Wednesday, October 14, 2009

Siapa Pula Keluarkan Chameleon Dari Sangkar.?

Pemuda Umno hari berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Dalam ucapan sulung itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.

"Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Malaysiakini

Tokey - Siapa pula keluarkan chameleon itu dari sangkar dan siapa pula yang lidah bercabang.?

11 comments:

apis said...

bodo punye kerry...
sama bangang macam bapak mertua dia...
mcm tikus baiki labu gamaknya....

Anonymous said...

omak..omak..omak diorang kene tipu ngan kite..

kitela yang lepaskan chameleon tu..
pemudi umno semue kene tipu..

padan muke diorang pilih lagi kite jadi ketue pemudi

lepas ni zahid nak tolong kite jadi menteri..

ye ye ye ye.. omak..omak.. ye ye ye ye

Anonymous said...

HELO KJ BAHLUL, LU CAKAP TAPI LU LUPA APA YANG LU BUAT DULU BILA LU PUNYA BAPA MERTUA SECARA TAK LANGSUNG TELAH MEMBEBASKAN SI-SYAITAN NI.

MASIH INGAT, LU BERLARI KE PEJABAT IMEGRESIN UNTUK MENDAPATKAN PASSPORT UNTUK ANWAR DAN LU BERLARI PULA KE-RUMAH SI-SYAITAN NI DAN SERAHKAN PASSPORT KEPADA DIA SUPAYA DIA BOLEH DAPATKAN RAWATAN DI-GERMANY KALAU LAMABAT TENTU DIA AKAN MATI DI-MALAYSIA.

BEGITU LAH SERIOUS NYA SAKIT ANWAR KETIKA ITU.

DAH INGAT SEKARANG KJ SI-BEROK.

Detguaq said...

Salam Garamanis,

Diharap melayu dalam umno dan luar umno tidak terlena dihibur penglipurlara yang menjual setia kat wanh ini.....kj wajar diserang poltiknya sehingga tercabut akarumbinya....

Anonymous said...

SAPA2 YANG KUTUK KJ AKU NAK JUMPE KORANG..AKU TAK PUAS HATI..!

APSAL TAK BUAT KLAB ANTI KJ MACAM KJFC FACEBOK BODOH TUH

UMNO Kulim said...

SALAM SAUDARA,

POSTING SAUDARA AGAK SINIS DAN PENUH DGN KEBENCIAN TERHADAP KJ. MENGAPA.? BUKANKAH DIA ADALAH KETUA PEMUDA PARTI YANG SAUDARA SERTAI. SUDAH BYK BLOG YANG SAYA LIHAT MENGHENTAM KJ DGN MENDADAK SELEPAS DIA MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO.

SUDAHLAH SAUDARA BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.

Anonymous said...

garamanis
rilek la bro. tpm suruh bersatu

TokeyGaram said...

Sahabat dan UMNO Kulim,

UMNO sedang transformasi keseluruhannya. Itu betul dan saya menyokong sepenuhnya.

kawie2020 said...

aku turut menyokong tokeygaram

Pak Tua Jaga said...

aku ttp menolak kepimpinan KJ tp aku ttp ahli UMNO

Sisingamangaraja Gorgor said...

Yaaaa... Tepat skaliiiii...~

Sikitol bukan hanya melepaskan si"chameleon" dari zoo nye itu...

Malah menjual Negaranye skalik...~