Wednesday, September 08, 2010

Selain Sam Ketot, 4 Orang Ini Juga Adalah Ejen UMNO?

Oleh Satu Hala

Selepas membincangkan mengenai teori kemungkinan Zaid Ibrahim adalah perisik yang dihantar UMNO untuk memusnahkan PKR, Satu Hala ingin menulis perkara yang menyentuh aspek yang sama tetapi melibatkan individu yang lain pula.

Persoalan yang ingin dilontar Satu Hala ialah tajuk di atas iaitu ; Siapa Pula Perisik UMNO Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR?

Iye...siapa perisik-perisik berkenaan.

Ada dua kumpulan perisik sebenar...satu yang menjual maklumat kepada parti lawan seperti UMNO atau MCA dan satu lagi yang menyampaikan maklumat kepada unit khas polis.

Itulah sebab adakalanya mesyuarat MPT PKR belum tamat tetapi hasil yang diperbincangkan dalam mesyuarat sudah sampai ke telinga pemimpin lawan terutama dalam UMNO.

Sebab itu pemimpin tertinggi UMNO sering kali siap sedia untuk menjawab semua isu yang dibangkitkan MPT PKR dengan lengkap ketika ditanya media....kerana mereka sudah tahu lebih awal.

Jadi, siapakah yang menyampaikan maklumat berkenaan?

Apakah habuan yang diterima mereka?

Sebaik persoalan ini mula bermain di pemikiran, Satu Hala segera menelefon dan mula mencari rakan-rakan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menjelaskan jawapan.

Tidak ramai yang tahu dan tidak ramai yang mahu membuka mulut.

Namun ada satu sumber Satu Hala memberitahu, dianggarkan ada empat pemimpin dalam MPT PKR yang dikenalpasti 'mesra' kerajaan atau UMNO.

Siapa keempat mereka itu tidak boleh didedahkan kerana jika dibuat demikian, link atau jaringan kerajaan dalam PKR akan musnah dalam sekelip mata....well, lojik juga apa yang diperkatakan itu.

Sumber penulis itu bagaimanapun ada memberikan petunjuk (yang sebenarnya cukup lemah untuk dijadikan petunjuk).....katanya empat pemimpin yang satu masa dahulu merupakan mereka yang amat fanatik atau penyokong totok Anwar Ibrahim.

Namun kini kata sumber berkenaan, keempat mereka sudah mula kurang senang dengan cara Anwar menguruskan parti dan adakalanya agak vokal dalam mesyuarat MPT parti.

Mereka ini yang kerap menyampaikan maklumat kepada pihak luar parti.

Sumber: Malaysia Instinct

1 comment:

Anonymous said...

ALA YG 4 EKOR TU MCM SISA2 TULANG KFC JEK. SBLOM MKN NMPK SDAP, GARING MENYELERAKAN..DAH MKN TINGGAL TULANG..KASI BUANG! HUHUHU

SALAM LEBARAN MINALAIDIL WALFAIZIN BRO..SALAH DAN SILAP, TERKASAR BAHASA, TETOLAK TAK SENGAJE WA MINTAK AMPUN BRO!..KOSONG-KOSONG BRO :D