Saturday, December 26, 2009

Melayu Rasis

Blog Pisau kasi cerita:-

Cukup banyak bukti menerusi laporan blog dan media seperti Malaysiakini ,Suara Keadilan,Harakah Daily & Malaysian Insider,blog Lim Kit Siang,blog Lim Guan Eng khususnya berbahasa Inggeris dan Cina yang mempromosi sentimen mahukan kuasa politik. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti?Pisau persoalankan ini supaya anda merenungi nasib untung kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal akibat berpecah belah akibat berbeza fahaman politik.

Cuba anda perhatikan,pelbagai isu dimainkan berkenaan orang melayu oleh parti chauvanist cina,malah paling menyedihkan semuanya mahu di persoalkan termasuk yang termaktub didalam perlembagaan negera.

Anda harus sedar,walaupun pada masa sekarang orang melayu menguasai politik di negara ini,tetapi hakikatnya kaum cina lebih berkuasa kerana penguasaan kek ekonomi yang melebihi 81% jauh sekali dengan pegangan ekonomi oleh bangsa melayu.

Ya,mereka mempersoalkan DEB,tetapi hakikatnya kaum Cina yang paling banyak menikmati hasil daripada DEB.Dasar Ekonomi Baru telah memberikan kouta 30% kepada bumiputra(yang ternyata hanya mampu mencecah 19% sahaja) walhal penguasaan 70% terus dinikmati oleh golongan usahawan cina yang sudah lama berakar umbi sejak dulu lagi.Mereka mewujudkan jaringan pembekal dan pemborong yang mendudui hierarki teratas dalam perniagaan. Pemborong dan pembekal bahan mentah dikuasai oleh mereka.Bayangkan jika jumlah kos projek kerajaan bernilai RM100juta ,bahan mentah hampir mencecah 85% daripada nilai kos projek,siapakah yang banyak mendapat kelebihan dari nilai kos projek kerajaan?

6 comments:

bakmai said...

jgn nnt ada yg menyesal jadi melayu dh lar..

YANG GAMBI said...

Tokey, setuju benar dengan artikel yang tuan paparkan ini...... kalaulah Allah membuka hati-hati Melayu yang buta dalam PAS dan PKR, sudah pasti mereka sedar dengan permainan komunis ini....

Jeffry said...

SLM BRO...MCM MANA MELAYU X LAYU? ADA MELAYU MKN MELAYU. KOMUNIS MELAYU WUJUD PUN SBB PENGARUH CINA BERFAHAMAN KOMUNIS..ADOIYAIII

Anonymous said...

salam jeffry...melayu makan melayu bukannya alasan yang kukuh...melayu da ckup makan disuapkan...bila lagi nak belajar suap sendiri.bangsa lain sejak dulu da tahu diorang susah nk mintak disuapkan.sebab tu diorang dari kecik da diajar untuk suap sendiri,jangan berharap ada orang suapkan.bila da besar diorang suapkan pula sesama diorang.memang melayu ada hak untuk mintak disuapkan,tetapi perangai asyik mintak disuap ni la yang buat melayu jadi layu.bila orang da x suapkan tu mula melatah...
jikalau kita da dilatih untuk suap sendiri..siapa nak makan kita pon kita da bersedia..kita da mampu pertahankan diri...dalam dunia sekarang keluarga pon boleh makan keluarga..apatah lagi jika dibesarkan skopnya..

hanya pemerhatian dari saya..

bRAVEhEART said...

Salam, semua parti politik Malaysia berjuang diatas kepentingan bangsa mereka: UMNO, MCA, MIC bahkan terutama partu ultra kiasu DAP. Tetapi kenapa UMNO saja yang mereka labelkan sebagai rasis? Saya juga telah menulis mengenai ini utk posting di blog saya pagi esok. Pokoknya semua parti politik di Malaysia adalah rasis.

jiwakita said...

salam......

Mereka kemungkinan telah sedar betapa kuasa ekonomi ditangannya boleh melemahkan
orang melayu...tambah lagi kuasa politik
orang melayu mudah diperkotak katikkan
oleh bangsanya sendiri!...akhirnya melayu
dalam kerugian!

sedarkah kita?