Wednesday, August 26, 2009

Ean Yong Bikin Invois Sendiri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lalu.

“Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu, dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat),” kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.

Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.

Bagaimanapun pendedahan mengenai penglibatan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ianya telah terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.

Gobind kemudian mencabar SPRM membekalkannya semua dokumen berkaitan bagi membolehkan pihaknya menjawab dakwaan itu.

“Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja.

Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock,” Sinar Harian


Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

4 comments:

CHAIRMAN KAGA said...

MUAHHAHAHAHAH

CHAIRMAN KAGA said...

MU HA HA HA HA
OK KOMEN LEPAS BAGUIIH
BUKAN BACUL MCM PARPU
BAIK
AKU PERCAYA EAN YOUNG BIKIN INVOIS SENDIRI
TAPI MACAM MANA TBH MATI
TU YANG KITA NAK TAHU
KALAU TERJUN CAP JARI MESTILAH BERLAMBAK DI CERMIN DAN DI JENDELA
TAPI NI TIDAK
WALAU APA PUN SAYA RESPEK HANG TAK PAKAI SITA KOMEN MACAM PARPU
TETAPI NAMPAK BLOG GARAM MANIS TAKDE SAMBUTAN
TAK MERIAH LER
HE HE HE HE HE

Malaysian said...

Projek Projek Kerajaan Barisan Nasional!!!

Istana Bali >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/07/dulu-selangor-ada-istana-zakaria.html

Istana Zakaria >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2008/11/khir-toyo-isu-istana-zakaria-ada-motif.html

Istana Ottawa >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/03/dari-batang-ai-hingga-ke-ottawa-ini.html

Terbaru!!!
Istana Kampung >>> http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/satu-lagi-projek-kerajaan-barisan.html

YANG GAMBI said...

Salam,

Inilah yang puak-puak ni mahu, supaya meletakkan UMNO yang menyebabkan TBH mati itu saja......