4 Orang Ini Ingin Mencabar...Karpal Singh Nak Cakap Apa.?
Dalam sidang akhbar bersama di lobi Parlimen mereka membalas cabaran Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor ,Karpal Singh supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, supaya memenuhi beberapa tuntutan mereka terlebih dahulu.
“Sebelum kami jawab cabarannya untuk kami mengosongkan kerusi, kami nak cabar dia jawab dulu kenyataan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dalam laman webnya bertarikh 8 Mac lalu yang menuntut Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meminta maaf di atas kenyataanya yang dibuat pada 8 Februari tahun lalu,” kata Zulkifli seaku jurucakap mereka.
Menurut Zulkifli, pada 8 Februari 2009, Karpal telah mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan meminta Anwar meletak jawatan kerana menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang itu kerana menganjurkan Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.(bagi menjayakan Pelan 16 September)
Zulkifli berkata, pada tarikh itu Karpal telah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu bertaubat kerana mengkhianati rakyat. Karpal juga menyatakan PR memerlukan pemimpin baru.
“Apakah dia masih berpendirian kalau mahu melaksanakan Islam, langkah mayat dia dulu seperti yang pernah dikatakannya dulu? Apa dah jadi dengan pendirian dia? Adakah body dia dah lembik atau dia dah jadi mayat hidup yang tidak mampu mempertahankan pendiriannya?
“Kami juga mencabar Karpal, menyatakan pendiriannya terhadap desakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya rukun pertama dalam rukun negara ditukar daripada kepercayaan kepada tuhan, kepada kepercayaan kepada Allah.”
Zulkifli berkata, mereka berempat juga mahu tahu pendirian Karpal mengenai kenyataan PAS yang menyatakan bahawa pemimpin DAP sudah insaf dan boleh teirma Islam.
“Adakah Karpal sudah boleh terima Islam? Kami juga nak tanya mengapa dia berdiam diri semasa Ahli Parlimen Bota, Datuk Nasaruddin melompat ke PKR? Kenapa dia tidak mengambil sebarang pendirian semasa itu tetapi hari ini buat pendirian nak cabar kami pula?”
Akhir sekali Zulkifli berkata, mereka mahu penjelasan Karpal mengapa dia tidak mendesak Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang supaya mengambilaih jawatan Ketua Pembangkang jika dia benar-benar mempertahankan nilai-nilai demokrasi yang sering disebutkan.
“Sebelum kami jawab cabaran Karpal untuk kami kosongkan kerusi, dia jawab dulu apa yang kami sebut hari ini dan kita tengok dari situ,” kata Zulkifli.
Sumber: Agenda Daily
Tokey - Bila pula nak cabar Anwar Ibrahim bersumpah laknat jika yakin diri itu mangsa teraniaya.?
2 comments:
saudara,
itulah contoh kemunafikan ahli politik hari ini.
Salam Tokey, apa lagi yang ada pada Karpal, selain suara saja lagi.... semuanya dah tak boleh bangun.... macam mana nak tolong bantu tanam balak kat Kelantan... '1 balak 1 Bayi'
Post a Comment