Wednesday, March 10, 2010

Perak: Menjelang 30 Mac 2010.

Ini ialah khabar dari Perak yang diambil dari sahabat blog Taipingmali

Speaker Dato' Ganesan akan memanggil persidangan Dun pada 30 Mac 2010 bersamaan hari Selasa.

Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Nizar Jamaluddin telah membayangkan bahawa mereka tidak akan hadir ke persidangan kali ini kerana memboikot dan tidak mengiktiraf Menteri Besar Mahkamah dan juga tidak mengiktiraf Speaker Dato Ganesan.

Oleh yang demikian persidangan kali ini akan berjalan secara aman dan tanpa sebarang gangguan. Impak yang besar ialah kepada pihak pembangkang kesemua 28 Adun akan kehilangan kerusi masing-masing kerana tidak hadir sidang.

Jika ini benar-benar berlaku, ia menggambarkan keberanian pihak pembangkang. Satu PRK besar-besaran akan diadakan pada bulan April atau Mei. Kesemua kerusi milik Pas, Pkr dan Dap akan dipertandingkan semula ekoran daripada memboikot dewan pada 30 Mac 2010. TM menyeru kepada Umno dan BN Perak untuk bersiap sedia dari sekarang untuk merampas semua 28 kerusi milik pembangkang dalam Mega- PRK nanti,

Bagaimanapun, cerita boikot dewan ini hanya auta Nizar, Nga dan Ngeh sahaja. Dulu pun macam tu juga. Hujung-hujung datang juga, siap pakai baju istiadat."

Pesanan kepada UMNO Perak jangan seronok sangat dan leka dengan apa yang ada. Nizar bukan jenis redha dan terima apa yang berlaku. Dia jenis kaki lawan dan kiasu macam tok nenek dia juga. UMNO Perak mesti mau kerja keras. Turun padang, lawat kawasan, selalu tolong Zambery yang pening kepala nak urus Perak. Pesanan keras aku jangan jadi macam UMNO Selangor yang masih mimpi macam depa urus Selangor.
Jangan marah nak hentam blogger...

2 comments:

A.Rangkuti said...

Salam.

Orang2 lama yang masih dalam dan sayangkan UMNO dan para veteran UMNO mesti selalu henyak pemuda2 UMNO supaya buat kerja membantu kuatkan parti. Jangan bila suruh buat kerja sikit kepala mula terbayang wang ringgit. Terutama pemuda2 yang tidak sehaluan dengan orang2 KJ. Yang anti KJ lah tu. Mereka 2 ini mesti anggap KJ dan orang2nya sebagai VIRUS dalam pemuda UMNO. Ketepikan mereka dan buat kerja betul2. Berganding dengan orang2 lama (yang perjuangan mereka IKHLAS untuk orang melayu)untuk mencari pengalam dan tunjuk ajar. Bangun dan lawanlah habisan-habisan. Tiada apa yang perlu ditakutkan.

hanizam said...

ala, badut-badut pakatan tu saje je nak buat lawak bodoh...dah menang tu, jagalah elok-elok kawasan yang menang tu...

ni dok berceramah-ceramah...kencingkan rakyat...