Thursday, December 10, 2009

Nazri, Politikus Yang Sanggup Makan Bangkai


Kebanyakan pemimpin pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan beberapa orang lagi merupakan anak anak Melayu yang terdedah kepada pendidikan Inggeris di United Kingdom ketika Malaya masih berada di bawah penjajahan British.

Sekalipun mereka menerima sistem demokrasi Barat tetapi liberalisme mereka tidak sampai membaratkan rakyat dan negara sebaliknya setelah memimpin negara selepas kemerdekaan telah meningkatkan keperibadian bangsa, agama dan maruah negara menerusi pendidikan dan kebijaksanaan politik yang berasaskan kepada nilai nilai nasional sesoai dengan hasrat rakyat yang memberikan kepercayaan kepada mereka.

Bagaimanapun lain halnya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendapat pendidikan Barat ,terasuh di London dan naik keatas menerusi semangat Melayu UMNO tetapi menyerlahkan prinsip survival dan mahu mencari populariti sehingga tidak lagi mengenali prinsip, identiti dan nilai parti.Tentunya orang Melayu terkejut apabila Nazri mengumukan untuk revamp BTN (Biro Tata Negara) dalam keadaan menghadapi tekanan pihak pembangkang dan bukannya dalam keadaan biasa.

Satu demi satu beliau tunduk kepada pembangkang . Dulunya beliau lah yang menasihatkan kepda Perdana Menteri Abdullah Badawi supaya menerima pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk kes Linggam yang melibatkan maruah Tun Dr.Mahathir.Berikutan dengan bantahan Tun Mahathir terhadap pengumumannya untuk menyusun semula BTN yang terpaksa di betulkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Mazlan sebagai upgrade dan bukan revamp maka beliau menuduh Mahathir sebagai racis.

Apakah bezanya Nazri dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew Menteri Mentor Singapura yang pernah menuduh Mahathir sebagai racis dan ultra.?Tujuan Nazri adalah untuk menunjukan dirinya sebagai semasa dengan kehendak politik sekarang yang demokratik dan global sifatnya.Adakah Nazri memikirkan dengan kenyataannya itu akan mengubah pandangan bukan Melayu terhadap UMNO. Apakah taraf Nazri dalam UMNO untuk sampai beliau memikirkan dirinya bagitu penting dan berpengaruh.

Beliau tidak lebih dari seekor binatang politik yang hanya melukut ditepi gantang dan cuba untuk terus menjadi menteri dalam semua keadaan dan di bawah semua Perdana Menteri.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin telah memberikan hukuman kepada Nazri sebagai seorang yang bersifat melampau. Kalau bukan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin beliau akan menggunakan perkataan "biadab".

Orang bukan Melayu tidak akan kembali menyokong MCA atau MIC kerana mereka cuba bercakap sebagai DAP atau Gerakan kerana ini lebih menampakan kelemahan mereka atau sebagai parti yang tidak berpendirian malah inilah kesilapan besar yang telah dibuat oleh MCA tetapi tetap masih tidak dapat memperbaiki kedudukannya dan imejnya di kalangan masyarakat Cina.

Sudah sampai masanya bagi seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan binatang politik yang paling liar dalam UMNO yang sampai kepada peringkat sanggup memakan bangkai untuk hidup.Penyokong penyokong Datuk Seri Najib sedang memerhatikan sejauh mana Najib akan menyekutukan dirinya dengan pemimpin yang sanggup menjual maruah parti .

Petikan dari blog Maharaja

1 comment:

bakmai said...

Aku sokong singkirkan dia ni dari jawatan dia. Kalo dia faham dgn msg yg diberi Muhyuddin, dia patut dh bungkus tikar bantal dh. Takkan tak faham. Dia lebe baik tumpukan kpd pembentukan sahsiah salah seorang anak dia yg liar tu. Anak tak bole jaga, nk jaga negara konon! Piiiirah.