Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Isu Pasir Tak Boleh Setel...Nak Setel Hal Kg. Baru.

Ini yang Khalid gagap kutuk Tun Dr. Mahathir. Dia tak sedor diri, jasa Tun dah diakui seluruh dunia. Daripada KLCC sampai ke kereta proton yang anak sedara Khalid pakai semua guna kepala otak Tun M. Khalid gagap cakap macam ini pasal Tun dalam keadaan tergagap-gagap..
Menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penakut” kerana tidak melaksanakan cadangan pembangunan Kampung Baru dengan melibatkan orang bukan Melayu ketika era kepimpinannya selama 22 tahun. “Cadangan untuk melibatkan orang bukan Melayu adalah satu alternatif tetapi beliau (Dr Mahathir) ketika menjadi perdana menteri takut untuk

“Ini kerana cadangan tersebut tidak seiring dengan kehendak majoriti penduduk Kampung Baru yang mahukan pembangunan dijalankan tanpa mereka hilang status tanah tersebut,” kata beliau ketika ditemui wartawan sempena sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan usaha pembangunan semula Kampung Baru iaitu penempatan orang Melayu di ibu negara akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.

Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.

Adoyai..Khalid nak jadi Einstein pula dalam hal pembangunan dan ekonomi orang Melayu. Isu pasir di Selangor pun Khalid tak mampu nak handle, berkeparat gengster korek pasir siang malam. Yang ini pun Khalid tak mampu nak setelkan.

Ini yang Khalid perlu buat. Jangan sibuk hal luar dari Selangor, clearkan dulu gengster pasir kalau tak mahu diclearkan PRU akan datang.

Wednesday, June 23, 2010

Faekah Masih Solo...Itu Yang Khalid Tergagap-gagap.


Agak sinis bila pejabat MB Selangor merombak struktur organisasi kononnya untuk lebih tersusun dan berdaya maju. Nik Nazmi yang cemerlang sudah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Komunikasi PKR Pusat. Tahniah

1. . Memang politik PKR sangat berbelit pasal Anwar pun jenis kaki belit. dan obses men-delay. Aku kata belit pasal Faekah dan Nazmi kedua-duanya patuh pada Azmin cuma bezanya dalam beberapa hal saja Faekah boleh terima kata Azmin. Yang lain pergi jahanam. So, kat mana yang berbelit? Faekah tuh tak sukakan Anwar tapi boleh berkompromi dengan Azmin. PKR memang berbelit.

2. Nik Nazmi memang budak suruhan Azmin itu tak dinafikan. Masalah pentadbiran negeri di bawah Khalid semua didalam kocek Azmin. Sapa yang boleh bocorkan dokumen penting kalu bukan Setpol sendiri yang ada akses untuk capai dokumen hijau atau merah. Cara Azmin pantau Khalid sama macam mandor toreh getah perati anak buah buat kerja. Penuh dengan sikap bongkak.

3. Faekah Husin pun sama merenyam juga. Dari dulu sampai sekarang dia memang penyokong kuat Azizah. Lagi kuat dia peluk Azizah bila Anwar dihumban ke penjara tahun 1998. Kiranya semenjak itu dibelakang Azizah adalah Faekah. Boleh tahan jambu juga dia ni.

4. Yang anehnya, Khalid Ibrahim yang sudah berbinikan Rahimah masih lagi mahukan seorang anak dara sunti menjaga hidupnya. Bini betul tak cukup, Eli Wong setakat penyedap dalam meeting exco. Alasan Khalid mahu Faekah adalah kerana dia masih lagi solo dan bujang trang tang-tang. Itu kelebihan Khalid, dia gagap tapi bermutu dalam hal ehwal wanita.

5. Itu saja. Pasal Nazmi nie budak Azmin atau Faekah nie kesiankan Azizah itu semua wayang PKR yang dah diketahui umum. Depa dari dulu lagi parti yang berbelit-belit kerana dipimpin oleh ketua umum yang kaki belit dan obses men-delay sapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim.

Anak dara lagi Faekah tu.

He..he..he..

Monday, June 21, 2010

Sudahlah Khalid...Selangor Pun Tak Terjaga


Alahai, kes rembat duit pasir pun tak setel lagi nak rembat pasir di Kg. Baru pula.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini. Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.

“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik. “Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru. “Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

Sebelum itu, YB pembangkang bukan boleh percaya. Depa semua dah tau Nuar jubo terlibat dengan main bontot tapi pasal nak dapat undi semua pakat-pakat senyap. Orang PAS lagi tau kulit sebenar Nuar jubo. Nak undi punya pasal bukan nak bela orang Melayu pun.

Thursday, March 25, 2010

Tunggu Khalid Dedah...YBK Yang Saman Dulu.


YBK Saman Selangor

Permodalan YBK Sdn Bhd - anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) - memfailkan saman RM73,837,089.50 terhadap kerajaan Selangor dan dua lagi pihak kerana enggan membenarkan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah miliknya di Serendah, mengakibatkan yayasan itu mengalami kerugian kewangan.

Dua lagi defenden dalam saman tersebut - yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam - ialah majlis exco kerajaan negeri dan pentadbir tanah Hulu Selangor, lapor the Star.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berharap plantif akan mendapat keadilan melalui saman tersebut.
Poodaahh...! dulu kononnya Khalid gagap nak dedahkan penyelewengan dan salahguna YBK. Masa tuh bulan Januari tapi dah masuk bulan Mac satu haram pendedahan langsung tara. Yang kena dedah seluar dalam PKR dan Anwar Ibrahim oleh Zahrain dan Zul Kulim. Kena tahu kenapa Khalid enggan dedah, silap-silap dia yang terdedah. Jenis perangai sama macam Anwar. Sembang lebih habuk pun tara.

Mykmu pernah keluaq cerita ini. Klik
  1. Khalid telah menyalahguna kuasa sebagai Menteri Besar dan Ketua Eksekutif kerajaan Selangor memaksa sebuah NGO sukarelawan terima dirinya sebagai Pengerusi YBK.

  2. Dia tidak berhemah dalam menggunakan kuasa sebagai MB untuk menyelesaikan masaalah seperti cukai tertunggak tapi mencari kesempatan untuk ambilalih tanah yang kini sah kepunyaan YBK.

  3. Segala pertuduhan yang dibuat Khalid tidak ada asas dan bukti tapi hanya semata-mata fitnah politik tanpa ada batasan.

  4. Melakukan criminal defamation terhadap sebuah entiti sah.

  5. Menafikan penuntut tempat untuk melanjutkan pelajaran, penduduk setempat manafaat ekonomi, peniaga dan ahli perniagaan peluang ekonomi dan diakui sendiri rakyat jadi mangsa salahlakunya.
Masa nie lah nak sahkan penyakit gagap Khalid makin menular.

Friday, December 11, 2009

Uncensored 7: Pecah Monopoli Orang Melayu

Dalam siri Uncensored yang lepas telah didedahkan beberapa kepincangan dan tindakan berat sebelah regim Khalid menganiaya rakyat jati Selangor. Sudah acap kali memperkatakan kebebalan Exco Khalid (baca Melayu) yang tidak berbuat apa-apa melainkan menyokong membabi buta.

Walaupun dilihat sudah ada isu bola tanggung yang boleh dieksploitasi oleh kepimpinan UMNO Selangor tetapi oleh kerana kegagalan untuk memahami, menjiwai dan bertindak sebagai pembangkang, banyak isu yang berlalu begitu saja dan dipandang sepi oleh UMNO khususnya jentera penerangan yang totally out..! melainkan ber'syukor' saja....Itu antara kelemahan dan kebebalan jentera UMNO Selangor hari ini. Janganlah cuba menafikan.

Itu dipihak UMNO yang dok ber'syukor' setiap masa. Takpa biaq kat depa mungkin sebab Harrier dok parking elok kat garaj umah lagi depa semua masih dok mengelamun kira bintang.

Siri uncensored 6 [Rujuk] Tokey dedahkan bagaimana Khalid Gagap begitu 'teruja' dengan buah fikiran Exconya yang mahu supaya diadakan satu pilihan raya kerajaan tempatan bagi memilih semula pentadbir PBT. Khalid teruja dan terkesima dengan idea inovatif barisan exco yang planning untuk mengusir melayu jati Selangor.

Sehingga saat ini, maklumat dalaman mendedahkan Ronnie Liu dikatakan telah mendesak Khalid Ibrahim meminta Bahagian Sumber Manusia dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya melantik Pegawai-pegawai berbangsa Cina mengisi beberapa jawatan strategik seperti Datuk Bandar dan YDP PBT.

Bagi mejayakan percaturan ini, Ronnie liu telah meminta Khalid Ibrahim menukar Datuk Bandar MBPJ, YDP MPSJ dan YDP MPK dengan pegawai 'selective' Ronnie yang berbangsa Cina atas alasan Datuk Bandar dan YDP tersebut terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Perkara ini tidak dihebahkan kepada media kerana strategi Ronnie mahu menakut-nakutkan pegawai terbabit.

Dalam jangka masa panjang, perkiraan puak-puak ini untuk merevolusikan PBT akan terus melibatkan bandar-bandar besar dan juga daerah lain yang turut mengalami perubahan yang sama. Tahniah kat hangpa..! Dapat bos baru yang lebih dedikasi. Orang Melayu memang suka bekerja dibawah orang cina sebab kalu dibawah orang melayu hasad dengki menguasai diri. Ini sudah menjadi tabiat. Macam tuh la yang terjadi hari ini.

Nilaikan, kemunculan Datuk Bandar dan YDP PBT dari bangsa cina sudah tentu akan merobah wajah dan landskap otoriti PBT yang selama ini menjadi hak milik istimewa orang Melayu. Bayangkan bagaimana, bumi Shah Alam akan berubah menjadi seperti PJ yang dikuasai oleh orang cina, rumah urut dan panggung wayang pasti bersepah. Hari ini pun sudah kedengaran cadangan-cadangan tersebut.

Tidakkah hangpa semua rakyat Selangor nampak agenda tersembunyi puak-puak ini yang ingin menguasai dan memecahkan dominasi orang melayu. Bagi Tokey, tindakan depa semua sebenarnya adalah lebih rasist dan merbahaya.

Tepuk dada tanya Khalid....

Monday, December 07, 2009

Uncensored 5: Khalid Is Clown, Sultan No Right.

Korang dah baca berkaitan peruntukan tak seimbang (boleh rujuk disudut kanan blog ini) dan bajet-bajet tambahan tak masuk akal yang telah dibuat dan diluluskan oleh regim Khalid gagap sepanjang hampir 2 tahun pentadbiran gila dia. Jika hendak dibandingkan dengan Julius Ceaser boleh dikatakan kedua-dua ini mempunyai personaliti yang sama iaitu tidur tak suka pakai spender sama macam Cik Eli exco kegemaran Khalid.

Tokey, hendak kasi tau pasal kedudukan agama Islam dan martabatnya dan bagaimana DAP dan PKR menggunakan kegagapan Khalid untuk bermaharajalela.

Satu ketika dulu terdapat satu pindaan yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor untuk melantik terus ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tanpa perlu melalui Khalid Ibrahim tetapi telah menerima tentangan dan bantahan keras daripada ADUN DAP dan PKR termasuklah exco kerajaan negeri.

ADUN DAP, PKR dan Speaker DUN dengan biadap mempersoalkan hak Sultan Selangor dalam perkara ini. Depa anggap Sultan tidak lebih hanya Raja Berpelembagaan. Depa lupa yang Sultan adalah Ketua kepada agama Islam dalam negeri tetapi yang paling menyedihkan apabila ada yang mencadangkan supaya pindaan tersebut ditarik balik atau ditangguhkan. Bagaimana pun, dalam hal ini, YB Melayu Islam daripada bulan dan keris sepakat menyokong pindaan tersebut dan seterusnya diluluskan oleh Dewan.

Cuba kita kaji jika pindaan tersebut tidak diluluskan ia akan menimbulkan krisis perlembagaan di Selangor. Paling penting dan perlu diambil perhatian, dimana fungsi dan kedudukan Sultan sebagai payung orang melayu dan islam di Selangor jika pindaan itu tidak diluluskan.

Tokey ingin lontarkan soalan pada orang melayu yang duduk di kampung-kampung macam di Hulu Langat, Hulu Yam, Hulu Selangor dan segala macam hulu adakah depa tahu dan sedar akan permainan DAP dan PKR untuk menghakis kekuasaan Institusi Raja Melayu di negara kita sepertimana yang depa tengah rancak planning di Penang [Rujuk] dan [Rujuk].

Atau ketika ini, depa semua khayal dengan mabuk air paip free tiap-tiap bulan hingga mata hati menjadi buta untuk menilai permainan sumbang pentadbir Selangor. Renung sejenak untuk melihat pernahkah berlaku perkara seperti ini sebelum ini.? Pernahkan pelaksanaan hukum mencegah kemungkaran dimalukan hanya kerana mahu melaksanakan kepada bangsa sendiri. (baca isu arak).

Inilah hasilnya jika syiar kesamaratan telah menjadi halwa telinga untuk menutup dosa-dosa Khalid Ibrahim....

Friday, December 04, 2009

Uncensored 4: Kerana Khalid, Makin Bersepah Tokong dan Kuil Haram Di Selangor

Jika sebelum nie SU Kerajaan Negeri yang akan menjadi Pengerusi jawatankuasa rumah ibadat bukan islam. Ini yang diamalkan ketika BN perintah Selangor hampir 40 tahun dulu. Bagaimanapun selepas kejatuhan kuasa bongkak BN dan tabalnya Khalid Ibrahim sebagai MB gagap pertama negara habis semua ditukar dengan senang hati.

Kononnya tidak mahu terikut dengan gaya kepimpinan BN dulu. Ketika ini Pengerusi jawatankuasa rumah ibadat bukan islam telah disandang oleh Teresa Cock, Ronnie Liu dan Xavier Jayakumar itupun setelah dipinda dan ditekan oleh ADUN bukan islam pada kepala Khalid hingga tidak mampu dibuat apa-apa atas lagak sombong depa.

Janganlah kita pelik mana pergi YB melayu yang mengaku islam macam Hassan Ali, Khalid Samad atau Rodziah 375 yang tidak menentang pelaksanaan 'skim' baru itu. Anggaplah depa semua dan hanyut tidoq atas tilam kuasa brand PR. Setelah jawatan itu diisi, depa (pengerusi) telah melantik 6 orang ahli baru yang mewakili semua agama selain daripada Islam. Kasi ulang wakil Islam..ZERO.

Mengapa depa beriya-iya mahu pindaan jawatankuasa itu.? apa yang Hassan Ali dan Khalid buat kat bangunan SUK sampai tak mampu nak bantah..! Kita pusing kebelakang semula dan renungkan kembali tindakan depa semua. Jangan kerana air free tiap-tiap bulan kita mabuk dengan tawaran murah menjual hargai diri.

Penubuhan jawatankuasa ini hanya akan memudahkan lagi orang cina dan india menambah bilangan kuil dan tokong mereka di Selangor. Tidakkah ini secara tidak langsung akan membantutkan usaha menyebarkan syiar islam seperti mana janji manifesto PAS dulu. Mahu sebarkan syiar islam jika berkuasa di Selangor. La nie syiar islam haram tak nampak yang jelas syiar kesamarataan makin nampak.

Pernah dulu, Xavier buat sidang media mengumumkan bahawa tidak ada had kepada ketinggian pembinaan kuil dan tokong di Selangor. Dia juga mengumumkan PBT tidak lagi dibenarkan meroboh kuil dan tokong haram kecuali dengan kelulusan exco dan jawatankuasa rumah ibadat bukan islam yang dianggotainya.

Tapi yang paling kurang ajar dan celaka bila Xavier dengan angkuh akan mencadangkan supaya syarat pembinaan di taman-taman perumahan baru mesti berdasarkan nisbah 1 masjid/surau:1 gereja: 1 kuil. Apa niat Xavier..? bukankah ini jelas mahu menghalau orang melayu secara halus.

Kepada yang baca tak payah nak geleng-geleng kepala dan memaki hamun depan monitor atau menyesal memberi kuasa kepada Khalid Ibrahim berkuasa kerana inilah kemahuan hangpa 100%. Tahniah kerana menghilang pengaruh melayu dalam Selangor.

Uncensored 3: Khalid Buat Gila Dengan Lulus Bajet Tambahan RM 10 Juta

Regim Khalid ketika ini menyorokkan kepala kerana segala tembelang gula-gula choki-choki dah diketahui umum. Depa tak risau jika rakyat bawahan yang tau yang paling depa risau bila blogger jalanan cam Tokey dan lain-lain mula buka pekung ketiak busuk Khalid menjahanamkan Negeri Selangor.

Semua tahu, Pak Anwar, Godfader Sg Buloh dah terima jawatan penasihat ekonomi Selangor hanya dengan bayaran RM 1 saja. Khalid menghina Anwar walaupun Khalid sinis tahu gaji bangla jaga tandas SACC Mall lebih mahal daripada bekas Menteri Kewangan..! Khalid membalas dendam pada Anwar kerana mengarahkan Azmin riuh isu rombakan exco Selangor dulu.

Persetankan politik baling telur Khalid kerana Tokey mahu tulis berkaitan rancangan regim Khalid menjahanamkan Selangor dan memperbodohkan rakyat.

Tahun 2008, tanpa perbincangan yang mendalam dan teliti dengan exco chempiang Selangor Khalid telah meluluskan Bajet tahunan khas. Jumlah yang diluluskan bukannya sekupang dua tetapi RM 10 juta..! cukup untuk membuatkan Teresa dan Xavier menjeling sinis pada exco Melayu dalam DUN. Bajet tersebut hanya untuk sekolah cina dan sekolah tamil padahal jumlah sekolah tersebut dalam negeri Selangor bukanlah banyak sepertimana sekolah agama rakyat dan sekolah kebangsaan. [Rujuk]

Tindakan Khalid cukup membuatkan exco Melayu kayu tidak mampu berbuat apa-apa kerana masing-masing mahu menjaga perut sendiri dan lebih mementingkan kepentingan ideologi kepartian daripada memikirkan nasib bangsa sendiri. Mahu tokey kasi peringat, perkara sebegini atau bajet tambahan seperti ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran BN dulu walaupun cerita busuk BN banyak diperkatakan tetapi tidak sesekali mahu menjahanamkan bumi sendiri.

Terbukti Khalid selain mempunyai masalah gagap (ketika tension) dia juga tidak punyai kemampuan untuk membuat keputusan adil sebagai seorang pemimpin sebuah negeri yang maju. Cuba tanya rakan-rakan dan fikirkan, kenapa mesti Khalid tidak mengumumkan bajet tambahan khusus untuk sekolah agama dan KAFA..? Jika Khalid beranggapan Pihak Zakat yang akan membiayai persoalaannya MANA HAK ANAK-ANAK KITA DI NEGERI SELANGOR.?

Dimana letaknya keadilan atau hak samarata bagi orang melayu kerana peruntukkan yang diluluskan hanya untuk orang cina dan india saja. Tepuk dada tanya Khalid..

Thursday, December 03, 2009

Uncensored 2: Bantuan Tidak Seimbang Antara Sekolah Agama, Cina Dan Tamil


Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 12 juta untuk diagih-agihkan kepada sekolah agama, tamil dan cina di Selangor. Sumbangan tersebut sepatutnya dibahagi-bahagikan kepada tiga jenis buah sekolah mengikut pecahan bilangan jumlah sekolah dan pelajar.

Jika mengikut statistik jumlah sekolah di Selangor, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama (SAR) dan Sekolah KAFA adalah jauh lebih banyak dari sekolah cina dan tamil.

Secara peratusannya SAR meliputi lebih 59% (498 sekolah) Sekolah cina 32% (108) dan sekolah tamil 9% (97) jumlah keseluruhan pelajar di seluruh Selangor. Maksudnya SAR atau Islam lebih banyak daripada kedua-dua jenis sekolah lain. Sepatutnya sumbangan sebanyak Rm 12 juta yang diperuntukkan msti diagih-agihkan mengikut bilangan sekolah/murid sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kewangan negeri selama ini.

Tetapi yang paling sedih ialah semasa isu tersebut dibentangkan dalam mesyuarat exco, Teresa Cock telah membantah dengan menyatakan pembahagian tersebut tidak adil dan bersifat "racist". Peliknya YB-YB Melayu Islam hanya membatukan diri dan langsung tidak membantah. Ekoran desakan tersebut, Khalid Ibrahim memutuskan supaya sumbangan dibahagi samarata iaitu setiap jenis sekolah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta. Bijak tak DAP yang dah bagi hangpa ayaq free tiap-tiap bulan..!

Bagi tujuan kepentingan politiknya juga, pada 27 Jun 2009 Khalid Ibrahim dengan selambanya telah menyerahkan cek berjumlah RM 2 juta kepada 4 lagi sekolah iaitu Sek.Men Kwang Hua, Pin Hua School Klang, Sek Men Chung Hwa dan Sek. Men Hin Hua, Klang. Peruntukan tersebut adalah sumbangan berasingan dari peruntukan sebanyak RM 4 juta dulu. Awat yang Khalid bagi kat sekolah cina saja tanpa beri pada sekolah rakyat atau KAFA

Kita harus kaji, pembahagian ini adalah tidak adil. Bak cerita 3 Abdul bahagikan harta Ismet Ulam raja. Nampaknya pelajar Melayu dan islamlah yang paling rugi kerana bilangan mereka ramai tetapi peruntukkan yang diterima paling sedikit.

Tahniah Khalid Ibrahim dan barisan exco islam chempiang kerana sanggup menggadaikan nasib dan masa depan pelajar melayu hanya kerana terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR. Kepada orang melayu Selangor tak perlu nak menangis menyesal diri kerana ini yang hangpa semua cari. KESAMARATAAN

Wednesday, December 02, 2009

Uncensored 1: Bajet Tahunan Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam.

Pada tahun 2006 dan 2007, peruntukan yang diluluskan untuk tujuan membina rumah ibadat bukan islam adalah sebanyak RM 2 juta setiap tahun. Pada tahun 2008 atas tujuan untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, peruntukan tersebut telah ditambah kepada RM 3 juta.

Malangnya pada tahun 2009, Khalid Ibrahim tanpa merundingkan secara terperinci dengan exco kerajaan negeri termasuk kepimpinan PAS telah secar spontan gagap meluluskan peruntukan khas tahunan yang begitu tinggi iaitu RM 8 juta dalam Bajet 2009 untuk tujuan membina rumah ibadat bukan islam.

Untuk pengetahuan, bajet yang diluluskan hanya akan menyebabkan kuil-kuil Hindu dan tokong cina termasukyang dibina secara haram di seluruh ceruk Selangor tumbuh melata macam kambing berak tengah jalan bersepah merata-rata.

Yang kita tak sedaq, bajet tambahan untuk masjid dan surau kenapa tak diumumkan.? Pasai apa mesti YB islam macam Hassan Ali dan Khalid Samad membisu seribu bahasa dan tak persoal langsung musibah nie. Sah-sah Khalid Ibrahim jadi boneka cina DAP dan PKR saja.

Hanya kerana hendakkan sokongan orang bukan melayu depa sanggup gadai masa depan melayu dan Islam. Tahniah orang melayu yang melantik YB islam yang tak boleh diharap duduk dalam barisan exco chempiang Khalid Ibrahim.