Friday, December 04, 2009

Uncensored 3: Khalid Buat Gila Dengan Lulus Bajet Tambahan RM 10 Juta

Regim Khalid ketika ini menyorokkan kepala kerana segala tembelang gula-gula choki-choki dah diketahui umum. Depa tak risau jika rakyat bawahan yang tau yang paling depa risau bila blogger jalanan cam Tokey dan lain-lain mula buka pekung ketiak busuk Khalid menjahanamkan Negeri Selangor.

Semua tahu, Pak Anwar, Godfader Sg Buloh dah terima jawatan penasihat ekonomi Selangor hanya dengan bayaran RM 1 saja. Khalid menghina Anwar walaupun Khalid sinis tahu gaji bangla jaga tandas SACC Mall lebih mahal daripada bekas Menteri Kewangan..! Khalid membalas dendam pada Anwar kerana mengarahkan Azmin riuh isu rombakan exco Selangor dulu.

Persetankan politik baling telur Khalid kerana Tokey mahu tulis berkaitan rancangan regim Khalid menjahanamkan Selangor dan memperbodohkan rakyat.

Tahun 2008, tanpa perbincangan yang mendalam dan teliti dengan exco chempiang Selangor Khalid telah meluluskan Bajet tahunan khas. Jumlah yang diluluskan bukannya sekupang dua tetapi RM 10 juta..! cukup untuk membuatkan Teresa dan Xavier menjeling sinis pada exco Melayu dalam DUN. Bajet tersebut hanya untuk sekolah cina dan sekolah tamil padahal jumlah sekolah tersebut dalam negeri Selangor bukanlah banyak sepertimana sekolah agama rakyat dan sekolah kebangsaan. [Rujuk]

Tindakan Khalid cukup membuatkan exco Melayu kayu tidak mampu berbuat apa-apa kerana masing-masing mahu menjaga perut sendiri dan lebih mementingkan kepentingan ideologi kepartian daripada memikirkan nasib bangsa sendiri. Mahu tokey kasi peringat, perkara sebegini atau bajet tambahan seperti ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran BN dulu walaupun cerita busuk BN banyak diperkatakan tetapi tidak sesekali mahu menjahanamkan bumi sendiri.

Terbukti Khalid selain mempunyai masalah gagap (ketika tension) dia juga tidak punyai kemampuan untuk membuat keputusan adil sebagai seorang pemimpin sebuah negeri yang maju. Cuba tanya rakan-rakan dan fikirkan, kenapa mesti Khalid tidak mengumumkan bajet tambahan khusus untuk sekolah agama dan KAFA..? Jika Khalid beranggapan Pihak Zakat yang akan membiayai persoalaannya MANA HAK ANAK-ANAK KITA DI NEGERI SELANGOR.?

Dimana letaknya keadilan atau hak samarata bagi orang melayu kerana peruntukkan yang diluluskan hanya untuk orang cina dan india saja. Tepuk dada tanya Khalid..

3 comments:

Anonymous said...

kalau betul apa yang berlaku datuk khalid telah mengkhianati bangsanya sendiri atas kepentingan peribadi dan survival politiknya. Bertaubatlah lihat anak bangsa kamu yang merupakan pewaris negeri selangor ini. Hidup dah nak senja buatlah amalan sikit untuk agama tapi biarlah ada keikhlasan. Jangan di akhirat nanti tiada bekalan amalan kita. Hidup di dunia ini sementara saja, buat sesuatu yang disukai oleh umat islam selangor kerana dia saudara seagama kamu.

Anonymous said...

KO YANG RASIS..!
KO YANG RASIS..!
KO YANG RASIS..!

hanizam said...

bongkar, jangan tak bongkar...

masa nilah dorang nak bolot segalanya...kot-kot lepas ni tak dapat nak duduk kerusi exco @ MB lagi....

rasis???rasis kepala hotak hang....

kalau betul ada tambahan peruntukan tu, kenapa tak bagi sekali kat sekolah agama & kafa yang JAIS kelolakan??

baru adil...bahagi 3, busuk-busuk dapatlah 3.33 juta bahagian masing-masing...