Thursday, October 15, 2009

Nizar Poligami: Nik Aziz Punya Statement

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.

“Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan. Nik Aziz dah bilang dah..!

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan. “Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas.

Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya. Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri.

Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu. “Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain.

Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. “Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris. “Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan.

Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya. Sinar Harian

Tokey - Nik Aziz pikior oghang nogori takdo suratkabor dan internet ko sampai tak konal apo itu PAS. Pasal bahasa, den nak kato poie la agungkan bahaso rakyat macam ekau agungkan ketuanan rakyat. Buek apo peduli pasal bahaso melayu. Bahaso rakyat tu apo.? semuo ado, cino, melayu, india dan macam2 laielah...

12 comments:

gotahlantun said...

kepala hotak dia nak komen semacam itu...dia ingat ns tu mundur dan koman sangat ker!
rata2 orang dah tau pekung pas tu lebar mana...
nyanyuk punya tok ketua!

Orang KL said...

nasib baik aku orang KL kalu aku orang N9 memang berbulu je baca komen bangang Nik ajis.

macam ini punya kualiti tok guru pun ada.

sah nyanyok...

Anonymous said...

aku nak tanya,

apsal juak2 BN buat artikel mesti tarok Nizar.? apsal woi..!

Anak Lenggong said...

Loorrr...baru aku tau ..patut lah Parti Ajaran Sesat tu kalah rupanya pesuruhjaya Pas di NS tak buat kojooo...

Anak Timb. YDP N9 said...

SAHABAT,

DEN DAH TAU PJ N9 ADO MASALAH..TAPI NAK BUEK CAMANO SUARA DEN KOCIK SANGAT TAK BOLEH NAK DENGOR YANG DIATAS TUH.

Anonymous said...

sama jugakkk..... kalau ikut islam PAS...

islam pas masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka (kaum kapir) akan ikut?" katanya.

tuan guru bangang.

putihkeris said...

Tuan Guru x sedar kekalahan PAS di N9 adalah salah satu "korban" oleh DSAI yg sengaja serah kepala kambing (PAS) utk disembelih rimau (UMNO) di kandang rimau sendiri.. skrang kononnya org2 N9 x kenal PAS???? HAHAHAHA... stupid GURU...

Anonymous said...

nik ajis bengong

YANG GAMBI said...

Salam, kerana mengikut cara 'isle' Nik Azizlah maka Nizar jadi macam 'pak dogo' dalam watak wayang kulit oleh DAP........

Pak Tua Jaga said...

dia buat pulak dah...
org tua ni..sudah2 la...dia kata org N9 ke Bagan Pinang ke xkenal Pas? bape lama dah Pas bertanding kat sana? xkan org2 sana xkenal kot..bape banyak saluran TV, majalah,suratkhabar, jalur lebar masuk sana? aku percaya harakah pun ada kat sana...
Bagi la alasan konkrit sikit Aziz,kalau xleh bagi duduk diam, kalau xmau duduk diam..lepas jawatan pegi mencangkul lagi baik..pergi berbudi kat tanah lagi banyak untung :)

Anonymous said...

SLM BRO...SEPATUTNYA PAK AJIS BELA BURUNG KAKAK TUA. BKN BURUNG MERPATI. NANTI KLU DAH PENCEN BOLEH BECKP DGN BURUNG TU KEHKEHKEH</B

Anonymous said...

lahh
bukelah minda sikit
TG kate camu pn aku bley faham
maksud TG bkn org bagan pinang cm tu
TG nk cakap as kene masuk kat sane
org kt seblah sane
tmasuk kt tempat aku..mlake
xbrape ikut sgt mcm org di pantai timur n utara
snang cite totok umnolah
xbrae paham sgt sal pas ni
snang je nk fahamkn
ape korg nk ckp cmni

dari sokong perasuah...
veteraan mno pn panggil isa tu lanun
hahahaha
lawak
tapi sokong gak