Pada masa yang sama dia menegaskan, tempat perbicaraan tidak penting, sebaliknya perlu diutamakan ialah tarikh kes tersebut didengar.
Hari ini, Anwar mengemukakan rayuan berhubung keputusan semalam.
Semalam mahkamah memutuskan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.
Katanya, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dokumen yang dipertikaikan oleh Anwar.
"Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur ke hadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau tujuh bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.
"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan sama ada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi.
"Pada saya, tempat untuk dibicarakan ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.
"Ini kerana sepanjang sembilan bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat.
"Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya.
"Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula," kata Saiful dalam blognya sambil menambah, "walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati mahkamah."
Sehubungan itu, dia menulis, pada hematnya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan.
"Walau apapun, saya berdoa agar pada 10 Mac ini (Selasa ini), tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini," katanya lagi.
Sumber: Mstar.com.my
1 comment:
YEA BRO KESIAN SAIFUL KAN, TAKPE BRO KITA KENA BAGI SEMANGAT KAT SAIFUL SUPAYA DIA SENTIASA TABAH..
MEMANG HARAMJADAH SI MURAHGURU KUNYIT NI...MARI BRO KITA TERUSKAN PERJUANGAN, FUCKATANN RIOT DAH TAKDE MODAL SEKARANG NI...
MEREKA PUTAR BELIT BALIK CERITA LAMA@
Post a Comment