Tuesday, March 24, 2009

Perwakilan Yang Berpeluang...Jangan Sesiakan Keyakinan Ini.

Inilah Keyakinan Aku


Perwakilan Yang Berpeluang,

Untuk masa-masa yang tinggal diharap perwakilan-perwakilan yang berpeluang untuk membuang undi di pemilihan nanti, kenangkanlah waktu emas UMNO dikala UMNO gagah dipimpin oleh bapa-bapa yang berkebolehan. Bapa-bapa yang terdahulu berjuang membentuk sebuah negara yang hebat bernama Malaysia.

Perwakilan yang berpeluang,
Masa yang tinggal ini sebelum anda menuju ke Dewan penentuan, kenangkanlah ketika bangsa lain tidak berani menyentuh UMNO walau selembut tamparan. Ketika anda megah mengibarkan bendera merah putih itu diserata ceruk kampung dengan mengatakan "Kami yang hebat" tanpa ada orang lain yang berani mempertikaikan kenyataan itu.

Perwakilan Yang Berpeluang,
Menuju ke Dewan itu satu pengiktirafan yang berguna. Amat beruntung menggunakan kemegahan itu dengan memberi keyakinan untuk UMNO bangkit dengan azam baru. Lupakan seketika sengketa kalian yang penting UMNO perlukan sokongan bukan cemuhan.

Perwakilan Yang Berpeluang,
Aku yakin UMNO mampu mempertahankan maruah negara ini. Jangan sesiakan keyakinan ini.

3 comments:

warisantamar said...

VIVA NAJIB & MUHYIDDIN

GOMO said...

SALAM BRO...
HARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT PADA PEMILIHAN INI. YANG NYATA KETOKOHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AMAT MEMBANGGAKAN DAN CUKUP SERASI BERGANDINGAN DENGAN DATO SRI NAJIB BAGI MEMPERKASAKAN UMNO.

ALI RUSTAM TELAH DICANTAS OLEH PESAING YANG BANYAK SKANDAL. JIKA ANAK SULTAN BOLEH DI BAWA LARI, JIKA WANG BERJUTA JUGA DI BAWA LARI APAKAN PULA PERMAINAN KOTOR NYA DALAM MENGHANCURKAN ALI RUSTAM??? SAMA-SAMA KITA MENILAINYA.

HARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DEMI MEMPERKASAKAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

KHAS BUAT TATAPAN PEMBACA http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/yang-nyata-dan-sahih-buat-para.html

Anonymous said...

waa.. manyak sidap lu punya lagu me.