Wednesday, March 03, 2010

Qazaf: Spinning Yang Dicipta Suara Keadilan

Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu Qazaf dengan menyiarkan tajuk 'Mahkamah Tinggi Syariah Perlu Bicara Kes Qazaf Saiful' maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.

Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan Qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.

Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Blog Ustaz Moden sudah ulas spinning yang dibuat Suara Keadilan

Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta'zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu."

Boleh ringankan jari klik ke blog Ustaz Moden untuk bacaan lebih lanjut.

3 comments:

Anonymous said...

Kronologi :

1. Bayan Baru ke Penanti (20 minit perjalanan dgn keter Made In Malaysia)
2. Penanti ke Nibong Tebal (30 minit perjalanan ikut Highway PLUS - pun pakai keter Made in Malaysia, bukan BMW macam sapa tu yg minta PKR tolong bayaq ?)
3. Nibong Tebal ke Bagan Serai (20 minit perjalanan ikut jalan lama(main road) pakai keter Made In Malaysia juga).


(*) Lepas ni boleh dapat agak tak, MP atau Adun mana pulak yang nak keluar PKR ? Clue - 30 minit perjalanan dari destinasi terakhir..(Kulim ka???Merbok Ka??Kuala Kedah ka??)

Anonymous said...

tak pi pi utara balik... amboi.. kesian la kat org2 sebelah selatan nie... duk blah sana jaa.. si azan tu apa cerita.. duk gebang lagi kaa...

10 BUDAK HITAM said...

Salam Sdr,

Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!


--------------------------------------------------------

10 SiBudak Hitam Akan Terjah, Bongkar Dan Kerjakan !