Wednesday, September 01, 2010

Awani: Nik Aziz Kena Jawap 2 Persoalan Ini..!

Tak pernah sehari pun PAS berehat dari main isu dan politik. Ada saja isu yang mahu ditinjolkan. Bila isu bukan Islam bagi tazkirah dan masuk dalam surau, Nik Ajiz pantas sokong dan keluarkan fatwa gila yang terlintas dari fikirannya. Asal terpikiaq dia rembat saja...

Kita tanya Nik Ajis 2 perkara ini dan apa jawapan rasional yang boleh dibaginya.?

Pertama: Nik Ajis kata orang Islam hari ini terlalu jahil dengan agama Islam .
Kedua: Nik Aziz kata pada zaman Rasulullah s.a.w., Baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

Ini jawapan persoalan pertama:

Orang negeri mana terlalu jahil dengan agama Islam? Yang jahil ialah majoriti rakyat negeri Kelantan, negeri Serambi Mekah atau lebih sedap negeri Membangun Bersama Islam ini . Di negeri Serambi Mekah ini sewajibnya tidak ada benda-benda buruk yg menyalahi hukum agama dan undang-undang negara . Macam-macam perkara pelik dan ganjil yg terdapat di negeri lain ada juga di negeri Membangun Bersama Islam ini .

Contoh mudah: Buang anak ke tong sampah, penceraian yg tinggi, pecah rumah semakin meningkat , penyakit AIDS / HIV tertinggi di negeri ini berbanding jumlah taburan penduduk yg tak ramai di negeri ini, penagih dadah yg meningkat , rogol kekasih kemudian bunuh, negeri majoriti rakyat pengotor, pusat menyeludup keluar gula, petrol dan diesel, curi kereta / motorsikal , terbaru sembelih anak dan rogol 2 adik kandung,dan banyaklah yang tak mampu ditulis di sini .

Ini semua adalah kerana Ketua Kerajaan Negeri Serambi Mekah ini dan konconya tidak membentuk Generasi Cemerlang Berpandukan Islam. Pemimpin politik PAS 24 jam hanya asyik berfikir mengatur jadual ceramah di seluruh negeri Serambi Mekah ini kemudian di ceramah suka menimbulkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyumbang kepada kebencian sesama Islam dan ini memang ditegah oleh Allah s.w.t. seperti yang ada disebut dalam Al-Quran ms 150 Surah Al-An'aam Ayat 159 .

Ringkas, PAS sudah lebih separuh abad berjuang sejak tahun 1951 hingga kini gagal menarik majoriti orang Melayu menyokongnya, bahkan masyarakat Melayu dikucar-kacirkan oleh orang yang menggelarkan dirinya Ulama.

Yang ini jawapan persoalan kedua:

Kitab mana yang Nik Aziz baca ? Namakan kitab itu ? Muka surat berapa ? Siapa atau ulama mana penulisnya ? Nyatakan Hadis Rasulullah s.a.w. yang menyokong kenyataan Nik Aziz itu dan di riwayat oleh siapa ?

Jika benar apa yang Nik Aziz kata itu marilah kita buat banner besaq dan jemput orang-orang kafir datang dan tinggal didalam masjid, dibenarkan tidur serta makan minum dalam masjid. Cubalah di Masjid Telipot, Masjid Biru Kubang Kerian, Masjid Negeri dan semua Masjid diseluruh Kelantan .

Nik Aziz kena jemput orang kafir kerana itu adalah sunnah Rasullah (jika benar) dan negeri pula Serambi Mekah & Membangun Bersama Islam . Nanti wang dalam petibesi Masjid pun lesap .

YANG KITA NAK TANYA NIK AZIZ SEKARANG IALAH DI MASJID MANA RASULULLAH S.A.W. JEMPUT ORANG KAFIR ITU ? MASJID NABI (Nabawi) DI MADINAH?

Tidak sesekali..! Itu tanah HARAM , orang kafir tak boleh masuk . Habis Masjid mana ? kena mintak Nik Ajis nyatakan masjid yang mana?

Jangan menipu !


Dulu Nik Aziz kata kita boleh berkawan dengan Syaitan jika Syaitan itu nak bantu kita menubuhkan negara Islam . Syaitan mana nak bantu tubuh negara Islam ? Gila..! Karpal Singh langsung tak berganjak prinsip ''No Islamic Country''

Allah s.w.t. dah larang kita dari mendekati Syaitan dan sentiasa di suruh membaca Al-Isti'azah merujuk kepada perintah Allah s.w.t. seperti disebut dalam Al-Quran ms 278 Surah An-Nahl Ayat 98 bermaksud:

Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.

Juga baca Pemuda Pelapis pasal kesesatan Nik Ajis
Sungguh pun Dr Mahathir jauh lebih tua daripada Nik Aziz namun Dr Mahathir masih mempunyai ketajaman akal fikiran dengan segala idea-idea bernas yang sukar untuk disangkal oleh sesiapa kecuali musuh-musuh politik "baghal" yang sengaja menolak idea dan ilham yang baik. Malahan Nik Aziz sendiri pernah memuji serta mengakui kelebihan yang ada pada Dr Mahathir.
"Syaitan pun menangis melihat kelakuan Nik Ajis"

2 comments:

Sampul Kecil said...

inilah yang dikatakan sesat.. hanya pentingkan survival politik tanpa memikirkan tentang Islam..

Salah satu sebab mengapa orang kafir di Malaysia sekarang berani pijak kepala orang islam inilah sebabnya..

Sangat sedih..

Anonymous said...

ya!!memang di masjid nabawi..ad pun tanah haram mekah yg dilarg org kafir tingggal..kan zaman nabi dulu jgk ad org yahudi,,,kalu x perlembagaan madinah xkan sebut pasal hak org2 kafir n yahudi n nasrani..rujuk kitab Fiqh Sirah,tulisan Sheikh Muhammad Said Ramadhan Albouti,trbitan Darul FikrDamsyiq-Syria,m/s 316...