TG tidaklah berapa arif sangat berkaitan gelombang rebutan jawatan yang dicetuskan UMNO Penang. Depa berkenan sangat jawatan Pengerusi dari Gerakan adalah munasabah sebab Gerakan tidak mempunyai kerusi langsung di Penang. Logiklah UMNO tuntut status quo BN untuk menyenangkan pengaliran aktiviti rakyat. MCA yang dapat satu kerusi di Perak pun diberi satu jawatan Exco.
Senario 2008, Koh Su Koon kalah ditangan Ramasamy (TKM 2) pun dengan majoriti hampir 10,000. Kekalahan yang cukup memalukan bagi seorang Ketua Menteri. Jadi tak perlulah diungkit warisan 35 tahun Gerakan dominasi jawatan itu, Depa perlu menilai senario semasa. Malaysianinsider ada melaporkan [Klik]
Sepatutnya, Gerakan perlu mencari formulasi untuk meraih kembali sokongan setelah hilang kesemua kerusi yang ditanding dan menilai keterbukaan PM memberi jawatan kabinet walaupun Gerakan mempamerkan prestasi yang merudum pada PRU ke-12 dulu.
Lebih elok, Gerakan tak perlu mencari alasan tetapi lebih elok mencari jalan untuk memintas kedudukan DAP dalam kategori mendaftar pemilih baru sebagai usaha menonjolkan kembali pengaruh yang semakin malap. Pedulikan MCA jika tak kerana kebodohan Tee Kiat tak mungkin Tiong Lai akan terjebak dalam permainan licik Kit Siang menjahanamkan MCA.
No comments:
Post a Comment