Showing posts with label Reaksi dan Ringan. Show all posts
Showing posts with label Reaksi dan Ringan. Show all posts

Tuesday, June 07, 2011

Video Klip Gambit Dan Video Seks Anwar

Kekadang kita ini terlalu prejudis dalam menilai sesuatu isu yang berbangkit. Menyoal dan menyalahkan pihak yang benar dan kehadapan mencipta persepsi. Hal sebegini bukan perkara baru contohnya sudah bersepah dan berlambak-lambak.
Antara yang berjaya ialah apabila isu video seks terpapang perlakuan Anwar Ibrahim dan pemain maya mendedahkan dan mengulas mengikut acuan sendiri.
Apa yang Anwar buat ialah mengadakan sidang media dan mengajak rakyat untuk memfokuskan kepada perutnya yang buncit dan struktur tetek yang labuh. Makanya semua rakyat memfokuskan kepada perut Anwar dan bukan pada raut wajah tak bersalahnya.
Ini prejudis.
Disebabkan kebanyakan Ulama dalam PAS mempersoalkan kejadian 'politik jijik' yang didakwanya dibawa oleh pihak kerajaan. Memang cilako. Kewujudan bahan bukti dan terma saksi langsung gagal difahami dengan berkesan.
Berbalik kepada perkara asas, isu video klip yang didakwa berbaur seks dan mengundang rasa meluat rakyat. Klip video yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan dengan gambaran yang akan membawa kepada fantasi masturbasi yang tinggi.
Bagi saya, klip video itu tiada cacat cela dan garapan pengarah adalah membawa kepada pengaliran seni dalam teknik pengarahan dan mengikut lirik lagu yang dipersembahkan. Munculnya klip video itu kita menghentam tanpa mengambil kira dari sudut seni dan suasana gampangan politik semasa.
Apa bezanya pengarah klip video, pelakon video seks Anwar, Ulama syaitan mempermainkan kesucian Islam dan pemimpin yang ada sejarah kotor ditangkap khalwat dalam sejarah moden negara hari ini. Tiada bezanya, kesemuanya mahu mencari nama mengikut selera dan situasi semasa.
Dalam hal sedemikian kita nampak terlalu prejudis. Padahal masalah yang lebih besar dan mampu menjahanamkan institusi negara lagi jelas terpampang.
Tiada bezanya, parti yang kononnya memperjuangkan Islam rupanya selama ini menggunakan islam demi kepentingan politik. Itu saja. Jika seorang yang mahu diangkat pemimpin mempunyai sejarah lampau yang menjijikkan maknanya dunia hari ini penuh dengan kepalsuan. Asalkan boleh berjubah dan menutur sepatah dua kalimah Allah, orang itu seharusnya menjadi teladan kepada yang bawah.
Orang seni hari ini bukan seperti zaman P.Ramlee lagi yang membuat hasil seni dari satu sudut naratif saja. Semuanya akan diambil kira dengan melihat trend ortodok politik semasa.
Sang peliwat pun mahu diangkat sebagai messiah apatah lagi jika kita punyai sejarah moral mengacau isteri orang. Yang akan terus mengikut dan jadikan idola adalah tetap dari rakyat bawahan.
Rakyat yang akan mengikut dan pemimpin yang patut menjadi teladan yang baik.

Saturday, March 06, 2010

Edisi Munajat: Solat Hajat Di Kulim

Hari cuti terpaksa juga kangkang depan laptop tulis pasal 1 YB yang baru direjek oleh parti. Zul Kulim dah komfom kena tendang. Cuti-cuti ini nak tulis dengan lebih santai dan ringan-ringan tak mau berat-berat pasal dapat satu e-mail dari budak-budak PAS yang berbulu dengan artikel Ahmad Awang dan Mahfuz yang ditulis dalam blog ini. Klik sini dan sini

Kah..kah..kah..nak saman garamanis.

Ulang sekali lagi..depa nak saman blog nie. Memang tradis, dari Mahfuz 'mangkok' Omaq sampai anak-anak buah. Semua jenis tak tahan telinga.

Cerita hari ini Zul Kulim dah kena tendang. Lepaih nie bunyi pula oghang-oghang Kulim minta kosongkan kerusi. Hancus..Kulim tang mana yang 100% PKR.? Tolong habaq kat sini. TG,15 tahun duduk Kulim. Sekolah Rendah Sri Kulim, masuk seluaq hijau TG Sekolah Menengah Badlishah, Jalan Kelang Lama. Habis tunggu SPM, kerja kantin Intel High Tech Kulim. Restoren Pokok Manggis tempat TG cerna ilmu politik dengan geng Jln Bukit Alwi.

PKR menang dulu pun nasib.

Seluruh ceruk Kulim dalam kepala. Sebelum PRU 2008, Kulim milik BN tapi lepaih tuh letak calon salah, semua tolak Pak Lah, Kulim pun bungkuih. Okay pendek cerita, lepaih nie atau masuk saja hari isnin nanti musti keluaq busuk cerita YB nie. Habis diungkit semua oghang dalam PKR. Blogger-blogger pailang PAS pasti rancak putaq cerita Zul Kulim.

Tapi jeng..jeng..jeng..depa musti putaq cerita pasal motor virago milik Zul Kulim. Musti ada yang kata menang lucky draw masa Minat Supermarket buka mula-mula dulu.

Ha..ha..ha..jaga-jaga Zul lepaih malam nie Ahmad Awang nak buat solat hajat kat Kulim pulak.

Tuesday, December 22, 2009

DAP No.1, Gerakan Masih Terkial-kial.

TG tidaklah berapa arif sangat berkaitan gelombang rebutan jawatan yang dicetuskan UMNO Penang. Depa berkenan sangat jawatan Pengerusi dari Gerakan adalah munasabah sebab Gerakan tidak mempunyai kerusi langsung di Penang. Logiklah UMNO tuntut status quo BN untuk menyenangkan pengaliran aktiviti rakyat. MCA yang dapat satu kerusi di Perak pun diberi satu jawatan Exco.

Senario 2008, Koh Su Koon kalah ditangan Ramasamy (TKM 2) pun dengan majoriti hampir 10,000. Kekalahan yang cukup memalukan bagi seorang Ketua Menteri. Jadi tak perlulah diungkit warisan 35 tahun Gerakan dominasi jawatan itu, Depa perlu menilai senario semasa. Malaysianinsider ada melaporkan [Klik]

Sepatutnya, Gerakan perlu mencari formulasi untuk meraih kembali sokongan setelah hilang kesemua kerusi yang ditanding dan menilai keterbukaan PM memberi jawatan kabinet walaupun Gerakan mempamerkan prestasi yang merudum pada PRU ke-12 dulu.

Lebih elok, Gerakan tak perlu mencari alasan tetapi lebih elok mencari jalan untuk memintas kedudukan DAP dalam kategori mendaftar pemilih baru sebagai usaha menonjolkan kembali pengaruh yang semakin malap. Pedulikan MCA jika tak kerana kebodohan Tee Kiat tak mungkin Tiong Lai akan terjebak dalam permainan licik Kit Siang menjahanamkan MCA.

Thursday, November 05, 2009

PKR Lebih Meloyakan

Jika dibaca reaksi seorang professor tentang kekalutan politik hari ini rasanya amat malu dengan kenyataan seorang yang mengaku dirinya professor. [Rujuk]. Katanya dengan tindakan Badrul Hisham (Ex-PKR) yang nekad keluar daripada PKR mengesahkan bahawa UMNO adalah parti pengumpul sampah. Terasa janggal dan Tokey tidaklah melompat membaca kenyataan tersebut.

Bagi Tokey, Aziz Bari sebenarnya lebih sudu dari kuah. Dia terlupa bahawa kekalutan yang ada hari ini adalah berpunca daripada idolanya, Anwar Ibrahim manusia yang mencipta segala kerosakan hari. Kenapa Aziz Bari sibuk pasal hal orang yang kecewa berjuang dalam politik macam Badrul.? Lebih elok dia berbicara soal perbicaraan Anwar Ibrahim yang masih bertangguh dan berdolak-dalih melarikan diri.

Prof undang-undang macam Aziz perlu bertanya mengapa mesti Anwar Ibrahim cuba menafikan ketelusan mahkamah yang sedang dijana kerajaan. Manusia yang tidak bersyukur macam Aziz Bari adalah kerugian kepada kerajaan yang memberi makan dan kemudahan tetapi dibalas dengan air ludah yang jijik.

Untuk Aziz Bari, PKR dan PAS adalah sebenarnya tong sampah tempat pembuangan ahli politik yang kecewa sepertimana ramai ahli politik yang dibuang dan diterima dengan penuh sukacita dalam PKR dan PAS. Tidakah sampah namanya macam Kapten Zahar Hashim yang masuk PAS, Zaid Ibrahim yang register ahli PKR dan ramai lagi kelibat ahli politik yang kecewa memilih tong sampah PKR dan PAS setelah puas memenuhi nafsu kekayaan duniawi. Sungguh meloyakan.

Jika sudah bosan menjadi kakitangan kerajaan lebih elok berhenti dan menjadi pemeriksa sampah jika adalagi sampah yang berhajat untuk mencari tong sampah PKR dan PAS. Pihak UIA harus berasa malu kerana mempunyai kakitangan yang tidak menggunakan ilmu sebaik mungkin untuk membangunkan ummah macam Aziz Bari.

Monday, February 16, 2009

Apa Nak Dihairankan.!

Isu moral kembali menghentam Pakatan Keparat Maha Hebat apabila Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan secara terbuka mengaku gambar-gambar bogelnya telah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Jika beliau memberi kebenaran untuk menyebarkan gambar-gambar tersebut pasti lega tak pening kepala.

Apa yang pasti, isu moraliti pemimpin Pakatan Keparat Maha Hebat tidak perlu dipolemikkan oleh sesiapa kerana sudah banyak kes yang melibatkan moral ADUN-ADUN Pakatan Keparat Maha Hebat.

Bermula dengan ADUN Bukit Selambau kemudian merebak ke ADUN Pelabuhan Klang dan kini ADUN Bukit Lanjan mengikuti dengan BERAHI untuk mencipta populariti setelah ketandusan idea untuk dapatkan 'WOW' impak. Secara tidak langsung, melengkapkan acuan muhibbah masyarakat madani acuan Anwar Ibrahim Munafikun.

Kita tidak perlu hairan dan kerut dahi apabila membaca diportal-portal media pro Pakatan Keparat Maha Hebat kerana isu moraliti sudah menjadi makanan dan santapan enak Pakatan Keparat Maha Hebat disebabkan De Factonya adalah contoh yang terbaik.

Dengarkan, jika ADUN Bukit Lanjan meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil menyusul pasti skrip filem tamil Bukit Selambau akan dibikin tetapi dalam kontek kantonis yang lebih segar.Pasti BN akan dilabel sebagai Produksinya dan Datuk Seri Najib sebagai Pengarah.Tunggu dan Lihat

Pecat Terus Lagi Bagus

Kepada Datuk Dr. Zambery Abd Kadir pecat sahaja V. Sivakumar, Speaker DUN Perak yang dah kira 'bekas' sebab Pakatan Keparat Maha Hebat hilang majoriti di DUN Perak.Mari Klik Mengikut perlembagaan negeri lantikan Speaker DUN wajib dari ADUN yang mendapat perkenan dari Tuanku Sultan. Tiba-tiba nak panggil YB-YB BN mengadap beliau kerana didakwa hina DUN

Kalu nak pecat mengikut lunas undang-undang DUN, Speaker Pakatan Keparat Maha Hebat bakal disingkirkan akibat hilang sokongan majoriti yang memihak kepada BN walaupun 3 ADUN Bebas tidak menyertai BN tetapi dengan sokongan mereka terhadap BN, Speaker DUN yang baru akan dilantik setelah mendapat perkenan dari Tuanku Sulatan..diulang sekali lagi 'PERKENAN' Tuanku.

Tindakan ini perlu bagi BN merencanakan segala program-program yang telah dirangka dan disusun sepanjang tahun 2004 - 2008 tetapi terbantut akibat Perak jatuh ketangan Pakatan Rakyat Maha Hebat.

Untuk Pakatan Keparat yang maha hebat, tidakkah anda rasa malu ketika anda memerintah dahulu tidak pernah di ungkapkan segala keputusan perlu di rujuk kepada mahkamah rakyat sebelum mendapat 'PERKENAN' Tuanku Sultan. Kini, nak bubarkan DUN dan perlu dirujuk kepada mahkamah rakyat lah pulak..Dulu tak ingat bila dah kena batang hidung sendiri meraung satu malaya hingga berbaring atas jalan dan menghina sultan

Monday, January 26, 2009

UMNO Tidak Memerlukan 'MANGKUK' Ini Lagi.



Hari ini pelbagai akhbar melaporkan kemasukan Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Bota ke PKR sekali gus mengistiharkan dirinya keluar dari BN. Tindakan beliau itu adalah susulan beberapa perkembangan selepas PRU ke-12 yang menyaksikan BN mengalami krisis keyakinan paling teruk dalam sejarah negara.

Bermula dengan tindakan tidak sebulu Tun Dr. Mahathir yang bertindak keluar UMNO (sementara), kemudian Peguam yang kecewa, Datuk Zaid Ibrahim selepas itu Kapten Tentera yang gagal mendapat tender helikopter, Datuk Zahar Hashim kini Ketua Kampung Felcra Datuk Nasaruddin Hashim pula mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Ini belum dikira lagi beberapa kerat ahli yang mengambil tindakan yang sama mengikut ketua mereka untuk mengkhianati UMNO.

‘‘Saya amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini dan akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” itulah alasan ADUN Bota katanya. Beliau mungkin terlupa janji dan sumpahnya bila mengangkat sumpah sebagai ahli UMNO dahulu.

Perkembangan ini menarik kerana ia memberi pelbagai impak keatas keuntuhan BN itu sendiri. Adakah BN sudah tidak relevan lagi.? atau UMNO tidak mampu mengKAYAkan golongan2 ini.?.....Dalam hal ini tindakan keluar dari parti boleh dianggap sebagai mengkhianati pengundi2 yang telah mengundi atas tiket parti yang mereka sokong.

Tetapi bagi Anwar Ibrahim tindakan melompat ini adalah satu tindakan yang murni, bijak dan beretika kerana ia dianggap halal dalam perjuangan sonsang beliau. Bagi mereka yang 'melompat' ini mungkin satu kepuasan sementara atau untuk membalas dendam setelah pelbagai janji ditaburkan pemerintah gagal ditunaikan.

UMNO seharusnya sedar PRU ke-12 telah membuka pekung ahli-ahlinya yang tidak setia dan hanya sanggup bersenang-lenang bersama-sama tetapi dalam masa yang mengaut segala keKAYAan yang boleh selagi terdaya.

BN perlu bersyukur dan menilai segala hikmah disebalik PRU-12 yang telah menunjukkan sebilangan ahli-ahlinya yang tidak sanggup bersusah payah bersama yang boleh diibaratkan seperti "duri dalam daging" UMNO atau si Kitul yang merosakkan Kesultanan Melayu Melaka.

UMNO seharusnya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi pengajaran yang amat berguna untuk UMNO menilai diri sendiri. Dalam pada itu, UMNO tidak memerlukan lagi 'mangkuk' ini yang bersifat talam dua muka atau Si Kitul seperti mana UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti Anwar Ibrahim.