Monday, December 14, 2009

FOKUS: Haji Khairy Adalah Malapetaka.?

Blog Maharaja melaporkan:

Najib akan memendekan usia politikknya jika beliau melantik Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menjadi timbalan menteri.Kabar kabar angin mengenainya yang sekarang tersebar luas di negara ini telahpun membawa kesan negatif kepada Najib malah apabila Menteri Pertahahan Ahmad Zahid Hamidi dilapurkan oleh Star mengatakan bahwa jika dia menjadi PM pada jam 12.50 dia akan melantik Khairy menjadi menteri pada jam 12.51 adalah memburukan lagi anggapan ramai terhadap PM.

Ini tidak sahaja kerana orang Melayu yang menolak Khairy kerana meanggap dia bertanggungjawab terhadap keliaran demokrasi sekarang ini yang membawa malapetaka kepada prinsip negara tetapi orang bukan Melayu pula percaya Khairy menjadi kaya raya dengan sekelip mata bukan kerana kepandaiannya tetapi kerana menjadi kroni PM seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.Luka parah kepada imej UMNO dan Barisan Nasional yang ditinggalkannya hingga ke saat ini maseh belum sembuh.

UMNO sendiri bukan sahaja masih yakin bahawa Khairi tidak mendapat sokongan dalam parti ( kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana politik wang) tetapi juga meragukan sokongan di luar parti terhadapnya.Maka itulah sebabnya jentera pilihanraya BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan meminta supaya Khairy menjauhkan diri, tidak menunjukan muka atau tidak memberikan sentuhannya.

Najib harus ingat kerana nasihat orang inilah negara berada dalam malapetaka kebebasan yang tidak terbatas dan liar hingga sekarang ini. Khairy adalah merupakan kepala di tingkat4 bersama seorang lagi tuhan hindu yang telah menyebabkan wartawan wartawan Melayu lari dari NST. Atas pengaruhnya jugalah maka Mas terpaksa membuka banyak ruang kepada Air Asia yang bukan merupakan penerbangan nasional.Khairy telah mempunyai hubungan rapat dengan Kalimullah yang telah menggunakan NST untuk menghancurkan asas asas ketatanegaraan yang diasaskan sejak merdeka.

Datuk Seri Najib harus melihat wajah Khairy sebagai orang yang telah mengkhianti asas asas keharmonian negara yang telah dibina oleh ayahnya Tun Abdul Razak. Sejak pemerentahan Abdullah Badawi DEB telah diinjak injak dan lain lain asas hidop bersama telah dihancurkan dalam euphoria kebebasan baru.Sebenarnya negara tidak aman lagi, selain dari rompakan, pencolekan, pendadahan dan pembunuhan juga telah berlaku pencabulan dan perogolan terhadap maruah negara.

Adakah Khairy yang mengetuai tingkat 4 dapat menapikan dosa dosa ini?Datuk Seri Najib biasa dengan bahasa yang indah dan beradab tetapi ruangan ini mahu memberitahunya secara terus terang dan dengan bahasa yang tidak berbunga supaya difahaminya dengan cepat bahawa jika beliau melantik Khairy menjadi timbalan menteri maka berarti beliau menjemput malapetaka kepada masa depan politiknya.Timbalannya Tan Sri Muhyiddin jika ikhlas mesti memberitahu dengan segera kepada Najib tanpa berlapik lapik supaya beliau tidak terpengaruh dengan gambaran kekuatan yang dilukiskannya sendiri.

Sebenarnya beliau tidak kuat seperti yang dilihatnya di kaca TV atau diinternet.Orang sedang bercakap tentang isterinya yang akan membawa banyak kerosakan kepadanya dan juga tentang dia tidak mempedulikan politik Kedah yang berada dalam tangan Pas dan juga tentang Terengganu yang akan jatuh kembali ketangan PAS.

Maharaja tidak perlu lagi memberitahu Datuk Sri Najib secara berhemah,berbahasa halus dan dengan penoh hormart kerana Joseline Tan seorang penganalisis politik Star yang telah mendapat hadiah khas kewartawanan dari UMNO telah pun memberitahunya dengan cara yang cukup terpelajar dalam rencananya di Star 13 Dismber.Syabas Joseline!

Bagaimanapun jika Najib hendak memendekan usia politiknya yang masih pendek silakan!

Tokey - Penat woo naik tangga bila lif rosak. Repair pun tak guna naik eskalator belum tentu selamat. Silap-silap kereta hinggap atas kepala macam di KB Mall.

4 comments:

PARPUKARI said...

He he he he, dalam maksud tu bro! Aku setuju dengan artikel ini bro!

TAAVEEKUN PERAK said...

salam bro,
mmg betul apa yg di tulis oleh maharaja.sekarang semua ini terletak pd penasihat PM dan diri PM sendiri.tepuk dada tanyalah selera.tq

Sayang KJ Tau said...

aku sayang kat kj tuh..kalu korang nak tahu lah..Kasmah bte johari..mak aku...hahahah...

cuma nak tanya mana pegi 304 kaldai yang up KJ jadi ketua dulu..? ada sape-sape nampak

bakmai said...

kebanyakan melayu mmg tidak memandang jauh kehadapan..kecuali TDM..kebanyakannya syok sendiri dan mudah dipengaruhi emosi..akhirnya melayu kecundang ditanah air sendiri disebabkan pemimpin2 yg hanya tahu membazir dan khaya dgn puji2an..kalo kaca dgn permata pun tak boleh nk kenal, baik usah jadi pemimpin !!