Nik Aziz menulis di blognya, 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah. Dinamakan Mustafa Ali (Setiausaha Agong), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut disebut juga nama Haji Hadi, tetapi kalau dia tidak terlibat, kita pakat-pakat belalah, tulis di blog Mursyidul am Parti Islam itu.
Sehingga petang semalam, geng-geng Erdogan masih mencari-cari video ucapan Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali berjumpa dengan blogger-blogger yang kononnya Nasharuddin dan Dr Hassan Ali ada sebut 'soal kerajaan perpaduan'.
"Tok Guru nak tengok video rakaman ucapan Nasha dan Hassan itu, untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat khas malam ini. Sesiapa yang mempunyai rakaman video diminta serahkan bukti itu", tulis salah satu blog pro Erdogan yang mengiklankan pencarian 'bukti' video ucapan pemimpin yang dituduh 'bermasalah' bersama blogger. Tetapi hingga ke malam mesyuarat (semalam), tiada siapa pun tampil memberi bukti video dan sekiranya diberikan bukti video pun, tiada apa-apa pun ucapan Nasha dan Hassan seperti yang didakwa.
Begitu terdesak geng-geng Erdogan berusaha menghapuskan kepimpinan bukan pro Anwar Ataturk di dalam PAS. Hinggakan terdengar, 'gosip-gosip' di internet, terus disampaikan ke telinga tok guru, kononnya ada bukti kukuh. Kononnya Nasha dan Dr Hassan ada beritahu blogger, pasal nak masuk UMNO.
Sumber: NT Anwar

Tokey - Bergaduhlah korang kerana daripada kepimpinan parti hingga ke pemain siber sememangnya tidak bijak dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tuan rumah dah minta jangan dihebahkan ke public tapi gatal juga tangan tu nak taip.[Rujuk]. Mungkin Hassan Ali dan Ustaz Nasha perlu memahami erti duri dalam daging kerana yang akan menjahanamkan karier politik depa adalah orang PAS sendiri.
No comments:
Post a Comment