
Takda syncronise untuk blast info pada bloger untuk bantu kerajaan macam syok sendiri buat blog.
Walaupun dah balun sate dan char koew teow rumah Tun Faisal malam Sabtu tempoh hari, komplen tetap komplen juga.


a. calon-calon yang bakal dipilih mewakili UMNO hampir semuanya disukai oleh pucuk pimpinan atasan atas dasar kawan, sahabat lama dan ihsan, bukannya calon yang popular dan disukai pengundib. sabotaj dan pertelingkahan sesama sendiri antara perkara dasar yang memburukkan lagi keadaan.c. Dato Najib punyai prioriti untuk dahulukan kedudukan kukuhnya sebagai PM dengan menumpukan kawasan Parlimen berbanding DUNd. PAS punyai FD RM500 juta dibawah kawal selia MBI (Menteri Besar Incorporated) wang yang tidak sempat dibelanjakan oleh Mahdzir Khalid semasa menjadi MB. Kewangan kukuh menyebabkan PAS begitu santai dalam mentadbir Kedah kerana 'political fund' bagi kerja-kerja pengurusan kempen pilihanraya akan datang untuk parti mereka sudahpun tersedia.e. Pengundi dibeberapa kawasan DUN akan lebih terdorong untuk memilih calon bebas, berbanding calon dari UMNO atau PAS. Ini disebabkan kemeluatan yang amat sangat kepada dua parti berkenaan yang dilihat sama sahaja dari sudut khidmat dan prestasi kepada pengundi.f. Ramainya calon yang akan bertanding sebagai calon bebas disebabkan kecewa terhadap PAS, PKR mahupun UMNO.g. Sikap tamak PAS yang berkemungkinan bertanding 30 kerusi DUN bakal menyebabkan PKR dan DAP mengambil ketetapan iaitu; jikapun calon mereka menang, tindakan bakal diambil untuk tidak lagi bergabung dalam membentuk kerajaan Pakatan di Kedah.

....malam tadi Khairy Jamaludin telah mengarahkan beberapa Exco Pemuda UMNO Selangor sabotaj majlis raya dan rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Shah Alam. VIP yang hadir Najib.Pemuda UMNO sudah tidak layak menjadi wakil suara orang melayu !
yang sabotaj majlis ini adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Ghazali,Naib Ketua Pemuda Zainuri,Bendahari Samad Dawood dan Azmir KP Puchong.
ayuh..rakyat kita desak seluruh Ketua Pemuda UMNO letak jawatan beramai-ramai secara terhormat. adakan pemilihan semula !
Mungkin mereka berempat ini tidak berpuas hati dengan Dato' Seri Najib dan sengaja mahu menunjukkan protes mereka kepada Perdana Menteri kerana tidak melantik Khairy Jamaluddin menjawat jawatan di dalam kabinet?
Mungkin juga kerana mereka-mereka berempat ini tidak punya masa untuk berhari raya bersama Perdana Menteri dan pemimpin UMNO Selangor yang lain?
Mungkin kerana mereka tidak "memberi muka" atau hormat kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor?
Mungkin juga mereka tidak mahu beramah mesra dengan Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO lain kerana tidak setaraf dengan Khairy Jamaluddin?
Atau Khairy Jamaluddin mengarahkan orang-orang kuatnya ini supaya tidak hadir ke Majlis tersebut kerana sakit hati pada Perdana Menteri?
Blog Tun M mendedahkan perangai buang tebiat Pak Lah yang mendapat special advisor daripada KJ dan juga budak Tingkat 4. Hangpa boleh baca dengan tenang kat sini:-4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.
2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.
3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.
5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.
6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.
7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.
8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.
9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.
Dalam dua blok ini dianggarkan terdapat minyak bernilai lebih kurang USD100 billion... banyak tu beb
Kalau harga mnyak naik lagi ke USD160/barrel tak doubel nilai tu... pergh pecah kepala memikirkan berapa bebalnya seorang manusia bernama Pak Lah ni
Menurut kisah Che Det si tundun dari Kepala Batas dan Pak Mentua Khairy Jamaludin ni bersetuju untuk menyerahkan dua blok minyak ni untuk mendapatkan balik pulau Limbang...
Siapa siapa dari Wisma Putra yang mengikut Pak Lah ke Brunei untuk rundingan tu mesti di buang kerja ataupun diturunkan pangkat ke gred ofis boy tahap fail SRP pasal orang yang ikut tu pun sama bodoh....
Speaker Dato' Ganesan akan memanggil persidangan Dun pada 30 Mac 2010 bersamaan hari Selasa.
Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Nizar Jamaluddin telah membayangkan bahawa mereka tidak akan hadir ke persidangan kali ini kerana memboikot dan tidak mengiktiraf Menteri Besar Mahkamah dan juga tidak mengiktiraf Speaker Dato Ganesan.
Oleh yang demikian persidangan kali ini akan berjalan secara aman dan tanpa sebarang gangguan. Impak yang besar ialah kepada pihak pembangkang kesemua 28 Adun akan kehilangan kerusi masing-masing kerana tidak hadir sidang.
Jika ini benar-benar berlaku, ia menggambarkan keberanian pihak pembangkang. Satu PRK besar-besaran akan diadakan pada bulan April atau Mei. Kesemua kerusi milik Pas, Pkr dan Dap akan dipertandingkan semula ekoran daripada memboikot dewan pada 30 Mac 2010. TM menyeru kepada Umno dan BN Perak untuk bersiap sedia dari sekarang untuk merampas semua 28 kerusi milik pembangkang dalam Mega- PRK nanti,
Bagaimanapun, cerita boikot dewan ini hanya auta Nizar, Nga dan Ngeh sahaja. Dulu pun macam tu juga. Hujung-hujung datang juga, siap pakai baju istiadat."
Tulisan ini dikirimkan oleh pembaca yang mahu berkongsi pandangan berkaitan situasi politik Perak.
Desas desus mengatakan PRN Perak bakal diadakan tidak lama lagi semakin kencang. Ianya semakin kuat kedengaran di kalangan pihak Pakatan Rakyat yang sedang merangka persiapan bagi menghadapi PRN negeri itu sekiranya DUN Perak dibubarkan tidak lama lagi. PAS melalui ‘harakahdaily‘ turut menekankan isu ini dengan mendakwa pihak PDRM [rujuk] sudah mengarahkan anggotanya membuat kad pengenalan awam bertujuan untuk menghadapi PRN yang dikatakan akan diadakan tidak lama lagi.
Beberapa interpretasi kebanyakan pihak juga dilihat seolah-olah bersetuju bahawa PRN Perak akan diadakan dalam tempoh terdekat. Kenyataan berbentuk “pshywar” oleh Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis di Perak [sebanyak 7 hingga 8 peratus] menunjukkan bahawa mereka sedang merangka sesuatu bagi menghadapi PRN kelak. [rujuk]Strategi “reverse pshycology” yang seringkali digunakan pihak pembangkang menjelang sesuatu pilihanraya dianggap senjata ampuh mereka bagi menghadapi PRN kali . Umum mengetahui bahawa sokongan kepada UMNO tidak banyak berubah walaupun parti itu memerintah kerajaan negeri ketika ini lalu kenyataan Nizar Jamaluddin itu menggambarkan tindakan beliau yang ingin mewujudkan sentimen ‘keselesaan’ di kalangan ahli dan pemimpin UMNO Perak.
UMNO seharusnya berperanan dalam menyebarkan maklumat yang benar dalam memaklumkan rakyat berhubung isu politik semasa tanah air. Akhir-akhir, pihak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik kepimpinan kerajaan khususnya yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Tindakan pro-aktif dalam menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terbanyak membabitkan isu-isu politik semasa benar-benar menjejaskan imej dan kewibawaan UMNO sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.
Isu-isu seperti penyelewengan melibatkan kerajaan samada Pusat mahupun Negeri seperti kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM, kegagalan menghadiri Dewan Rakyat dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada UMNO. Peranan PR dalam menimbulkan prasangka buruk kepada kerajaan dokongan UMNO berada di tahap yang membimbangkan kerana ianya dilakukan secara konsisten menerusi segala jentera yang dimiliki pihak pembangkang terutamanya blog dan laman-laman web.
Contoh terdekat, pengaruh ‘MalaysiaKini ’ di kalangan rakyat bukan Melayu khususnya memberi kesan buruk kepada reputasi kerajaan. Seringkali laman web ini menyelongkar kebobrokan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya UMNO.
Perubahan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat dilihat mampu merubah senario politik di Perak sekaligus menaikan semula semangat perjuangan ahli dan pemimpin parti tersebut bagi menghadapi PRN yang diura-urakan akan didakan dalam masa terdekat. Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Presiden UMNO berjaya membawa kesan positif ke dalam parti tersebut yang kini sedang berusaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.
Sebagai contoh, program UMNO yang diadakan di Stadium Ipoh hujung tahun 2008 yang mencatat kehadiran seramai kira-kira 40,000 orang menunjukkan rakyat di Perak mula memberi harapan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Indeks Petunjuk Prestasi [KPI] dan Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA] dilihat mampu memberi kesan kepada prestasi ADUN dan Ahli Parlimen BN/UMNO di seluruh negara.
Malah, kehadiran hampir 20,000 rakyat di majlis pelancaran program Juara Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggambarkan pulihnya penerimaan rakyat terhadap Kerajaan. Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsisten melaksanakan pelbagai usaha untuk mengukuhkan perpaduan di dalam UMNO selain di kalangan parti komponen BN. Gagasan “1 Malaysia” ilham Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpaksikan kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum dan kejayaan UMNO memerintah negara ini.
Persoalan ini dilontarkan kepada UMNO, bersediakah mereka dan sejauh mana keyakinan PR untuk berkuasa semula di Perak?
2. Memberi diskaun kereta nasional kepada pasangan yang mendapat anak pertama.
3. Selain diskaun, cadangannya juga mahu sebanyak RM200.00 diberi kepada sesiapa yang mendapat anak pertama.
4. Baucer untuk mendapatkan barangan keperluan asas.
Tokey - Jika Najib ingin merombak barisan kabinetnya, beliau mungkin boleh memberi portfolio Shahrizat kepada Khairy untuk dipertimbangkan.
pssstt...Maukah Khairy jawatan menteri pujaan hati.? He..he..he
Pemuda Umno hari berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Salam Saudara GM,
Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh UMNO bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap parti tersebut menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang. UMNO memerlukan perubahan yang drastik dalam mengembalikan semula perpaduan dalaman parti iaitu kunci utama ke arah kekuatan parti tunjang Kerajaan BN ini. UMNO yang kini mengalami krisis kepimpinan di beberapa negeri haruslah kembali kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhan parti iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Jika diamati, pemimpin UMNO yang rata-rata berumur dalam lingkungan 50-65 tahun tidak perlu terikat kepada ‘nostalgia’ lama perjuangan parti. Perubahan dari segi doktrin kepimpinan yang pragmatik perlu ditekankan. Kepimpinan yang mengambil kira kepentingan rakyat ‘marhaen’ perlu digalas sebaik mungkin. Masih banyak ‘homework’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terkini. Bangkitlah wahai pemimpin UMNO sekalian tidak kira di peringkat Pusat, Bahagian waima Cawangan sekalipun. Rapatkanlah saf, tekadkan niat, berjuanglah untuk kepentingan rakyat
1. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah berhubung cara hidup pemimpin UMNO itu sendiri. Seharusnya kepentingan rakyat dijadikan asas dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Berdampinglah dengan mereka kerana akhirnya mereka inilah yang menentukan wakil rakyat ingin mereka undi kelak. Janganlah malu untuk duduk bersila semasa menghadiri kenduri di kampung-kampung yang dilawati. Janganlah malu untuk mengabdikan diri kepada rakyat kerana itu jalan yang kamu semua pilih iaitu untuk berbakti kepada mereka. Lupakanlah seketika pangkat dan gelaran yang dimiliki serta layanan istimewa sebelum ini.
2. Umno merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera penerangan di seluruh negara melibatkan 191 Bahagian dengan lebih kurang 20, 000 Cawangan terdapat di dalamnya. Tidakkah ini jumlah yang cukup gah? Namun tiadalah ertinya jika kelebihan yang dimiliki tidak diguna pakai sebaik mungkin. Jentera UMNO di setiap Cawangan perlulah digerakkan dengan pantas dan secara efektif kerana Cawangan Umno adalah ‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan dalam mendekati rakyat. Penjelasan secara berterusan amatlah praktikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti. Sekiranya timbul sesuatu isu yang baru, gerakkanlah jentera penerangan Umno ini secara bersepadu dengan parti komponen yang lain. Sesuatu isu haruslah diperjelaskan secara bersama dengan penuh rasa tanggungjawab. Isu membabitkan kaum-kaum di Malaysia tidak perlu lagi dijuarai parti-parti tertentu sahaja. Jika isu melibatkan kaum Melayu, MIC dan MCA perlu berdamping dengan Umno bagi menunjukkan bahawa mereka juga prihatin. Begitu juga jika ia melibatkan kaum Cina ataupun
3. Permasahan dalaman parti melibatkan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian haruslah diselesaikan segera. Kemelut politik kepimpinan Umno Negeri Perlis semakin rumit ekoran timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Bahagian masing-masing. Pertikaian ini merupakan rentetan daripada perasan tidak puas hati berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sejurus selesai Pilihanraya Umum Ke-12 dan Pemilihan Agung Umno baru-baru ini. Jika diteliti, masalah berpanjangan ini akan merugikan parti lantas sekaligus memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menyebarkan berita-berita yang menyebabkan pertikaian semakin hangat. Sebagai contoh, penubuhan sebanyak 6 Cawangan DAP di Perlis menunjukkan kekuatan UMNO di negeri tersebut semakin terhakis. Terbaru, PKR dilaporkan telah berjaya menembusi kubu kuat Umno iaitu di Kuala Perlis (kawasan MB Perlis) apabila berjaya membuka Cawangannya di kawasan tersebut. Moral ahli-ahli parti yang lain berkemungkinan akan menjunam ‘manifestasi’ kedegilan kepimpinan tertinggi Umno di peringkat Bahagian tersebut untuk berkompromi dan perkara tersebut bukanlah satu perkara yang elok buat perpaduan Umno keseluruhannya.
4. Dalam pada itu, semua universiti dan sekolah perlulah ditadbir oleh individu yang ‘berorientasikan’ perjuangan Umno kerana di sinilah lahirnya bakal-bakal pemimpin dan generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara satu hari nanti. Bagi agensi kerajaan yang lain seperti Biro Tatanegara, Kemas, Jasa dan sebagainya perlulah diperkukuhkan demi melahirkan insan yang menghargai sumbangan Umno kepada negara. Namun pendekatan yang digunakan haruslah dipelbagaikan seiring perubahan iklim politik di
5. Amalan politik wang di kalangan pemimpin Umno semakin mencapai ke tahap kritikal lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti. Rakyat semakin ‘meluat’ dan ‘kritis’ apabila membincangkan gejala yang kurang sihat ini. Namun, kepimpinan tertinggi parti perlulah menyelesaikan amalan keji ini mengikut saluran parti. Biarkan parti yang mengadili seterusnya menghukum perbuatan mereka itu. Hukuman yang dikenakan juga haruslah adil dan saksama dan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dijelaskan dalam Agama Islam.
6. ‘Media baru’ merupakan platform terbaik buat Umno dalam menangkis segala dakyah dan fitnah yang dilakukan pembangkang. Umum mengetahui bahawa ‘dunia tanpa sempadan’ adalah medium terhebat di abad ini dalam mendapatkan sebarang berita mahupun maklumat. Justeru, Umno haruslah menggunakan peluang yang ada bagi memberi gambaran jelas terhadap sesuatu isu berbangkit di samping mengambil peluang mendedahkan segala keburukan pembangkang yang sebelum ini menyerang Kerajaan BN menerusi ‘media baru’ ini. Umno perlu mewujudkan ‘network’ di kalangan ‘blogger’ pro-Umno dalam melakukan ‘perang saraf’ terhadap pembangkang yang kini menguasai ‘media baru’ ini.
7. Selain itu, Umno selaku parti dominan dalam Kerajaan BN perlu lebih agresif dalam menangani permainan politik kotor pembangkang ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperhebatkan dan secara berterusan ke atas anasir-anasir yang
8. Gagasan 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri
9. Tidak dilupakan ialah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memecah-belah masyarakat Melayu. Segala strategi jahat beliau dalam mempengaruhi minda rakyat khususnya Kaum Melayu tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan haruslah berusaha ‘mengawal’ dan ‘membataskan’ pergerakan beliau bagi menyukarkan langkah dan hasratnya dalam mengucar-kacirkan kehidupan rakyat
10. Akhir sekali Umno harus menerima kenyataan bahawa rakyat semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara terutama yang melibatkan isu politik semasa. Kebijakan rakyat ini juga sebenarnya diperolehi daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Wallahualam..

Diketika UMNO memerlukan sokongan yang kuat dari ahli-ahlinya, masih terdapat bala tentera yang ingin memusnahkan pemulihan itu. Manusia-manusia yang berhati busuk sedang menyerang calon impian Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai cerita-cerita longkang dan fitnah maha hebat. Gerakan sialan ini telah bergerak aktif menjelang peralihan kuasa awal bulan April.
Baca link yang GM petik dari sahabat blogger Parpukari: Raja Katak Beracun
