Monday, March 30, 2009

Ada beberapa perkara menarik yang akan berlaku

Ada beberapa perkara menarik yang dijangka akan berlaku:-


1. Dalam siri kempen-kempen, Nizar Camry akan terus memberi fokus kepada rakan sealirannya DAP dan pengundi Cina akan terus diasaknya. Antara gula-gula yang akan diberi, tanah 999 tahun akan terus kekal dan peruntukkan untuk kaum Cina akan diberi keutamaan. Di mana Nizar Camry nak dapat peruntukkan.? Ah..! beliau MB tahu apa nak buat tetapi kenapa borang SPRnya ditulis pekerjaan sebagai ADUN bukan sebagai MB. Nizar Camry nak buat suprise nie..Tungguu.....


2.Beliau akan terus menggunakan Camry Hitam kononnya untuk tujuan mengelirukan rakyat bahawa beliau masih tumpuan punya Camry MB itu. Lihatlah betapa despretnya beliau hinggakan meletakkan signboard MB di rumah sewanya. Mungkin tukang ukir pun menangis mengenangkan gila talak Nizar Camry


3. Nizar Camry akan mengambil contoh strategi Barack Obama iaitu memberi fokus kepada kaum Minoriti dan keutamaan memulihkan ekonomi menjadi agenda karut beliau. Kerajaan Malaysia gagal dalam mengurus. Beliau MB dan bekas I.R lebih expert.


4. Dalam menyakinkan orang-orang kampong Nizar akan mengedarkan risalah isu perlembangaan negeri yang diputarbelitnya sebagai strategi meraih sokongan orang kampong. Ismail Saffian akan tersenyum melihat telatah beruk Nizar.


5.Penjilat-penjilat Nizar Camry dari BNM akan ketandusan idea kerana segala isu bodoh Nizar Camry pantas dicantas BN dengan segala “counter isu” yang disediakan. Yang boleh dikatakan BNM, UMNO rasuah, Siapa Bunuh Altantuya dan UMNO yang mulakan isu derhaka”


6. UMNO telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil dan DS Najib akan menilai sejauh mana kehebatan anak Johor ini. Maksudnya DS Najib tidak terlibat cuba akan memerhati dari jauh.


7. Fuckatan Riot menyedari rakyat Perak sudah boring dengan cerita-cerita fantasi yang selalu dimainkan, Perak bukan Kelantan yang kerap di “brainwash” kuliah mingguan Tuan Guru.


8.Anwar Ibrahim Munafikun mana beliau ketika teman-teman sibuk berkempen.? Oh..beliau lebih senang bersama rakan Yahudi daripada berpanas ditengah-tengah jalan. “Ini Fuckatan Riot cannot stay longer” beliau menundukkan kepala tak berani memandang muka bosnya.


9.Kepada pengundi berilah kemenangan ini kepada gandingan DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk menyakinkan Tun Dr. Mahathir kembali semula ke dalam kerajaan.


10. Oh..! ya, Tun Dr. Mahathir dah kembali kepada UMNO. Nizar Camry perlu lebih proaktif mencari sokongan kaum minority khususnya Cina. Jangan buat sekerat jalan.Deposit Rm 10,000 sudah diberi bimbang hangus nanti.


11. Bukit Gantang akan menyaksikan ahli-ahli UMNO yang kecewa akan berkongsi pentas bersama Nizar Camry untuk mengutuk UMNO kerana gagal mendapat kontrak-kontrak kerajaan dan menutup malu kegagalan untuk menjadi ahli yang baik.


12.Nizar Camry akan mengemaskan pakaiannya dan meninggalkan Bukit Gantang pada 7 APR iaitu selepas pengumuman kekalahannya di situ. Katanya, rakyat Bukit Gantang silap kerana tidak menyokong beliau sebagai MB yang Sah.


13. Pada 9 APR dijangkakan DS Najib akan mempengerusikan mesyuarat cabinet yang pertama dan dari jauh terlihat seseorang menjerit-jerit mengatakan SPR tidak telus, pengundi hantu di bawa Polis tetapi yang paling sebak Anwar Ibrahim Munafikun. Dalam hati kecilnya, “sepatutnya aku yang mempengerusikan mesyuarat itu”.


14. Kepada yang terlibat berpilihanraya, telah banyak kecelaruan yang timbul akhir-akhir ini. Hanya dengan pilihan yang tepat dan bijak anda mampu mengubahnya. Peluang hanya datang sekali, gunakan sebaik mungkin.




2 comments:

House PK III said...

Salam tuan, saya dah paste artikel tuan yang amat luar biasa ini ke dalam blog saya!

Saya bukan kucing pondan ya tuan! Tapi saya sedang mengumpul seberapa banyak artikel yang menarik untuk orang baca sekaligus sempena piliharaya kecil di Bkt Gantang!

Lord Garam said...

Salam Pendekar,

Hua..hua..hua..kucing pondan.?kaler pink bukan melambangkan kelembutan ianya satu seni seperti mana kita mengeksprisi idea dalam ruangan maya ini