Tuesday, October 27, 2009

Nizar News: Semuanya Kerana Kekebalan Presiden


Kita sudah sedia maklum PAS tidak akan mengadakan EGM dan perbalahan antara Nik Aziz dengan kepimpinan kanan PAS akan dibincangkan dalam mesyuarat khas esok. Pelbagai pihak melihat krisis terbaru PAS adalah kemuncak daripada ketidakpercayaan antara pemimpin semenjak PAS berjaya mentadbir penuh di 2 buah negeri.

Bullet yang dilemparkan oleh Nik Aziz untuk mengadakan EGM benar-benar memeranjatkan pemimpin dan ahli PAS seluruh negara. Perkembangan ini membuktikan bahawa wujud 2 kumpulan didalam PAS iaitu proPresiden dan pro Nik Aziz lanjutan daripada konflik cadangan penubuhan Kerajaan Perapduan (Unity Goverment) selepas Muktamar Agung Tahunan PAS 2009 yang lalu.

Dalam susur jalur komplot pembangkang Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi PKR dan DAP tetapi kumpulan proPresiden melihat situasi ini sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan kelangsungan bangsa Melayu.

Rata-rata pemimpin PAS tidak menduga bahawa Nik Aziz begitu beriya-iya untuk menghukum kumpulan proUG iaitu kumpulan yang cenderung kepada asas perjuangan PAS tanpa merosakkan hubungan langsung dalam komplot pembangkang. Harus diingatkan, cadangan untuk mengadakan kerjasama diantara UMNO dan PAS hanyalah melibatkan beberapa kepentingan agama dan bangsa dalam situasi menang-menang.

PAS menyedari UMNO mempunyai 'sesuatu' yang tidak ada dalam PAS dan begitu sebaliknya. Ibaratnya kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Mengapa komplot pembangkang yang diwujudkan hingga kehari dilihat dingin dalam asas perjuangan PAS.? Hingga menimbulkan reaksi tidak senang akar umbi yang menyifatkan PAS sudah mengadaikan segalanya hanya kerana mahu mengekalkan status quo komplot pembangkang. Bagaimanapun PAS dilihat gagal.

"Yang payah nak selesai ialah perbalahan orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.Yang saya takut ialah perbalahan ini sengaja dipanjangkan selepas ia disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tidak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat." Nik Abduh Nik Aziz

Apakah Nik Abduh sedar mengapa ayahnya bertindak sekeras itu mahu pemimpin 'bermasalah' disingkirkan ataupun mungkin dia tidak menyedari bahawa pemimpin yang 'bermasalah' itu sebenarnya adalah darah dagingnya sendiri.

Dalam kepimpinan PAS ataupun suara veteran PAS, Nik Aziz dianggap sudah hilang sengat sebagai pemimpin yang dihormati. Nik Aziz dianggap liabiliti cuma ketika ini Nik Aziz dihormati kerana tuanya bukan sebagai politikus yang hebat bak 20 tahun dulu.

Persoalan mengapa Nik Aziz begitu marah kepada kumpulan proHadi adalah kerana musyawarah yang berlangsung awal bulan oktober telah mencadangkan untuk meminda perlembagaan parti yang lebih terarah kepada kekebalan Presiden dan Timbalan Presiden. Cadangan pindaan ini sudah dipersetujui hampir keseluruhan dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Atas persetujuan inilah Nik Aziz bertindak memboikot perbincangan itu.

Alasannya, jika pindaan ini berlaku bermakna keinginan untuk mengadakan perbincangan kearah UG akan terlaksana. Nik Aziz tahu pemimpin yang dimaksudkannya untuk kerjasama itu dan beberapa lagi pemimpin kanan yang dianggapnya menyebelahinya juga mula terikut-ikut rentak proHadi. Apakah Nik Aziz mula bersikap diktator lantaran daripada tindakannya itu.?

Seperti mana yang pernah disuarakan oleh Nik Abduh pada kontroversi akibat tulisannya dulu yang mengatakan, "ayahnya telah dinasihati oleh penasihat-penasihat yang bodoh dan memberi gambaran yang salah"mungkin ada kebenarannya hinggakan Nik Aziz sudah tidak mampu untuk dinasihati kerana hasutan dan adu domba sesetengah pemimpin PAS yang bersisi gelap.

Kerjasama yang direncanakan PAS bersama UMNO memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak demi agama Islam dan juga bangsa Melayu. Hingga artikel ini ditulis usahlah PAS hipokrit perihal bangsa kerana PAS juga amat concern berkenaan bangsanya walaupun diakhirat kelak kita tidak ditanya kita daripada suku bangsa apa.

Tokey - PAS masih dihati tetapi fahaman Anwarisme perlu dibuang.

4 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..MCM MESIN KOMPUTER..PAK AJIS PUNYE MEMORI DAH OVERLOAD. KAKI PENIPU, KAKI KELENTONG DI SEKELILING DIA PENUHKAN DLM KEPALE HOTAK DIA DGN MCM2 CERITA 1001 MLM. HABIS POKAI OTAK ORG TUA TU DI KERJAKANNYE. MALANG SUNGGUH PAK AJIS DI TONGONG2KAN OLEH HAMBA2NYE SENDIRI KEHKEHKEH

YANG GAMBI said...

Salam Bro, selagi PAS memilik puak-puak erdogan yang berkiblatkan Anwar, sedikit demi sedikit PAS akan memesongkan arah perjuangan Islam mereka...... sampai bila PAS hipokrit tidak mahu mengaku mereka memperjuangkan bangsa Melayu, kerana apa ?

Kerana hendak menjaga hati DAP dan sebahagian PKR, tetapi apakah DAP menjaga hati orang Melayu dan Islam ?....

PAS Gombak said...

Salam Sahabat,

Di dalam PAS kini untuk melaksanakan kepimpinan ulama sudah semakin kikis akibat daripada jarum syaitan yang dicucuk oleh Anwar Ibrahim.

Saya bersetuju dgn saudara, PAS masih dihati tetapi fahaman Anwarisme perlu dibuang.

Al Haadi said...

http://dun11-permatangpasir.blogspot.com/2009/10/rumah-abdul-najib-akan-diroboh-kerajaan.html