Saturday, August 29, 2009

Nizar Take Beer.! Selangor Bangkit : Hangpa Pasti Sudah Tahu


Tokey mendapat khabar yang boleh dipercayai, regim Khalid Gagap akan berakhir Sept ini. Ini pasti kerana sudah banyak sangat kecelaruan yang timbul selepas Khalid mengambil alih pentadbiran Selangor. Bermula dengan langkah Khalid yang tidak adil memberi peruntukkan kepada sekolah yang melibatkan aliran pelbagai kaum, penyelewengan yang berlaku di pejabatnya sendiri dan paling sadis kegilaan Khalid mahu mengambil wang zakat bagi tujuan pembangunan telah menyedarkan beberapa pihak khususnya rakan dagang Khalid dalam pakatan.

Tokey malas hendak ulas panjang-panjang, Regim Khalid pasti tahu apa yang akan berlaku pada Sept nanti. Samada mereka hendak menafikan ataupun bermain taktik politik lancap Regim Khalid akan digulingkan pada tarikh tersebut. Tanyalah speaker mengapa mesti dia mengantung 5 ADUN BN selama 6 – 12 bulan.? Fikirlah mengapa mesti isu kuil seksyen 23 meletup kelmarin. Jika kelmarin di Klang beberapa orang anak buah Khalid Gagap memberi ceramah menyentuh isu ini sudah pasti ini bukan omongan kosong. Meraka pasti akan ber’road show’ selepas ini untuk menanam kerana itu sahaja bullet yang mereka ada.

Tokey pernah hintkan sebelum ini akan ada 10 ADUN daripada pakatan yang letih melihat kecelaruan ini berikrar akan menukar status mereka dan menyokong kepimpinan BN bagi membentuk satu lagi sejarah moden politik Malaysia selepas Perak. Ya..! ini bukan lagi cerita kosong meja bulat warung mamak, ini pasti akan membuat regim Khalid mengigit jari dan paling sadis menutup ego Anwar Ibrahim yang melobi politik lancap lompat melompat.

Tokey hendak tegaskan, bulan Sept ini adalah penentu sisa-sisa regim Khalid untuk bersenang lenang di SUK dan mengucapkan selamat tinggal diatas kebodohan yang dicipta sendiri.Tokey bukan mahu mem 'BN' diri sendiri tetapi demi kesejahteraan bangsa dan agama regim Khalid musti ditukar.

Anwar Mahu Divert Bila Tiba 3 Sept Nanti

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 September ini, untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R.Sivarasa. Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata, hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu. “Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka,” katanya.Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan `wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’ sebagai satu daripada alasannya.Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan `main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya.’

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Sept bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu.-- BERNAMA

Lepaih nie hangpa tunggulah peliwat tegar ni musti cari alasan nak lari daripada mai Mahkamah. Sulaiman Abdullah sudah resign tinggai Peguam Botak lawyer kes 1998. Kita tengok yang mana hebat.. lawyer All-Star lawan keadilan untuk Saiful.

Friday, August 28, 2009

Nizar Hensem.! Selepas Solat Jumaat

Perjumpaan bersama para penduduk seksyen 23 dan pihak media malam ini (Selasa, 25 Ogos 2009), jam 9.30malam untuk membincangkan tentang perkara di atas bertempat di Surau Al-Jannah, Seksyen 23.

Suatu demonstrasi aman akan dilakukan selepas solat Jumaat pada hari Jumaat ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan SUK Selangor.

Pada asalnya, sebuah kuil akan didirikan di seksyen 19 Shah Alam yang kemudiannya bertukar ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu.

YB Khalid Samad, YB Rodziah Ismail dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan membutakan mata atas isu ini. Mengapa? Mungkinkah mereka adalah dalang-dalang disebalik isu ini?

Bukankah kuil ini lebih sesuai ditempatkan di Seksyen 22 yang merupakan kawasan perindustrian yang jauh daripada penempatan umum? Mengapa pihak pemerintahan tertinggi negeri tidah berbuat demikian?

Diharapkan rakan-rakan media dan bloggers dapat sama-sama membantu menyuarakan ketidakpuashatian penduduk Seksyen 23 agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Dikepilkan bersama salinan surat dari Gabungan Badan NGO Malaysia.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Tengahari ini selepas solat Jumaat berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum berarak ke Pejabat SUK. Buangkan fahaman busuk ideologi kepartian, demi agama dan bangsa regim bahlol Khalid Gagap perlu ditukar.

Teoh Punya Laptop Sudah Kena Ambil

Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menggambarkan keadaan Teoh Beng Hock yang resah gelisah ketika komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) miliknya dirampas.

Setiausaha Politik Exco Selangor itu berkeadaan begitu apabila pegawai SPRM bertindak merampas peralatan tersebut yang mengandungi empat dokumen peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah bagi tahun 2008.

Gambaran oleh Penolong Penguasa SPRM, Mohd. Najeib Ahmad Walad, 29, itu secara tidak langsung menyokong keterangan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail, 32, di Mahkamah Koroner di sini sebelum ini.

Menurutnya, empat dokumen yang dicetak daripada komputer riba melibatkan sumbangan untuk Persatuan Penjaja Seri Kembangan dan sumbangan mangsa kebakaran manakala dua lagi beliau tidak ingat berkaitan sumbangan apa.

Mohd. Najeib berkata, setibanya beliau dan Mohd. Anuar di pejabat Hian Wah di tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu, mendiang telah membawa mereka ke bilik mesyuarat.

''Di situ Beng Hock macam gelisah. Sekejap keluar, sekejap masuk sehinggakan Mohd. Anuar menyuruhnya duduk. Mohd. Anuar seterusnya meminta semua kertas kerja mengenai peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2008,'' kata saksi inkues ke-18 itu.

Inkues siasatan kematian Beng Hock yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas masuk hari ke-16 hari ini.

Menjawab soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, menurut Mohd. Najeib, Beng Hock sebaliknya telah memberikan dokumen atau kertas kerja bagi tahun 2009.

Ujar Mohd. Najeib, Beng Hock mendakwa kertas kerja bagi tahun 2008 berada di atas meja kerjanya dan setelah diserahkan kemudian kepada Mohd. Anuar ternyata kertas kerja yang dikehendaki SPRM tidak ada.

Apabila ditanya mengenainya, Beng Hock gagal memberikan jawapan dan ini telah menimbulkan keraguan, kata Mohd. Najeib.

Menurut Mohd. Najeib, semasa Mohd. Anuar mengarahkannya bersama pegawai lain sekali lagi memeriksa meja Beng Hock, tiba-tiba Hian Wah datang bersama 20 wartawan sehingga memaksa pegawai SPRM keluar dari bilik itu.

Seketika kemudian mereka masuk semula ke bilik itu dan selepas memeriksa komputer riba Beng Hock, ujarnya, mereka menemui empat invois dalam komputer itu manakala surat permohonan sumbangan ADUN ditemui dalam CPU. Utusan Malaysia

Saat ini budak-budak PAS sedang menanti dengan penuh sabar klimaks penghabisan cerita nie. Kalau DAP kantoi korup, PAS akan hancur..sure punya.! Tinggal lagi tunggu Anwar Ibrahim kantoi liwat. Tok guru punya fatwa belum lagi kedengaran. Kita tunggu je..



Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

Wednesday, August 26, 2009

Ean Yong Bikin Invois Sendiri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lalu.

“Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu, dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat),” kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.

Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.

Bagaimanapun pendedahan mengenai penglibatan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ianya telah terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.

Gobind kemudian mencabar SPRM membekalkannya semua dokumen berkaitan bagi membolehkan pihaknya menjawab dakwaan itu.

“Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja.

Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock,” Sinar Harian


Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

Teoh Gelisah Lobang Sudah Pecah.

Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac 2008 dan Julai lalu.

Beng Hock juga kelihatan gelisah, tidak tenang dan dilihat mundar-mandir sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dijalankan di pejabatnya sehari sebelum dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Berdasarkan siasatan tersebut, Beng Hock ialah individu yang bertanggungjawab menyedia dan mengesahkan kerja-kerja menggunakan tuntutan ADUN berkaitan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun.

Ia antara keterangan yang dikemukakan oleh saksi inkues ke-16 iaitu pengawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-14 hari ini ketika disoal oleh peguam pemerhati bagi suruhanjaya berkenaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Bagi menyokong keterangan tersebut, Abdul Razak yang juga Ketua Unit Pendakwaan SPRM mengemukakan empat dokumen yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock ketika siasatan dijalankan.


Gobind, please do a ceremony for hantu Teoh to denied this statement. SPRM sudah pecah lobang merampas berkotak-kotak dokumen tuntutan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang
Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah

Tuesday, August 25, 2009

Nizar Pasberg Hangpa Nie Kuat Berangan..!

Maklumat terakhir yang saya terima, tidak mustahil lebih 5000 'pengundi tradisi' mereka dulu (PRU12) tidak lagi beri undi (kepada Umno) untuk pilihanaya kecil kali ini disebabkan masalah dalam Umno sendiri. Ini semua petanda baik (bagi) kita setelah usaha naik (dari) rumah ke rumah (untuk) bertemu pengundi.

Bila Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) mahu Ustaz Salleh (calon PAS) ketuai Majlis Agama (Islam Pulau Pinang/MAIPP), tidak mustahil ianya juga menjadi punca pengundi Umno sendiri tidak memberi undi pada calon mereka sendiri, " katanya kepada pemberita pada sidang media semalam. Mahfuz Omar, Tokoh Bapa Mithali Pusat Serenti

Tokey Garam - Itu kenyataan yang diambil dari HAPRAK DAILY. Lawak woo....He..he..he..!

Monday, August 24, 2009

Nizar Namrud PAS For All..!





Sekadar ingatan Undi PAS sama dengan mengukuhkan usaha DAP untuk merosakkan umat Islam. Undi PAS juga bererti merelakan PAS mempermainkan kesucian Islam dan undi PAS bermakna kita akan menghancurkan Islam.


PAS Pun Tak Berani Macam Radzhi

Pas menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.

Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya gembira serta tidak terkejut dengan tindakan Mohd. Radzhi keluar dari PKR kerana mendakwa wakil rakyat itu merupakan beban kepada pakatan sehingga pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya. Utusan Malaysia

Tokey Garam - Tindakan Radzhi sebenarnya lebih mulia daripada Hassan Ali, Nik Aziz dan lain-lain pemimpin PAS yang tahu akan tingkahlaku sang peliwat Anwar Ibrahim. Radzhi sudah menyedari bahawa PKR sudah lari daripada perjuangan dan sedar PKR hanya memperjuangkan individu bukan rakyat tetapi PAS yang terang-terang tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim masih lagi bersekongkol dan memuja-muja peliwat itu.

Hassan Ali dan Radzhi sangat jauh beza pendirian dan prisip politik. Hassan Ali yang bemulut murai bisingkan hal arak tetapi bila ditenung DAP menikus macam kura-kura. Radzhi yang sudah tersedar dari lena cepat2 mengambil pendirian untuk mengkhianati Anwar Ibrahim . Bukan hanya Radzhi tetapi 2oo orang yang lain adalah politikus yang berani. Rasanya PAS belum cukup berani untuk mengkhianati Anwar seperti Radzhi.

Tokey Garam - Malu betol dengan orang-orang agama yang ego dan riak. Depa gah bercakap pasal prinsip tetapi 'hilang telor' bila disogok dengan undi.

Permatang Pasir : Ketakutan dan Kelemahan PAS

Tokey mendapat maklumat dalam kain jentera PAS bahawa sedang menambah kekuatan Unit Amal di peti undi Sama Gagah dan Bukit Bendera Mulia. PAS ketika ini sangat takut dan jika kekalahan akan memihak kepada mereka di Permatang Pasir akan bekecailah harapan PAS untuk menjadi YDP MAIWPP seperti yang disogokan Anwar Ibrahim.

Melalui Unit Keselamatan PAS (Unit Amal) kedua-dua kawasan peti undi itu akan ditambah anggota seramai 30 orang yang menjadikannya 60 orang ketika ini. Ini kerana plan kotor PAS untuk menimbulkan suasana tegang dan menakut-nakutkan pengundi untuk kali terakhir. AMK Kedah dan Pusat telah mengarahkan ahlinya hadir bersama-sama 100 biji kereta bagi menyeksakan keadaan semasa hari mengundi.

PAS berusaha mendirikan barong panas walaupun sudah digazetkan barong tidak dibenarkan didirikan. Usaha PAS ini menunjukkan depa benar-benar terdesak dan akan membuat provokasi terhadap pihak Polis dan petugas SPR. Idea kotor PAS adalah untuk merakamkan segala ketegangan yang berlaku dan akan dijadikan modal kempen akan datang. Bangsat tak..!

Tokey juga diberitahu
20% daripada 3,000 pengundi menetap diluar kawasan adalah golongan atas pagar. Apa yang dilakukan PAS adalah mengirim wang RM200 sebagai habua untuk mengundi calon bisu PAS dan juga sebagai saguhati. Depa heboh mengatakan BN mengamalkan politik wang tetapi dalam masa yang sama, depa pun sama juga main taik dan sapu di pipi masing-masing. Tak guna punya Mahfuz Omar.!

Tokey juga mendapat maklumat yang PAS tempatan tidak menghargai jentera kempen PAS luar. Depa sendiri ada masalah dalaman yang cuba dinafikan oleh PAS Pusat. Apa yang Tokey tahu, depa PAS tempatan tidak pernah diajak berbincang untuk menyelaraskan aktiviti bersama-sama. PAS luar menjalankan aktiviti sendiri.

Rupa-rupanya PAS di menyenangi kehadiran PKR di Permatang Pasir. Klik Sini Sudahlah hendak dirikan Bilik Gerakan PKR kena minta izin dengan PAS Penang. PAS juga akan membuat laporan Polis bagi mengelakkan mereka dipalit taik jika PKR mengadakan perhimpunan/perarakan selepas dan semasa hari mengundi. PAS sudah belajar dari insiden di Permatang Pauh ketika sang peliwat teringin menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat.

Tokey Garam - Segala macam masalah yang ada di dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mempermainkan kesucian Islam dan yang paling utama PAS terpaksa menyimpan Nik Aziz yang sangat membebankan PAS. Nik Aziz dihormati kerana tuanya bukan kerana ilmunya.

PRK Permatang Pasir akan menyaksikan sekali lagi PAS dimalukan oleh orang Islam. Bukan untuk melihat PAS menang atau kalah tetapi mempertahankan majoriti yang dimenangi adalah sesuatu yang sangat sukar sepertimana di Bukit Gantang dan Manek Urai.

Saturday, August 22, 2009

Penang Bangkit : Strategi Dan Kualiti Calon Pas


GM tidak menyalahkan UMNO kerana meletakkan Rohaizat di Permatang Pasir. Walaupun sekarang sepatutnya kempen untuk menerangkan dasar-dasar UMNO yang hendak dilaksanakan di Permatang Pasir tetapi PRK kali menyaksikan UMNO terpaksa berjuang membersihkan calonnya daripada tohmahan.


Inilah penunjukan akhir zaman. Fitnah menjadi makanan enak dan paling ketara manusia hari ini terpaksa menutup muka seperti khinzir merujuk kepada wabak babi yang semakin menular.. GM tidak mahu berbicara soal akhir zaman kerana GM belum cukup ilmu untuk berbuat demikian.


Di Permatang Pasir banyak isu dan alasan yang boleh digunakan untuk mengikis kewibawaan PAS. GM tegaskan, jentera fitnah PAS cukup efisyen mengerakkan langkah menyerang UMNO dan UMNO terkulai tanpa banyak soal dan tanpa banyak bicara sekadar terima dan layu.


Rakan blogger GM, Kumbang telah menganalisis beberapa perkara yang boleh di buat UMNO untuk menyerang PAS. Walaupun kaedah ‘karekter assasination’ adalah cara lapuk dan tidak beretika tetapi suasana politik hari ini telah menjadikannya halal dan bermutu.


Cuba kita lihat pendekatan yang sedang digunapakai PAS:-


Pertama, PAS akan lebih memberi tumpuan meraih sokongan pengundi melalui kempen yang dijalankan di surau dan masjid-masjid sekitar Permatang Pasir. Melalui sumber dalaman PAS setiap aktiviti akan dilaksanakan oleh penceramah-penceramah PAS khususnya dari Kedah dan Terengganu.


Kedua, penglibatan ADUN budak jahat PR yang lebih memberi tumpuan diberi dikawasan yang bermajoritikan pengundi Cina. PAS sedar hanya dengan menguatkan kempen dikawasan tersebut akan menjadi penentu kemenangan calon PAS di Permatang Pasir. Inilah pengalaman yang PAS perolehi di Bukit Gantang kerana mereka sedar pengundi Melayu sudah mula kecewa dan terkilan dengan kelucuan PAS terutamanya kenyanyokan Nik Aziz mempermainkan Islam.


Ketiga, PAS menyediakan sebuah kenderaan bagi setiap UPU bagi tujuan membawa pengundi ke Pusat Pengundian. PAS akan berusaha membawa seramai mungkin pengundi yang dikenalpasti mengundi calon PAS. Keadah yang sama turut juga digunakan UMNO. Cuba yang membezakan strategi parti mempengaruhi pengundi disaat-saat akhir.


Keempat, dari segi permainan saraf GM mendapat maklumat PAS telah menubuhkan 3 unit pemantau prestasi iaitu Unit Perang Saraf, Unit Risikan dan Unit Pemantauan. Unit ini akan mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan sesuatu isu bagi meraih simpati dan kajian mengenai kecenderungan sokongan pengundi. Antaranya membuat risalah palsu UMNO kononnya akan diadakan perhimpunan ‘pengkhianat melayu’ yang dibuat oleh UMNO Johor.


Semua pendekatan ini adalah kerana PAS mahu mempertahankan Permatang Pasir dan menjaga maruah daripada tewas kerana PAS sedar sokongan orang Melayu semakin hari semakin susut dengan pengajaran di Bukit Gantang dan Manek Urai. Lihatlah betapa takburnya mereka di Manek Urai dengan sombong yakin akan menang besar tetapi kuasa Allah mengatasi semuanya. PAS tewas tipis dan paling malu majoriti terdahulu gagal dipertahankan. Hanya dengan kemenangan ini akan mengukuhkan kembali peranan PAS dalam budak jahat pakatan


Apa yang menjadi persoalan adalah peranan PKR yang tidak dibenarkan untuk membuka bilik gerakan sendiri dan semua gerak kerja PKR perlu mendapat kebenaran PAS tempatan. Paling ketara jentera kempen PKR juga diharuskan mendaftar terlebih dahulu dengan PAS Penang.


Cuba tanya Khalifah Umar Guan Eng mengapa mesti dia tidak membantu PAS.? Sumber GM mengatakan DAP Penang langsung tidak membantu dari segi tenaga dan juga kewangan. Salleh Man terkial-kial mencari peruntukan dana kempen dan cuma MB Kedah bermurah hati untuk menderma RM 10,000. Guan Eng hanya mahu menggunakan PAS untuk menunjukkan sokongannya kuat dan menakut-nakutkan orang Bukit Pala.


Timbul persoalan GM, apakah PAS memang tidak mempunyai dana yang cukup hingga Hadi Awang terpaksa mengarahkan pemimpin PAS menderma RM1,000 seorang dengan sasaran kutipan sebanyak RM 1juta atau sebenarnya Hadi Awang tahu kualiti calon PAS ini yang gemar mengusik isteri orang dan terlibat dengan penyelewengan..?


GM – Politik tidak kotor yang menjadikannya kotor adalah pemainnya. Seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tokoh yang boleh diangkat tetapi hari mereka layak dipijak kerana hendak diangkat terasa berat kesan kotorannya.

Friday, August 21, 2009

Pemuda PAS dan PKR Akan Sokong BN

Golongan Pemuda Parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.

“Mereka menghubungi Ketua Pemuda UMNO, di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man),” kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

“Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya. Sinar Harian

GM - Ini bukan cerita kosong nih..!

Thursday, August 20, 2009

Ini Sorga Aku Yang Punya.. Jackass Dan Kisah 10 Adun


GM hairan betul dengan satu manusia munafik yang bernama Nik Aziz atau pendita usang menghitung hari. Kehairanan GM bertambah-tambah dengan pengikut gila dan pengipas taksub yang membiarkan sindrom nyanyok pendita ini semakin bercambah.

Disatu ketika dalam kenyataan media Haprak Deli, pendita nie menafikan pernah mengatakan ''ahli UMNO'' tidak akan masuk syurga tetapi realitinya pendita ini memang kata macam tuh. Tak tau kenapa pengipas taksub masih boleh melihat kenyanyokan pendita ini.

Sudah jelas, pendita usang Nik Aziz makin teruk dilapah usia dengan peluang yang diberi Allah untuk bertaubat. Masih ada sinar kesian yang diberi tetapi tidak disedari oleh pendita usang Nik Aziz.

Mengapa Hadi Awe, Ustaz Nasha dan lain lain pengipas diam melihat telatah sarkas pendita mempersendakan Islam.? Langsung tidak terusik iman mereka melihat kelucuan Nik Aziz. Ini mungkin akibat kerana bersahabat dengan syaitan DAP dan paling akrab dia bersahabat dengan Anwar Ibrahim pemegang juara munafik sepanjang zaman.

Cakap berkaitan Anwar Ibrahim, dalam ceramah kelmarin hebat mengatakan akan menjawab satu persatu kenyataan pengkhianat yang dilabel kemas kepadanya. Sekarang Anwar cuba ingin mewangi taik yang sentiasa busuk di hadapan pemujanya.

Semua orang tau apa yang sudah Anwar buat daripada mula-mula dalam UMNO sampailah dia rosakkan apa yang pernah diciptanya. Manusia munafik inilah yang membawa sindrom munafik beranak pinak di dalam PAS dan membusung di dalam minda pendita usang Nik Aziz.

Sudah ada petanda dan ingatan yang disampaikan oleh yang Esa. Melihat gelagat PAS yang semakin bongkak tanpa mereka sedar ini adalah cabaran yang diberi untuk mereka menilai semula asas perjuangan Fasal 3 yang diagungkan.

Di Selangor GM dengar sudah ready 10 orang ADUN/AP PAS dan PKR yang mahu keluar daripada geng budak jahat pakatan. Ini bukan cerita kosong kerana ada usaha untuk memujuk mereka untuk tidak keluar kerana depa takut kisah Perak siri 2 akan berlaku.

Orang-orang besar PAS dan PKR sepatutnya nilai kenapa 10 orang ini buat kerja gila untuk isytihar Bebas.? Depa semua dah sedar yang selama ini PAS dan PKR asyik kena kencing dengan tingkah laku DAP yang seleweng duit kerajaan negeri macam dalam kes Teoh sampai dia terjun bangunan sebab dah termuntah dengan kerja kotor DAP.

GM - Ini bukan cerita main-main.....

Lepas Najib, Muhyiddin Jadi Sasaran

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,"
Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.
"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang,"
GM: Itulah reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas wujud fitnah terbaru yang mengatakan beliau menjual tanah kepada Singapura. Tiada apa yang pelik dengan fitnah terbaru ini kerana kerja kotor budak jahat pakatan selepas mereka lesu menjahanamkan kredibiliti Najib kali ini mereka serang pula second man Najib.

Monday, August 17, 2009

Beruk Yang Kesunyian


Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini. Ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi - lapor Bernama.

GM: Macam tulah taraf pariah yang bermain politik secara tidak matang. Kalau dalam Dewan Rakyat perangai pun dah macam beruk di luar lebih teruk daripada beruk. He..he..he..!

Sunday, August 16, 2009

Hell Yeh..Anwar.!

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, ketua pembangkang amat dihormati di negara-negara yang lebih memahami demokrasi, tata susila politik moden dan tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang.

GM : Itu laporan sebuah portal media kepunyaan pesakit mental Raja Petra. GM berpendapat Anwar sepatutnya dimaki daripada dulu lagi kerana telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia dengan tindak tanduk GILA yang melampaui batas. Bagi seorang 'politician career' macam macha Zaid ini adalah kerana beliau ketika ini berada di dalam PKR dan pujaan dan pujian harus melangit bagi menjamin survival yang semakin malap.

Bagi GM, peliwat itu tidak memahami job descriptionnya sebagai Ketua Pembangkang tetapi lebih berbangga sebagai penjawat awam pencacai barat untuk menjahanamkan institusi demokrasi Malaysia. HELL YEH..ANWAR..!

Bagaimana Wujud Kesan Torehan Di Lengan Kanan Teoh.?

Jika diteliti pembesaran gambar ini ada kesan torehan dilengan kanan Teoh.

Peguam Gobind Singh Deo berkata teori yang dikemukakan oleh pakar patologi itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak disokong dengan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan Teoh telah berdiri dan terjun melalui tingkap di tingkat itu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya katakan kepada doktor bahawa doktor adalah salah, ini bukanlah kes si mati terjun dan membunuh diri kerana tidak ada kesan tapak kasut atau kesan cap jari pada tingkap itu.

Jika benarlah Teoh BH mematikan dirinya dengan terjun daripada pejabat SPRM, manusia yang perlu dituding jari adalah chi-bai Tan BH. Keluarga Teoh perlu menyalahkan chi bai Tan BH dan seluruh parti DAP sehingga ke akhir hayat mereka. Mereka perlu sedar bahawa DAP dan chi-bai Tan BH yang menyebabkan anak mereka mengambil keputusan membunuh diri.


Ini kerana diberitakan bahawa chi-bai Tan BH adalah individu yang terakhir berjumpa dan mereka diberitakan bertengkar di tandas pada pagi kejadian. Isu petengkaran ini telah dibuktikan oleh saksi. Apa yang membuatkan mereka bertengkar.? Adakah kerana Teoh sudah menceritakan dari A-Z kisah dalam kain DAP. Isu petengkaran ini sukar untuk dijelaskan kerana faktor bahasa dan menyelamatkan diri sendiri.


Mereka berdua bertengkar dan apa yang membuat chi-bai Tan BH begitu marah dan terdesak selepas Teoh diambil keterangan..? Pasti ada plot cerita semasa itu yang membuatkan chi-bai Tan begitu agresif menekan Teoh.


Teoh mungkin telah diugut dan memaksanya untuk membuat pilihan disebabkan chi-bai Tan enggan mengaku dan terdesak dengan keterangan yang telah diberi kepada pihak SPRM oleh Teoh. Keluarga Teoh harus memikirkan sedalam-dalamnya tak tidak membenarkan pihak ketiga mempengaruhi dengan mengatakan SPRM telah membunuh Teoh. Ini kerja orang yang mahu mencuci tangan demi kepentingan politik.


Pandangan GM isu petengkaran ini perlu dipersoalkan di dalam prosiding inkues itu kerana mungkin petengkaran ini menjurus kepada tindakan Teoh membunuh diri disebabkan ketakutan ataupun ugutan pihak-pihak yang bersekongkol dengan Ronnie Liu dan chi-bai Tan BH.


Perkara yang boleh diterima akal juga mengapa dan bagaimana terdapat kesan torehan di lengan kanan Teoh.? Adakah Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri kerana sudah tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi. Daripada kesan torehan itu boleh disimpulkan bahawa mungkin Teoh mahu menamatkan nyawanya. Tidak mungkin Teoh rela pihak kedua menoreh tangannya sendiri melainkan dia sendiri yang rela berbuat demikian.


Kematian Teoh sebenar berpunca daripada DAP sendiri kerana sifat tamak pemimpin dan ahli yang mahu membolot dan menggunakan kesempatan berkuasa bagi membina kekayaan. Keluarga Teoh perlu menyalahkan DAP kerana disebabkan tamak dan kegilaan mereka menyebabkan anak mereka mengambil tindakan yang tidak masuk akal.


Kali ini Gobind beriya-iya cuba untuk menafikan teori keberangkalian Teoh membunuh diri dan mencari jalan untuk meletakkan kesalahan ini kepada SPRM. Persoalan logikkah SPRM mahu membunuh saksi sendiri jika saksi itu berupaya membongkar penyelewengan yang sedang disiasat atau sebenarnya Gobind sendiri tahu penyelewengan yang dibuat partinya.


Pengkhianat : Lagi Ramai Lagi Bagus.!

Kira-kira 35,000 ahli UMNO dari tiga bahagian di Pahang hari ini menyerahkan memorandum menyokong kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Sukpa di sini. Utusan Malaysia


Friday, August 14, 2009

Pergi Jahanam Dengan PAS


PAS kini sibuk mengejar kesedapan menyundal daripada letih berfikir menegakkan asas pendirian, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Pergi jahaman dengan tagline yang PAS agung-agungkan. Ya...GM tak hairan dengan kejelekan AUTARISME ciptaan PAS sebab daripada dulu sampai sekarang, PAS langsung tidak berupaya untuk berdiri diatas kaki sendiri. Kita tegurlah sekeras mana pun, kutuklah selantang mana pun pasal PAS, mereka memang tak menghiraukan. Ibarat kanak-kanak yang diberi aiskrim disuruh diam langsung tak menangis. Hal keduniaan yang dikejar PAS lebih sedap diramas daripada mengengam pendirian yang nyata.

Kalau kita masih ingat lagi isu penyiaran karikatur Rasulullah yang oleh sebuah akhbar Denmark. Satu dunia ketika itu membantah penghinaan yang dibuat oleh akhbar tersebut. Kiranya bukanlah kali pertama umat Islam diberi penghinaan sebegitu rupa, sudah berkali-kali Islam diperlakukan sebegitu. Alasan kepada itu adalah kerana ketakutan terhadap Islam.

Ketika dunia pun sibuk membuat bantahan, parti berbikini hijau sibuk juga menunjukkan rasa tidak puas hati. Kononnya untuk ditunjukkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia Islam, mereka juga membantah keras dalam isu tersebut.

Paling diingati, pendita usang Ajis pun turut serta buat bantahan di hadapan kedutaan Denmark dan lantang memboikot barangan Denmark. Haattuuiihh...! tepat kemuka pendita usang Ajis.

Lagi menambahkan efek menyampah dan kekelakaran drama ciptaan bikini hijau ini bila Salahuddin Ayub pun bangga tunjukkan keberanian membawa isu itu ke pentas Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan mendesak usul mengutuk terhadap Kerajaan Denmark. Haattuuuiihh...! Salahuddin pun GM ludah.

Pendita usang Ajis tegaskan, DAP buleh menghina Islam kerana alasan bahlol pendita ini adalah DAP bukan orang Islam serta tidak memahami Islam. Lesen besar itu yang membolehkan DAP menghina Islam. GM ingin bertanya mengapa dulu bikini hijau ini lantang membantah dalam isu karikatur.? Alasannya sama, rakyat Denmark / barat tidak memahami Islam kerana mereka.

Tetapi dalam hal ini, bikini hijau sudah di chekmate oleh DAP. Keduniaan lebih penting dalam menjaga ketatasusilaan Islam. Islam itu sudah tidak penting lagi bagi mereka. Apa yang penting bagi mereka undi dan semangat kesepakatan yang mahu ditonjolkan konon-kononnya. Perkara bodoh yang dilakukan mereka.

Rakyat tak akan menyampah dengan mereka jika mereka tidak beriya-iya memperjuangkan Islam atau pun buangkan perkataan Islam di nama Parti Islam Semalaysia tetapi sikap dan etika mereka sungguh memalukan umat Islam dan membuatkan orang Islam diperbodohkan dengan semangat penipu keislaman mereka itu.

GM rumuskan, jika dalam hal menjaga kesucian Islam sekecil ini pun PAS tidak berdaya atau dalam isu arak yang mahu dikuatkuasakan dalam kawasan yang sekecil itu PAS tercungap-cungap, bagaimana mahu menegakkan fasal 3 yang diperjuangkan dari dulu sampai sekarang ?Keinginan mahu menubuhkan negara Islam..Pergi jahanam dengan PAS..!