Kelmarin bertempat di Padang Awam Kg. Air Kuning, Taiping, ADUN kontroversi Osman Jailu bersama-sama Dato Zambery dan ayahanda Pekida Taiping telah mengadakan perjumpaan, makan tengahari dan memberi penjelasan di hadapan kira-kira 1,000 orang penduduk Kg Ayer Kuning berkenaan konflik sebenar menjerumuskan kejatuhan Pakatan Keparat di Perak.
Apa yang menarik pertemuan yang julung-julung kali diadakan turut dihadiri bebarapa tokoh UMNO setempat antaranya, Datuk Rosli Husin, Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang dan Ayahanda Jamaluddin, Presiden Pekida serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.
Ini adalah langkah pertama ADUN kontroversi ini turun kebawah untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat Perak setelah pelbagai fitnah dan cacian dijaja oleh tentera komunis pimpinan Nizar. Ini kerana rakyat Perak tidak memahami isu sebenar yang telah membawa kejatuhan satu kuasa angkuh selama 10 bulan bertakhta. Ujarnya keputusan merobohkan kuasa angkuh Pakatan Keparat adalah demi menyelamatkan bangsa, agama dan tanahair. Nizar ibarat dicucuk tali dan disorong kesana-kemari.
Osman Jailu dalam penjelasannya apa yang berlaku sepanjang tempoh sebulan beliau yang dikhabarkan menghilangkan diri adalah kerana beliau telah berbincang dengan pelbagai pihak untuk masa depan politik negeri Perak setelah melihat sendiri akan kecelaruan yang timbul sepanjang Nizar diperkudakan oleh Ngeh dan Nga dalam mesyuarat negeri.
Ini kerana walaupun beliau dan Jamaluddin Radzi adalah anggota exco tetapi disebabkan Nizar tidak berkemampuan mentadbir negeri beliau sewenang-wenangnya diperkudakan oleh Ngeh dan Nga demi kepentingan diri dan perniagaan yang dijalankan.
Tetapi sepanjang tempoh beliau menghilangkan diri apa yang paling dikesali adalah kerana permainan politik PKR Perak yang tanpa dipaksa telah mengeluarkan
Beliau yakin selepas ini rakyat Perak akan memahami petualang sebenar yang masih berselindung disebalik tirai kekebasan hari ini kerana kurangnya penekanan aspek penyampaian yang perlu diberikan kepada rakyat Perak. Diharap dengan langkah pertama ini, ADUN-ADUN kontroversi ini dapat memberi penjelasan bahawa keputusan merobohkan kuasa angkuh sebelum ini adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.
Jika kedengaran cacian halus pembangkang bahawa wang dan pertuduhan rasuah adalah penyebab mereka ini keluar, itu adalah mulut-mulut longkang yang tidak dapat ditutup walau selori tanah mengambusi longkang-longkang itu. Demi agama aku terpaksa merelakan diri ini dicerca, mungkin itu bisikan terakhir Osman Jailu semasa melangkah keluar dari bilik mesyuarat exco sehingga akhirnya merobohkan kuasa angkuh yang telah meletakkan plak demokrasi hhhaaattuuiihhh... di bawah pokok beringin. Amin.
8 comments:
BRO, ARTIKEL YANG BAGUS NI...KALAU DAPAT LEBIH DETAIL LAGI, LAGI BAGUS
KEEP UP THE GOOD WORK
hanya allah yang maha mengetahui.
biarlah org2 pas menanggung dosa fitnah terhadap mereka.
terimalah hakikat wahai org2 pas,bahawasanya nizar lalai dgn kuasa,kerana nak pertahankan jawatan mb,sebab tu dia sibuk jaga ngeh dan nga sahaja.dia tak pandang dua org ni.
nah......ambil kau sekarang ,terima balanya.
garam-cantik lah gambar kereta camry tu
http://pkrpasdap.blogspot.com
kalau tak buka mulut dalam politik nie orang anggap apa musuh kata itu benar..macam pak lah..sebab itulah mac 2009 BN kalah sebab segala tomahan anwar ibrahim tidak dijawab...
politik kena pandai macam ejik2 semut, siapa sakit naik atas...
PEKIDA??? hahaha.
aku tak sempat nak join laa perjumpaan tu. Kalau tak aku nak juga tanya OJ (Osman Jailu )nie kenapa dia tak ajak puak-puak PKR yang lain join sekali...keluar dari PR
YA BETUL BRO...
INI NIZAR MEMANG KEPARAT.
MENGADAI AGAMA ISLAM
BANGSA MELAYU
DAN TANAH MELAYU.
DAH TU BILA SULTAN TAK PERKENAN MAKA ABIS DI HURU HARAKAN PERAK DAN SELURUHNYA...
GILA KUASA...
Kebelakang ini org islam buat fitnah, org islam juga yg jadi kaki percaya dengan membutakan hati...
Salam Bro
Saya juga ada dengar cita dia ni masa tengah sibuk kempen PRK Kuala Terengganu tempoh hari..
Sdr Osman ni ada menyebut dia risau dgn kedudukan tanah yang diberikan secara 999 tahun dan dalam masa yang sama nasib bekas perajurit diabaikan..
memang betul.. glg dalam PR susah nak terima kesalahan mereka..
mereka rasa amat sempurna dari org lain
Post a Comment