Thursday, March 25, 2010

Awani: Lepas Rembat Tanah...PDC Pun Bungkus


Itupun ada yang masih buta kayu tidak nampak kenapa DAP beriya-iya mahu mengadakan pilihan raya PBT.

Sahabat blog Pisau mendedahkan:-

Semasa Mohd Bazid hendak ditabal menjadi Timbalan Pengurus Besar, berlakunya peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Timbalan Pengurus Besar terlepas daripada tangan Mohd Bazid kepada orang luar yang dibawa oleh Lim Guan Eng iaitu Julian Candiah.
Menurut Lim Guan Eng, dengan kemasukan Julian Candiah PDC akan mampu meninggkatkan prestasi kewangan PDC, membawa pelabur ke Pulau Pianang dan meringankan bebas Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Julian Candiah sebenarnya gagal sama sekali membawa pelabur ke Pulau Pinang, malah PDC pula yang terpaksa melabur duit membayar gaji berpuluh ribu sebulan kepada Julian Candiah.

Senario yang berlaku amat berbeza sama sekali ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional di mana orang Melayu menjadi tonggak dan penggerak utama dalam pentadbiran dan pengurusan termasuk dalam penggubalan dasar-dasar dan polisi. Tetapi hari ini, Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng telah menafikan hak dan kuasa pemimpin Melayu. Ini dibuktikan melalui tindakan Lim Guan Eng mewujudkan Jawakankuasa Kerja KPI atau KPI Task Force di PDC baru-baru ini.

Berdasarkan carta organisasi yang terbaru ini juga, kuasa penuh dalam pengurusan PDC bukan lagi terletak kepada Pengurus Besar tetapi KPI Task Force yang dilantik oleh Lim Guan Eng.Ini akan membuka jalan kepada Lim Guan Eng untuk melantik di kalangan bukan Melayu terutamanya dikalangan orang kuat DAP untuk menggantikan Dato’ Rosli dan Dato’ Abdul Rahim. Dengan cara ini, agenda terancang dan licik Lim Guan Eng untuk menakluki bumi Pulau Pinang secara mutlak.

No comments: