Sunday, August 09, 2009

Mahukah PAS Berbuat Demikian.?

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sekali gus mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu.



Beliau yang juga Naib Yang Dipertua II Persatuan Ulama Pulau Pinang berkata, gesaan itu dibuat kerana sejak kebelakangan ini rakan-rakan Pas dalam pakatan itu terutama sekali DAP bersikap terlalu biadap.



Malah, katanya, kehadiran PAS dalam gabungan pakatan itu selama ini pun seolah-olah tidak pernah dihargai dan dihormati oleh rakannya lebih-lebih lagi DAP.



''DAP sebagai gabungan dalam pakatan sepatutnya menghormati prinsip atau pegangan rakan lain dengan tidak menyentuh soal agama sehingga mengguris hati dan perasaan ahli Pas atau umat Islam di negara ini. Utusan Melayu



1.Janganlah kita hairan jika tetangga sendiri sudah jelik dengan kelibat PAS. Sepatutnya daripada dulu lagi kenyataan seperti ini perlu kuat dan lantang bagi mewakili grass root.


2.GM yakin selepas ini akan muncul pula kenyataan daripada pemimpin bermulut longkang PAS yang akan menyindir grass root ini yang digambarkan berlidah UMNO sama seperti Nasharuddin dan Hassan Ali.


3.Inilah masalah utama PAS kerana mereka angkuh dan bongkah tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan diri sendiri. Tidak boleh menerima teguran orang lain itulah ciri-ciri bodoh sombong PAS. Contohilah UMNO kerana teguran PAS sepanjang masa menjadikan UMNO lebih baik memperbaiki diri



4.Dalam blog sebelah sinun sudah tentu akan ada artikel mengutuk kenyataan ini. Inilah masalah terbesar PAS. Mereka gagal mendisplinkan diri apatah lagi menilai diri sendiri kerana taksub dan alpa dengan apa yang mereka ada.



5. PAS hebat mengadakan demonstrasi tetapi “ZERO” langsung tiada apa-apa hanya mahu menonjolkan diri yang semakin tersepit. Di Selangor hendak menegakkan hukum Islam pun tak berdaya. Bukit Gantang dan Manek Urai sudah mengajar PAS supaya jangan takbur dengan apa yang Allah sudah bagi.



6. GM tidak mahu melihat PAS bergabung dengan BN tetapi mahu melihat parti kedua terbesar orang Melayu ini memperjuangkan sebenar-benarnya Islam. Barulah keseimbangan itu wujud. UMNO memperjuangkan bangsanya dan PAS memperjuangkan Islam.



7. Mahukah PAS berbuat demikian.?



3 comments:

Tungaklangit said...

salam sdr Garamanis

Selagi jiwa pemimpin pas ini tamakkan kuasa dan mendahulukan hal keduniaan maka selagi itulah mereka memandang sepi perpaduan Islam...

mereka rela mendekati musuh sebenar Islam kerana hati mereka telah dijakiti penyakit cintakan dunia melebihi cintakan akhirat...


salam

gotahlantun said...

bro....
tok ketua yang dah nyanyuk belum beri komen.....
kita tengok dan tunggu....

dah mesti macam cilakoss!!!!!

Ezad said...

pas ibarat orang kelemasan

apa jua benda yang boleh dipaut, dia akan berpaut..

walaupun bangkai babi