni pun ada darah kacuk cina juga, tu pasal perangai dia dengan nizar tu lebih kurang same jee....