Sunday, March 15, 2009

Kerajaan Campuran 1

Penat dan memenatkan tapi berbaloi sebab GM dapat mengubati kerinduan kepada orang tua. Pekena asam pedas ibu, slluurrpp...memang tak tahan. Sampai di rumah, selepas kemaskan kereta dan clearkan segala barang2 GM terus buka laptop nak melihat isu-isu terkini politik semasa.

Errmm...isu roboh plak demokrasi mula mengambil tempat seketika. Wajar pun plat itu dirobohkan kerana ia melambangkan tanda penderhakaan terhadap Tuanku Sultan. Cuma bagi penyokong-penyokong tegar Pakatan Keparat itu melambangkan kebongkakan BN mempergunakan kuasa Polis untuk merobohkan plat itu. Minda kebusukan yang dah tidak boleh dijernihkan dengan wangian kebenaran.

Secara halusnya, berdirinya plat itu menggambarkan orang bukan Melayu telah berjaya menunjukkan kesombongan untuk memperkecil-kecilkan Daulat Tuanku. Ini yang tidak disedari oleh kebanyakan penyokong tegar Pakatan Keparat yang buta hatinya.

Kemudian GM selak dari satu tirai maya ke satu tirai maya. Wah... Nik Ajis sudah bersuara berhubung Kerajaan Campuran cetusan Haji Hadi yang jelas tidak disenangi oleh beliau. Kenyataan beliau Klik yang membantah perlaksanaan itu boleh ditafsirkan pelbagai spekulasi.

Seperti menunjukkan terdapat dengan jelas pihak-pihak yang tidak senang dengan kekuatan Kumpulan Agama PAS yang telah menjalankan 'perhubungan sulit' untuk bergabung demi menyelamatkan kecelaruan yang berleluasa dewasa ini.

Kenyataan Nik Ajis itu boleh disifatkan mewakili kumpulan sekular yang sedaya upaya menggunakan lidah Nik Ajis untuk dicabangkan demi kepentingan individu tertentu.

Secara kasarnya, Nik Ajis sudah jauh benar lenanya kerana didodoikan oleh individu tertinggi PAS yang secara terangnya memusuhi kumpulan agama walaupun mereka bijak menggunakan ayat-ayat Allah ketika berceramah.

Bagi DAP, usahasama pihak tertentu PAS untuk membina jambatan bersama-sama BN tidak boleh diterima sama sekali kerana gagasan Malaysian Malaysia masih belum tercapai kerana itulah janji mereka ketika mewujudkan DAP di Melaka 40 tahun dahulu.

Muktamar PAS bulan Jun nanti sangat2 ditunggu oleh rakyat Malaysia selain menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO kerana disinilah pusat kesepakatan orang Melayu bermula. Setelah diasak dari pelbagai sudut untuk melihat perpecahan orang Melayu hari ini, kedua-dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu harus mencari formula terbaik demi memelihara agama, bangsa dan negara dari terus diperlekeh oleh bangsa lain.

1 comment:

Parpu Kari said...

BAGUS ARTIKEL NI BRO...

MEMANG NIK AJIS DIKAWAL OLEH HUSAM MUSA SI BAPAK ERDOGAN...ANAK BUAH ANWAR AL JUBURI TU