Friday, March 05, 2010

Awani: Ahmad Awang, Antara E-Class Dan Perpaduan.

Bila berbicara tentang PAS, ada 2 perkara yang dibaca boleh menambahkan lagi kebencian kita kepada segelintir pemimpin PAS. Selain Nik Aziz dan Hadi Awang yang serabut, ada lagi koleksi pemimpin PAS yang bertitle 'Ustaz' dalam kalangan depa yang sangat buruk, huduh dan buruk perangai. Boleh dikatakan lebih yahudi daripada yahudi sendiri. Cuba kita baca kenyataan ini.

Ahmad Awang, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan. Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.

Nak lebih percaya dan mengucap panjang boleh klik kat sini

Tetapi ini adalah story daripada Mufti Perak, Harussani tentang cerita sebenar krisis Perak dan sikap angkuh Ahmad Awang bila diajak berunding dan bersatu. Yang aneh, kebanyakan supremo PAS bersetuju tetapi kerana memikirkan konsesi balak yang lumayan Ustaz balak ini angkuh menolak cadangan supremo PAS. Boleh klik kat sini
Keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi
akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. “Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan MursyidulAm PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Nauzubillahi minzalik...

Sedikit penjelasan tentang Ahmad Awang.
Ust Ahmad Awang ketika menjadi Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden PAS, tidak dapat bertanding dalam pilihanraya ke 12 yang lalu kerana beliau adalah seorang yang bankrap atau muflis. Beliau telah berjumpa dengan beberapa tokoh korporat untuk meminta belas ehsan mereka untuk menyelesaikan hutangnya sebelum pilihanraya tetapi tidak ada siapa yang nak tolong beliau pada ketika itu.

Maka kempunanlah beliau untuk bertanding dalam PRU12 dan lebih kempunan lagi apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah di Perak dan beliau terpaksa bersetuju untuk melantik Setiausaha PAS Perak ketika itu untuk menjadi Menteri Besar Perak.Peluang memerintah Perak menunjukkan warna sebenar bekas tokoh Persatuan Ulama Malaysia ini.

Tidak sampai beberapa bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak ataupun lebih khusus lagi, tidak sampai beberapa bulan Mohd Nizar menjadi Menteri Besar Perak, Ust Ahmad Awang telah bertukar gaya hidupnya. Beliau kelihatan begitu bergaya sekali dengan Mercedez E-Class berserta pemandunya sekali.

Hairan juga, bagaimana seorang yang bankrap, tidak ada pekerjaan, bukan ADUN, bukan juga Ahli Parlimen, tetapi dapat memiliki Mercedez E-Class dan dapat menggajikan seorang pemandu. Hebat sungguh cerita Ahmad Awang dengan pemandunya. Hinggakan pemandunya pun tidak tahan dengan karenah Ahmad Awang yang kadang-kadang hari minggu pun kena suruh beli roti canai untuk beliau

Boleh sambung kat sini. So, boleh buat pertimbangan terhadap PAS yang hanyut bila mahukan kuasa dan undi. Kita tak riuh sangat kalu UMNO yang buat macam tuh. Bukan nak kasi fatwa halal kat UMNO tetapi depa tidak letak perkataan Islam dalam pertubuhan politik itu. Tapi bila PAS yang meletakkan asas Islam dalam fasal 3 Perlembagaan depa berperangai jijik macam ini, amatlah wajar kita tentang. Bukan tidak menyokong perjuangan Islam tetapi lebih elok dan afdal perkataan Islam itu tidak dipolitikkan sepertimana yang diamalkan PAS selama ini. Memalukan Islam teguih...
Lu pikiaqla sendiri..!!

9 comments:

Anak Lenggong said...

Apa nak di hairan sudah menjadi realitinya selagi kita dinamakan manusia ..sikap tamak,haloba,iri hati tu tak boleh dihindarkan. Begitu lah juga dengan pemimpin PAS bila nampak duit dan perempuan didepan mata...kopiah kat atas kepala boleh terbang oooo...sebab kebanyakan daripada mereka cuma menggunakan islam dan cara pemakaian berlandaskan islam cuma untuk mengabui mata penyokong mereka yang bangangg...kalau tak tu tak mungkin nak beli sebijik kek untuk kegunaan sendiri pun lanyak duit kerajaan negeri.

Anonymous said...

dol,

umno perjuangan melayu. apa ada pada melayu. diakhirat tidak dilihat bangsa itu yang penting agama dan amalan hidup.

pas juga yang terbaik.

hidup pas.

Anonymous said...

Si Awang ni memang sial banyak ilmu ugama pon tapi tak leh pakai cakap dia ini satu lagi produk keluaran PAS dibawah mentor Nik Ajiz.Oh ya nnak citer Nik Ajis masuk hospital sumber sahih manyatakan dia ni pun kena liwat dengan Anwar lepas solat hajat di stadium bolasepak kelantan.

Anonymous said...

Anon,

We need neither PAS nor UMNO as bekalan Akhirat.

PAS is not a stairway to heaven.

One more thing; yang terbaik bukanlah UMNO atau PAS. yang terbaik is when we do all that is required and leave all that is prohibited by HIM.

Peace!

Anonymous said...

betoike nik ajis kena liwat sampai masuk hospital.

haprak daily tak publish pun hot story ni.

zahari1950 said...

Mohsin keluar dari PKR atas memperjuangkan Islam. Tak setuju nama Allah diguanakan umtuk tuhan kristian. Ahmad Awang pula nak sembahyang hajat 7 hari minta Allah hukum Mohsin.

Hukum Allah banyak. Boleh kena bala dan boleh juga mendapat rahmat dan hidayah lebih-lebih lagi kalau ianya kerana agama Allah maka sudah tentu kita mengharapkan pertolongan dari Allah agar musuh dapat ditewaskan.

Ahmad Awang minta tuhan hukum orang yang berjuang kerana Allah. Ustaz apeni?.

kalau Mohsin keluar PKR kerana tak dapat jadi MB, tak dapat balak, tak dapat keistimewaan dsbnya, aku pun akan tambah kutukanku kepada nya kerana perbuatannya PR menjatuhkan Islam. Tapi dia keluar PKR kerana mempertahankan Islam. Aku patut memberi ucapan tahniah setakat ini dulu. Yang laintu kita lihat perkembangannya nanti.

takut nanti sembahyang hajattu makan tuan

j3bat said...

Anonymous, 11:43 AM, March 05, 2010

PAS terbaik dari segi apa ? Boleh story sikit ?

Unknown said...

usta apa macam ni?sesama islam nak berdoa supaya di timpa bala.masyallah.

Anonymous said...

mereka patut sembahyang hajat agar ketua mereka TGNA tu sihat... sekarang kan kat hospital...bukan nak sembhanyang hajat pada org mukmin lain yang tak sebulu