Thursday, December 03, 2009

Uncensored 2: Bantuan Tidak Seimbang Antara Sekolah Agama, Cina Dan Tamil


Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 12 juta untuk diagih-agihkan kepada sekolah agama, tamil dan cina di Selangor. Sumbangan tersebut sepatutnya dibahagi-bahagikan kepada tiga jenis buah sekolah mengikut pecahan bilangan jumlah sekolah dan pelajar.

Jika mengikut statistik jumlah sekolah di Selangor, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama (SAR) dan Sekolah KAFA adalah jauh lebih banyak dari sekolah cina dan tamil.

Secara peratusannya SAR meliputi lebih 59% (498 sekolah) Sekolah cina 32% (108) dan sekolah tamil 9% (97) jumlah keseluruhan pelajar di seluruh Selangor. Maksudnya SAR atau Islam lebih banyak daripada kedua-dua jenis sekolah lain. Sepatutnya sumbangan sebanyak Rm 12 juta yang diperuntukkan msti diagih-agihkan mengikut bilangan sekolah/murid sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kewangan negeri selama ini.

Tetapi yang paling sedih ialah semasa isu tersebut dibentangkan dalam mesyuarat exco, Teresa Cock telah membantah dengan menyatakan pembahagian tersebut tidak adil dan bersifat "racist". Peliknya YB-YB Melayu Islam hanya membatukan diri dan langsung tidak membantah. Ekoran desakan tersebut, Khalid Ibrahim memutuskan supaya sumbangan dibahagi samarata iaitu setiap jenis sekolah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta. Bijak tak DAP yang dah bagi hangpa ayaq free tiap-tiap bulan..!

Bagi tujuan kepentingan politiknya juga, pada 27 Jun 2009 Khalid Ibrahim dengan selambanya telah menyerahkan cek berjumlah RM 2 juta kepada 4 lagi sekolah iaitu Sek.Men Kwang Hua, Pin Hua School Klang, Sek Men Chung Hwa dan Sek. Men Hin Hua, Klang. Peruntukan tersebut adalah sumbangan berasingan dari peruntukan sebanyak RM 4 juta dulu. Awat yang Khalid bagi kat sekolah cina saja tanpa beri pada sekolah rakyat atau KAFA

Kita harus kaji, pembahagian ini adalah tidak adil. Bak cerita 3 Abdul bahagikan harta Ismet Ulam raja. Nampaknya pelajar Melayu dan islamlah yang paling rugi kerana bilangan mereka ramai tetapi peruntukkan yang diterima paling sedikit.

Tahniah Khalid Ibrahim dan barisan exco islam chempiang kerana sanggup menggadaikan nasib dan masa depan pelajar melayu hanya kerana terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR. Kepada orang melayu Selangor tak perlu nak menangis menyesal diri kerana ini yang hangpa semua cari. KESAMARATAAN

6 comments:

Anonymous said...

come la brother....1 malaysia la...
so all sama-rata wat...

Anonymous said...

Jangan Abaikan tanggungjawab terhadap pelajar semata mata kepentingan politik...dan dalam pelajaran jangan membawa masuk isu agama dan bangsa...sepatutnya isu agama dan bangsa atau kaum harus TIDAK diperkatakan di mana mana... dan terutamanya tidak dalam pelajaran... CUKUPLAH JUANGAN TERHADAP KAUM SENDIRI...BANGUN LA MALAYSIA ..untuk RAKYAT MALAYSIA>> BERJUANG DEMI RAKYAT MALAYSIA DAN BUKAN UNTUK KAUM SENDIRI SAHAJA..

Dal said...

Apabila kuasa tidak berasaskan Iman, maka mudahlah kuasa itu ditunggangi oleh musuh agama dan musuh iman.

Demikianlah nasib PKR dan PAS walaupun pengakuan mereka adalah sebaliknya.

Semuga tuhan tarik balik kuasa demikian.

Anonymous said...

Politik Malaysia ni masih tebal dengan semangat perkauman.Orang buta hati saja mudah digula2kan dengan semangat sama rata,sama rasa,depan belakang sama saja.Bullshit tahap longkanglah kalau kata kaum lain tak racist,10 kali racist lagi ada.Bukan racist lagi tapi chauvinist hipokrit!

Dap terang2 membela cina,tapi Melayu takut sangat sebut Melayu itu Melayu ini,takut oranglain terguris konon.Itu yang hak2 kaum sendiri dikorbankan demi menjaga hati kaum lain.Kalau boleh makbapak pun nak digadaikan.

Satu Malaysia ka,Malaysian Malaysia(ini lg jahanam) ka,semuanya retorik penipu saja.Nak satukan apa kejadahnya kalau bahasa pun tak boleh nak guna satu bahasa i.e Bahasa Melayu yg merupakan bahasa kebangsaan?Nak bersatu apa kejadahnya kalau sekolah2 perkauman dipertahankan sepenuh nyawa oleh bangsa2 pendatang?

Piirahh mabuk

jay said...

fikirkan...

kesamarataan tidak bererti adil..

tp..

adil bererti kesamarataan..


cth:-
Imran mempunyai dua org isteri..
Dier ingin membelikan isterinya baju kurung..

Isteri pertamanya seorang yang cantek..mempunyai bentuk badan yg ramping..

Manakala isteri keduanya pula mempunyai bentuk bdn yg gemok dan bersaiz besar..

Persoalannya, apakah tindakan yg harus imran lakukan..??
1) Membeli kedua2 kain baju kurung untuk isterinya dgn satu ukuran yg sama..berpandukan size utk isteri pertamanya..

atau..

2) membeli ukuran yg berbeza utk kedua2 isteri..isteri pertama ukuran kecil, manakala isteri kedua ukuran yg sedikit besar.'

Apakah pilihan anda..??
1 atau 2..pilihan mana yg samarata dan pilihan mana yang adil..??

nizam said...

saya mmg x setuju kalu bg sama rata ...sepatutnya ikut per kapita laa... terima kasih tn tokeygaram krn siarkan artikel ni...

cuma saya minta tulis juga brp yg tok aji najib bg kpd srjk (C & T) dan brp pula yg dia bg kpd SRA...

dgn ini pembaca blh bandingkan samada kerajaan negeri selangor @ kerajaan pusat membela agama islam @ tidak...

terima kasih