Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) berkata kekebalan itu perlu ditarik balik memandangkan Raja-raja dan Sultan sendiri pun tidak mempunyai kekebalan.
“Kita di sini boleh cakap apa saja. Memang ada peraturan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan tetapi tidak mencukupi,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat hari ini. Ibrahim berkata Anggota Parlimen tidak perlu takut untuk menyentuh perkara tertentu sekiranya mempunyai bukti dan maklumat sahih mengenai apa yang mereka bangkitkan.
Beliau juga mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang layak mendapatkan kad pengenalan pada peringkat umur 12 tahun supaya mengangkat sumpah kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Rukun Negara.
Beliau berkata perkara ini penting kerana pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini disebabkan generasi muda kurang pengetahuan sejarah, dan jika tidak disedarkan dengan segera, ia boleh menjurus ke arah kehancuran.
Ibrahim juga mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah yang bersabit dengan kontrak sosial kerana ia penting untuk rakyat Malaysia.
“Kepada pembangkang dan kerajaan, kedua-dua juga perlu bermuhasabah diri.
Saya pun ingatkan diri saya sendiri. Semua orang tahu sama tahu, pemain yang sama, tukar tempat sahaja,” katanya.
Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) pula berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memberikan janji sebanyak 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu sekiranya pakatan pembangkang memerintah.
“Dulu pun kata ada 30 Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak yang melompat ke parti pembangkang 16 Sept tahun lepas. Ini pembohongan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang yang sama.
— BERNAMA
Garamanis: Teringat GM ketika bertemu dengan Datuk Ibrahim Ali di sebuah restoren beberapa bulan lalu. Kami duduk semeja dan banyak berbicara hal-hal semasa terutama sekali membicarakan hak orang melayu. Beliau pernah membangkitkan perkara ini kerana baginya Ahli Parlimen hari ini khususnya Ahli Parlimen Muda tidak memahami kekebalan yang wujud di Dewan Rakyat. Ujarnya, mereka seolah-olah berasa bongkak dan tidak menghormati Ahli Parlimen yang lebih senior terutamanya dalam kalangan mereka sendiri dengan berlumba-lumba menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Sesungguhnya Datuk Ibrahim Ali layak ditabal sebagai pejuang rakyat tulen kerana tidak pernah membeza-bezakan rakyat walaupun berlainan falsafah dan ideologi. Siapa yang tidak kenal Datuk Ibrahim Ali, tanyalah rakyat Pasir Mas akan kehebatan beliau. Disebabkan itu PAS Kelantan sangat menghormatinya walaupun kini timbul pergeseran antara beliau dengan kepimpinan negeri itu.
6 comments:
SALAM BRO...
GUA SOKONG IBRAHIM ALI TU.
BAGUS ORANGNYA DAN LANTANG BERSUARA.
ORANG PANGGIL DIA KATAK KA APA KA LANTAK LAH. JANJI DIA BENAR DALAM MENYAMPAIKAN SESUATU USUL.
GUA SOKONG USUL NI. MEMANG PATUT KEKEBALAN AHLI PARLIMEN DITARIK BALIK.
HARAP DATO IBRAHIM ALI AKAN SENTIASA BERJUANG DALAM MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU.
JANGAN LUPA 22HB INI DI PERSIDANGAN KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA
salam garam,
dasyat, duduk semeja..
Apa yang penting? kerjasama..
wonderpet menyokong Usul Ibrahim Ali
dan menolak Anwar Ibrahim..
ming..ming..ming hehe
SALAM BRO,
BAGUS IBRAHIM ALI, LANTANG DAN ADA PENDIRIAN.
LIBERAL DALAM BERPOLITIK, DAN BANYAK IDE UNTUK ORANG MELAYU.
TABIK SPRING UNTUK IBRAHIM ALI...!
Salam Bro,
Kasai kredit sama Ibrahim Ali...
Apa yang penting kerjasama...
Apa yang penting kerjasama...
Sekarang Anwar pun dah kerjasama dengan Pak Lah...
Ini seriuss....
BAGUS BRO, VERY GOOD ARTICLE...KEBETULAN SAYA PUN BUAT ARTIKEL YAG SAMA LA BRO, TAPI DASYAT LA U BRO, DAPAT DUDUK SEMEJA DENGAN IBRAHI ALI YA,PEEHHH HEBAT BETUL GARAMANIS NI.
AKU SUKA IBRAHIM ALI SEBAB DIA BERANI BRO...JANGAN LUPA BANYAK JASA DIA YANG MELAYU DAH LUPA SEKARANG NI..
Sitora pun salute Dato Ibrahim Ali (DIA)dalam hal ini. Ingat mengingat sesama kita tu memang penting...Garamanis kalau DIA....kirim salam dari Sitora ok !!
Post a Comment