Saturday, March 20, 2010

Awani: Sokongan Masyarakat Cina Terus Kepada PAS. Bagaimana Dengan UMNO.?

Sahabat blog Unspinners mendedahkan perancangan psywar yang sedang dirangka oleh barisan 'spin doctor' PKR. Antara yang menarik untuk diperhatikan ialah perancangan PKR yang mahu menggangu perjalanan polisi kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan, penyerahan memo, laporan polis dalam pelbagai isu termasuk ekonomi.
Selain itu, rancangan grup psywar itu yang turut membincangkan tindakan DAP dan PAS serta sentimen pengundi cina yang mula meminggirkan PKR dan merungut mengenai sikap sebenar rakan dalam pakatan.

Mesyuarat ini susulan daripada rasa tidak puas hati Anwar terhadap perkembangan yang berlaku di dalam PAS yang semakin mendapat tempat dikalangan pengundi cina. Khabaran yang diterima Anwar melalui pemimpin kanan yang proAnwar bahawa terdapat pemimpin yang melenting gaya kepimpinan yang ditonjolkan Anwar didalam PKR adalah mirip kepada kepimpinan UMNO hinggkan wujudnya amalan kronisme yang teruk hingga menjadi barah dalam PKR.

Turut menghantui adalah apabila terdapat maklumat yang mengatakan DAP telah meminta PAS agar memperlahankan sedikit usaha menarik sokongan NGO dan persatuan cina agar DAP dapat mengimbangi sokongan kumpulan tersebut. Menunjukkan pengaruh PAS didalam senario politik semasa akan mengugat pengaruh PKR.

Apakah Anwar berpuashati dengan sokongan yang diberi PAS walaupun kepimpinannya bersatu mahukan Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Awalannya, itu adalah seni politik PAS tetapi pada masa yang sama PAS tidak mahu dikaitkan dengan kempen "Fitnah II" kerana ia akan menjahanamkan sokongan orang melayu dan orang muda terhadap PAS. Isunya, PAS hanya berpura-pura menyokong Anwar demi menjatuhkan BN.

Pokoknya, kenyataan Nik Aziz baru baru ini yang mahukan politik masyarakat cina khususnya di dalam MCA dijadikan contoh adalah kerana PAS tahu bahawa slogan PAS for All dan penubuhan Kelab Penyokong PAS telah membuahkan hasil. Terpulang kepada UMNO untuk melihat dan menilai apakah UMNO sudah berpuashati dengan pelbagai tindakan dan usaha untuk mengembalikan sokongan masyarakat cina kepada kerajaan.

Jangan kita lupa bahawa di dalam gabungan PKR, PAS dan DAP juga sudah terbit bait-bait kecurigaan kerana masing-masing sudah tahu peluang terbuka menggunakan pengaruh Anwar kala ini demi mengukuhkan pengaruh untuk survival politik akan datang. Secara jujurnya, gabungan yang rapuh ini akan merosakan keharmonian yang sedia wujud zaman berzaman.

PAS makin selesa dengan sokongan masyarakat cina, DAP pula mengharapkan populariti Anwar Ibrahim dan PKR akan rosak oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Bagaimana pula dengan UMNO.? tepuk dada tanya selera...

6 comments:

PAPA GOMO said...

betul tu bro....
tapi UMNO kan Juara Rakyat?
tak juara lagi ke ni?

kalau benar bagai di kata kita kena lakukan perubahan dalam memberi keyakinan pada kaum kaum lain.

Mampus kau Anwar! said...

Brader Gomo,
Saya rasa keyakinan dari kaum lain akan terbit apabila mereka melihat self-confidence dalam UMNO sendiri.

UMNO nampaknya tiada self confidence - asyik bersikap apologetic terhadap PR dan puak2 ekstremis.
Percayalah, apabila Melayu dilihat kuat, Cina2 hipokrit yang sedang menyokong PAS sekarang ini akan datang menyembah orang Melayu ahli UMNO.
Lihat saja betapa melentingnya mereka dengan PERKASA - satu daripada usaha untuk memastikan orang Melayu tidak kuat dan terus berpecah.

A.I.D.S said...

Jangan lupa juga kaum india kaum ini juga bolih berbuat sesuatu pada pas kalau nak harap kaum cina saja hanya 4negeri saja yg sokong kuat pas lain negeri muking pada BN kaum cina ini pentingkan perniagaan kalau kerajaan lemah seperti kerajaan Pas kelantan sudah tentu kaum ini akan beralih kepada BN kerajaan yg kuat yg mensetabilkan negara senang kaum ini menjalankan perniagaan mereka politik no 2 bagi mereka perniagaan no1 bagi mereka mana kerajaan kuat mereka akan sokong.

Unknown said...

Tak risau lansung dgn pakatan gerombolan pembangkang ni. Masing-masing tamak, haloba dan nafsu-nafsi. Mudah sgt nak diperalatakan.Rakyat biasa Cina, India dan Melayu buathlah penilaian dan penelitian.Rapuh dan retak adalah gerombolan ini. Tak ubahnya segerombolan penyangak dan lanun. Ketua kuku besi dan zalim. Dapat harta rompakan dan samunan berbunuhan sesama sendiri.

Anonymous said...

mmg le masyarakat cina dan india sokong pas. pas sangup bagi apa saje yg dia org nak. tanah ke ladang kinzir mega ke semua pas sangup. lagi pun masyarakat cina sedar pas menjilat dubur DAP.

UMNo tak mc tu. tu sebab MCA greakan semua nak keluar dari BN sebab umno curb.

maka umno ni tak jual b]=bangsa nya. tak mcm pas nama tuhan pun dia sangup jual. mak dia pun dia sangup jual demi undi cina

Anonymous said...

sesungguhnya UMNO tidak perlukan sokongan masyarakat Cina mahupun India jika masyarakat MELAYU itu bersatu .... inikan TANAH MELAYU