Wednesday, March 18, 2009
Siapa Second Man UMNO II
Tidak lebih dari seminggu perwakilan UMNO akan menunaikan tanggungjawab memilih calon-calon pemimpin yang benar-benar berkualiti untuk membawa UMNO kearah yang lebih gemilang. Bagaimanapun, ketika ini UMNO dilihat agak tempang dengan isu politik wang yang telah menjadi barah membunuh dalam UMNO.
Politik wang UMNO bukan sesuatu isu baru. Isu ini telah berakar tunjang dan sukar dibuang. Tanyalah ahli UMNO veteran, bagaimana barah ini mula merebak. Jawapan ada di benak masing-masing. Tidak mahu jawap tapi mahu mengutuk.
Kelmarin dikejutkan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang memutuskan calon Timbalan Presiden bersandarkan populariti dan kuasa wang tidak layak unutk bertanding. Mengamuk orang Melaka calon harapan di pancung. Tetapi jika diperhalusi wajar Lembaga Disiplin UMNO memutuskan hukuman sedemikian.
DS Ali perlu menerima keputusan dengan tenang. Nasi sudah menjadi bubur. Inilah padahnya jika gila kuasa bersandarkan kepada wang bukan kepada kebolehan dan kelayakan. Apa yang dihairankan kelebihan DS Ali adalah beliau cukup bijak menggunakan kebolehannya dalam Public Relation (PR). Skil ini yang tidak ada pada calon harapan UMNO ketika ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa yang pasti jawatan Timbalan Presiden UMNO akan memperlihatkan perpecahan kumpulan kecil ketika ini. Di saat ini adalah situasi yang sangat menyeksakan. Terdapat gesaan dan ugutan dari pelbagai suara di seluruh tanah air yang akan menboikot dan mengajar pihak-pihak tertentu berikutan tindakan lembaga disiplin bersikap berat sebelah dan pilih bulu.
Di ketika ini, apa yang perlu disuarakan dan diharap boleh menjadi kenyataan, DS Najib perlu menyatakan sokongan terhadap salah satu calon Timbalan Presiden. Jika tidak melalui media tetapi perlulah melalui saluran yang betul dalam kain UMNO sendiri. DS Najib perlu menyatakan sokongannya sepertimana Pak Lah menyatakan sokongan terhadap DS Ali.
Ramai yang berpendapat gandingan terbaik ketika ini adalah Najib - Muyhiddin. Inilah yang terbaik dari yang terbaik dan kita mengharapkan ia menjadi kenyataan. Muyhiddin mungkin tidak sehebat DS Ali dalam menjalinkan hubungan (Personal Touch) dengan ahli bawahan tetapi kelemahan Muhyiddin itu adalah kredit kerana rakyat melihat beliau lebih fokus terhadap kerjanya. Itu yang bagus tentang Muhyiddin.
DS Ali lebih menggunakan kuasa wang untuk mengukur tahap popularitinya dan lihat bagaimana jentera kempennya beraksi. Sungguh hebat jentera kempen DS Ali dan diperakui oleh seluruh calon yang bertanding. Bagi Muhyiddin, jentera kempennya dilihat agak lembab kerana bagi seorang anak ulama dan berusaha mencapai sesuatu dengan cara dan strategi tersendiri, Muhyiddin agak ketinggalan kerana politik semasa UMNO dan wang tidak dapat dipisahkan.
Muhyiddin Yassin dari dahulu hingga kini lebih gemar berkempen sendiri dan sebolehnya menggelak dari gejala itu. Kerana apa, kerana didikan dan tataetika ahli UMNO yang telah menjadi pegangannya.
Ciri-ciri seorang pemimpin yang berwawasan jelas memihak kepada Muhyiddin dan beliau adalah yang terbaik dari yang terbaik. Soal calon dari Selangor tidak perlulah di bicarakan kerana imej berat yang pernah dijunjung beliau. Semua orang tahu sejarah Tan Sri Muhammad yang pernah melalui zaman beliau bersama Selangor dahulu. Kebolehan beliau pernah teruji dan beliau juga pernah teruji dengan kegagalan. Kegagalan itu yang menjadi kenangan orang ramai. Biasa manusia lebih mengemari keburukan dari memuji kebaikan. Itu adalah lumrah dunia.
Kepada perwakilan ketepikan soal kenegerian, ketepikan sifat dendam dan ego inilah masa yang terbaik untuk memulihkan Intergriti UMNO yang telah melalui pelbagai fasa sepanjang hampir 60 tahun penubuhannya. Pilih gandingan yang benar-benar berkebolehan, yang telah menunjukkan kehebatan berpolitik zaman berzaman. Kenangankan kembali saat-saat UMNO hendak diharamkan, bagaimana UMNO kembali mendaki dari satu bukit ke satu bukit yang sehingga kini seakan-akan lelah kerana kerosakan dalaman yang tidak terkira.
Di saat ini DS Najib bersama timbalannya TS Muhyiddin memerlukan sokongan demi bumi bertuah yang disayangi ini. Lupakan sengketa bersatulah untuk memulihkan imej UMNO yang semakin hari dimamah anai-anai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Singkir Najib..
TS Muhyiddin paling layak jadi NO 1.
TS Muhyiddin PM Malaysia
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Post a Comment