Wednesday, September 22, 2010

Tahniah...UMNO Kedah Boleh Bagi PAS "Run The Business"


UMNO Kedah akan hanya mulai sedar dan benar- benar berubah setelah tewas buat kali keduanya dalam PRU ke-13 nanti (jangkaan diadakan di tahun 2012).
Tujuh sebab empirik aku berikan disini: Andaian yang dikemukakan disini berasaskan sympton and cause theory dan momentum ke arah itu sedang dalam proses untuk menjadi realiti.
a. calon-calon yang bakal dipilih mewakili UMNO hampir semuanya disukai oleh pucuk pimpinan atasan atas dasar kawan, sahabat lama dan ihsan, bukannya calon yang popular dan disukai pengundi
b. sabotaj dan pertelingkahan sesama sendiri antara perkara dasar yang memburukkan lagi keadaan.
c. Dato Najib punyai prioriti untuk dahulukan kedudukan kukuhnya sebagai PM dengan menumpukan kawasan Parlimen berbanding DUN
d. PAS punyai FD RM500 juta dibawah kawal selia MBI (Menteri Besar Incorporated) wang yang tidak sempat dibelanjakan oleh Mahdzir Khalid semasa menjadi MB. Kewangan kukuh menyebabkan PAS begitu santai dalam mentadbir Kedah kerana 'political fund' bagi kerja-kerja pengurusan kempen pilihanraya akan datang untuk parti mereka sudahpun tersedia.
e. Pengundi dibeberapa kawasan DUN akan lebih terdorong untuk memilih calon bebas, berbanding calon dari UMNO atau PAS. Ini disebabkan kemeluatan yang amat sangat kepada dua parti berkenaan yang dilihat sama sahaja dari sudut khidmat dan prestasi kepada pengundi.
f. Ramainya calon yang akan bertanding sebagai calon bebas disebabkan kecewa terhadap PAS, PKR mahupun UMNO.
g. Sikap tamak PAS yang berkemungkinan bertanding 30 kerusi DUN bakal menyebabkan PKR dan DAP mengambil ketetapan iaitu; jikapun calon mereka menang, tindakan bakal diambil untuk tidak lagi bergabung dalam membentuk kerajaan Pakatan di Kedah.
Ironinya kerajaan negeri Kedah akan menjadi tergantung, tidak ada satu parti pun yang bakal memperolehi kerusi simple majority (sekurang-kurangya 19 kerusi DUN untuk menubuhkan kerajaan negeri).
Lantas dalam konteks itulah, calon bebas yang menang dan calon yang tidak menganggotai PAKATAN akan berada dalam kedudukan tawar menawar yang cukup berharga kerana golongan ini bakal menjadi buruan sama ada dari UMNO/BN mahupun PAS.
Maka jadilah PRU ke-13 nanti satu pasaran niaga yang cukup bernilai, dimana betullah sepertimana kata Husin Lempoyang dalam filem Tiga Abdul 'jual orang lebih untung dari jual unta".

Sumber: Kedah Times

Sudahlah, dah letih pun..jangan bangkitkan lagi alasan pembangkang menang besaq dulu pasal marahkan BN, Pak Lah dan KJ. 3 alasan tuh memang dah konkrit tak boleh nak ubah. Jangan sebab alasan itu UMNO masih lagi selesa dan yakin PRU Ke-13 konfiden boleh menang besaq dan rampas semula Kedah.

Keluaq la dari comfort zone dan stigma tahyul itu.

No comments: