Friday, August 21, 2009

Pemuda PAS dan PKR Akan Sokong BN

Golongan Pemuda Parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.

“Mereka menghubungi Ketua Pemuda UMNO, di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man),” kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

“Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya. Sinar Harian

GM - Ini bukan cerita kosong nih..!

5 comments:

TokMudim said...

Dah hilang akal orang tua ni....

Hantam saje le labu.....UMNO silap pilih calon....kah..kah...kah ..bikin susah BPN


Bodoh punya UMNO

YANG GAMBI said...

Salam,

InsyaAllah GM, Allah akan membuka hati mereka akan kebenaran UMNO, Allah akan tunjukkan siapa sebenar PAS dan pemimpin Melayu PKR talibarut Yahudi ini......

Shah said...

Semuga Allah swt mempermudahkan kemenangan UMNO. Tunjuklah kepada ahli PAS bahawa yang benar tetap benar. PAS ialah munafik menggunakan slogan Islam untuk memperdayakan rakyat

TokMudim said...

UMNO bodoh...pilih calon bermasalah jika pilih calon bersih dah tentu menang besor....Bodoh Punya UMNO

Junah said...

Salam,

Kemenangan PAS akan memalukan diri mereka sahaja. Semoga apa yg dikhabarkan mnjadi kenyataan.

Ramadhan mubarak!