Showing posts with label Ringan. Show all posts
Showing posts with label Ringan. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Siapa Yang Kecewa Dengan Berita Fasha Sandha Akan Kahwin?

Kuala Lumpur - Desas desus perkahwinan Fasha Sandha sudah terjawab apabila pelakon Cinta Elysha itu mengesahkan beliau akan berkahwin dengan seorang anak Tan Sri tidak lama. Fasha Sandha dalam kenyataannya mengesahkan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah seorang duda anak 1 dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sebelum ini, Fasha dihimpit pelbagai kontroversi apabila enggan menjawab beberapa soalan media berhubung zaman solonya kerana baginya soalan itu terlalu personal itu diceritakan. Memilih luar negara sebagai lokasi majlis, Fasha optimis tindakannya itu akan mendapat restu daripada peminat dan juga keluarga.

Sementara itu, beliau ditanya mengenai hubungannya dengan seorang ahli politik muda. Ini kerana, terdapat khabar angin yang mengatakan ahli politik itu amat meminati beliau selepas menonton filem 9 September lakonannya bersama Pierre Andre. 
 
Dalam jawapannya, beliau menjelaskan bahawa urusan jodohnya telah ditentukan oleh Allah dan beliau reda dengan ketentuan-NYA.

"Kami kerap berbalas BBM tentang komen filem itu dan katanya 9 September amat dekat dihatinya lantaran kegilaanya terhadap tarikh 16 September dan 9 Januari. Entahlah, I sendiri pun hairan apa yang best sangat dengan tarikh itu, mungkin kenangan zaman kecilnya ketika bersunat dulu?" terang Fasha.

Ditanya media apakah beliau pernah bersemuka dengan ahli politik muda itu? Fasha mendedahkan

"Ya, kami pernah makan malam di sebuah restoran pinggir bandar tetapi bagi I, dia seorang yang boring kerana kerap dalam perbincangannya dia lebih gemar berbicara soal LEMBU.  Baginya, lembu is the best spininng ever. You all jangan tulis yang rupanya iras-iras lembu" dedah Fasha yang tidak mahu menimbulkan kontroversi raut muka iras lembu ahli politik tersebut.

Dalam pada itu, media cuba mendapatkan komen daripada ahli politik muda itu di Ibu Pejabat sebuah parti politik di Petaling Jaya. Namun, setiausahanya menjelaskan kepada media yang ahli politik itu tidak mahu diganggu selepas berita perkahwinan Fasha Sandha diketahui umum.

Wednesday, March 18, 2009

Siva dan Bodyguardnya.

Siva oh Siva...Dah jadi penakut manusia ini. Jika dulu, beliau dengan langkah konfidennya membuat undang-undang mengikut acuan susu lembu sesuka hati. Bancuh susu dumex pun gunakan sukatan yang betul apatah lagi nak bancuh Milo.

Jika dulu, Siva berani membuat kenyataan mengikut lunas buku hijau yang sentiasa beliau bawa ke hulu hilir. Siva menjatuhkan hukuman, memanggil rakan-rakan bermain dibawah pokok jika ada yang tidak suka..haah, you get lose..mudah dan cepat.!

Siva, ketika ini dikhabarkan telah memasang bodyguard bersaiz Malik Noor (baik panggil team CUCI) untuk melindungi dirinya yang dah tak terlindung dek malu ketika ini. Beliau mungkin malu dengan pak guard depan Bangunan SUK atau Siva mungkin malu dengan mamak kedai bawah Pejabat DAP. Yang betulnya Siva sekarang dah pasang bodyguard.

Hebatnya Siva mengalahkan Shah Ruk Khan yang datang Melaka nak ambil pangkat Dato'. Shah Ruk Khan datang Melaka pun tak pasang ramai bodygurad. RELA yang jadi bodyguard Shah Ruk Khan. Tapi Siva juga hebat, hero Tamil yang rambutnya berjambul di depan macam MGR takpun Kamal Hassan.

Siva mewah sampai boleh upah bodyguard 20 orang. Mewah sungguh Siva ini. Apa....Siva buat macam itu sebab Dewa Siva (Dewa Pembunuh) datang ganggu Siva. Siva tak tahan di ganggu Dewa Siva. Nasib Siva selepas ini,meracau-racau di ganggu Dewa Siva terpacul Siva mengigau...Ini kerja BN atau UMNO yang nak ugut saya satu family..Ayo..yoo.yoo..aney. Itu skrip Filem Bukit Selambau kasi main di Ipoh kaa..!

Siva dasyat boleh upah bodyguard sampai 20 orang. Banyak duit Siva. Tapi DAP kena cek gaji Siva. Karpal Singh yang OKU dan bermasalah itu pun takder duit nak upah bodyguard. Beliau hanya mampu upah pekerja sorong wheelchair dan drebar. Tapi tak per, duit gaji Siva pun DAP kontrol. You mau kerusi DUN kasi sini RM1,500. Setuju sain ini agreement. Cukup bulan 20 percent gaji masuk tabung kecemasan DAP.

Tapi DAP cekap juga. Dia tahu Siva tengah pening dan malu yang amat kat Perak. DAP risau Siva buat kerja gila melompat-lompat, gertak nak keluar lari dari rumahnya. Lebih baik aku keluar dari rumah ini masuk rumah biru kat SUK lagi senang habis cerita. Siva menggila nak ikut rakan2 duduk rumah baru kaler biru lagi. Ini yang DAP risau. Alih2 DAP cucuk patungnya nah..sampai bodyguard 20 orang depan rumah teres Siva.

Siva bijak, Siva pusing jalan lain. Bisnes susu lembu kontrol satu Perak. Apa mau hairan. Bodyguard pun ada orang sponsor. Tanyalah Siva, beliau tak keluar satu sen pun nak bayar bodyguard2 itu. Yang bagusnya bodyguard2 ini, mereka semua telah terlatih di bawah satu badan khas. Hebat bodyguard ini. Black Water Security pun tak sehebat bodyguard2 ini. Kalu Black Water dianggap tentera upahan yang berkhidmat di Timur Tengah khususnya Iraq, Bodyguard Siva pun khidmat pun di Timur iaitu Pantai Timur.

Tak perlu minta atau isi borang nak apply bodyguard, lagak bodyguard ini dah selalu diketahui yang mana perlu di beri priority. Nak apply silalah ke Yayasan Amal kerana disitu terletak satu unit khas atau strike force yang sangat hebat. Telah berkhidmat dikebanyakan lokasi kritikal seluruh negara.

Siva juga yang senyum gembira. Tidur malam pun lena tak pernah risau Dewa Siva nak datang ganggu. Unit Amal dah ready kat luar menjaga keamanan Siva dan rumah kecik merah di penjuru rumahnya. Tak perlu panggil samseng taik minyak estet Sg.Siput, Unit Amal dah tahu kewajipan dan prioritynya. Siva perlu dilindungi.

Aku nak Bodyguard juga.

Sunday, March 15, 2009

Kerajaan Campuran 1

Penat dan memenatkan tapi berbaloi sebab GM dapat mengubati kerinduan kepada orang tua. Pekena asam pedas ibu, slluurrpp...memang tak tahan. Sampai di rumah, selepas kemaskan kereta dan clearkan segala barang2 GM terus buka laptop nak melihat isu-isu terkini politik semasa.

Errmm...isu roboh plak demokrasi mula mengambil tempat seketika. Wajar pun plat itu dirobohkan kerana ia melambangkan tanda penderhakaan terhadap Tuanku Sultan. Cuma bagi penyokong-penyokong tegar Pakatan Keparat itu melambangkan kebongkakan BN mempergunakan kuasa Polis untuk merobohkan plat itu. Minda kebusukan yang dah tidak boleh dijernihkan dengan wangian kebenaran.

Secara halusnya, berdirinya plat itu menggambarkan orang bukan Melayu telah berjaya menunjukkan kesombongan untuk memperkecil-kecilkan Daulat Tuanku. Ini yang tidak disedari oleh kebanyakan penyokong tegar Pakatan Keparat yang buta hatinya.

Kemudian GM selak dari satu tirai maya ke satu tirai maya. Wah... Nik Ajis sudah bersuara berhubung Kerajaan Campuran cetusan Haji Hadi yang jelas tidak disenangi oleh beliau. Kenyataan beliau Klik yang membantah perlaksanaan itu boleh ditafsirkan pelbagai spekulasi.

Seperti menunjukkan terdapat dengan jelas pihak-pihak yang tidak senang dengan kekuatan Kumpulan Agama PAS yang telah menjalankan 'perhubungan sulit' untuk bergabung demi menyelamatkan kecelaruan yang berleluasa dewasa ini.

Kenyataan Nik Ajis itu boleh disifatkan mewakili kumpulan sekular yang sedaya upaya menggunakan lidah Nik Ajis untuk dicabangkan demi kepentingan individu tertentu.

Secara kasarnya, Nik Ajis sudah jauh benar lenanya kerana didodoikan oleh individu tertinggi PAS yang secara terangnya memusuhi kumpulan agama walaupun mereka bijak menggunakan ayat-ayat Allah ketika berceramah.

Bagi DAP, usahasama pihak tertentu PAS untuk membina jambatan bersama-sama BN tidak boleh diterima sama sekali kerana gagasan Malaysian Malaysia masih belum tercapai kerana itulah janji mereka ketika mewujudkan DAP di Melaka 40 tahun dahulu.

Muktamar PAS bulan Jun nanti sangat2 ditunggu oleh rakyat Malaysia selain menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO kerana disinilah pusat kesepakatan orang Melayu bermula. Setelah diasak dari pelbagai sudut untuk melihat perpecahan orang Melayu hari ini, kedua-dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu harus mencari formula terbaik demi memelihara agama, bangsa dan negara dari terus diperlekeh oleh bangsa lain.

Saturday, March 14, 2009

Ramalanku Benar Belaka

Ismai Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Sumber: Malaysiakini

Garamanis: Jangkaan GM sebelum ini bahawa Ismail Saffian akan menjadi calon di Bukit Gantang menjadi kenyataan. Beliau seorang Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang adalah calon yang paling layak untuk memimpin Parlimen Bukit Gantang. Ini kerana ketokohan Ismail Saffian memang telah diketahui oleh penduduk Bukit Gantang dan yang paling penting seteru UMNO di situ turut mengagumi beliau.

Sebagai contoh, tanyalah penduduk Kg. Changkat Ibol, kubu kuat PAS bagaimana peranan Ismail Saffian disitu telah membawa ramai penyokong tegar PAS mengisi borang UMNO seterusnya melafazkan sokongan terhadap UMNO. Jika dahulu jangan harap bendera BN mampu berkibar di kg itu tetapi peranan beliau tidak boleh dipandang ringan oleh PAS dan regu yang lain. Sehinggakan ada ura-ura penyokong PAS di Bukit Gantang melahirkan sokongan jika beliau ditabalkan UMNO untuk menwakili penduduk disitu.

Kepada penduduk Bukit Gantang, memperkenalkan calon anda yang ditunggu-tunggu dan mampu menyuarakan masalah anda untuk kebaikan dan kemuafakatan yang akan dibawanya.

Kepada UMNO, lupakan sengketa jalankan tugas yang berat untuk meraih kembali sokongan yang telah hilang setelah Tag Team Pakatan Keparat bersungguh-sungguh melancarkan perang saraf akan keburukan yang bakal dibawa BN.

Selamat Berpilihanraya dan rakyat Bukit Gantang pilih calon yang berkebolehan serta berkaliber bukan bersandar kepada populariti yang boleh dibeli dimana-mana.

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena

Kedengaran kini heboh diberitakan di Perak, Video Anwar Ibrahim Munafikun sedang 'bersama' Saiful dipertontonkan dari satu cd player ke satu cd player. Adakah ini benar2 ada.?, jikalau ada mungkin ini yang mengerunkan Anwar Ibrahim Munafikun sedang ke'gelabah'an kerana itu adalah bukti nyata yang pasti melondehkan perliku jijik beliau dan paling utama Kak Wan pasti cukup2 kecewa.

Dalam menjalani hubungan suami isteri, pasangan itu lebih mengetahui selera dan 'level of appetite' pasanganya walaupun perkara itu cuba disorok seberapa dalam yang boleh. Anwar Ibrahim Munafikun tidak hairanlah jika 3 hari lepas beliau berjumpa Sheik Al-Majmud untuk mempergunakan segala ilmu kesesatan yang dimiliki oleh Sheik untuk menundukkan Pak Lah yang telah sedia ditundukkan.

Jangan lupa Pusat kesesatan di Hulu Langat itu telah dirasmikan oleh Anwar Ibrahim Munafikun 15 tahun dahulu sewaktu beliau di dalam kabinet dan pasti ada hubungan yang istimewa antara kedua-duanya.Anwar Ibrahim Munafikun akan menggunakan saki baki nafas Pak Lah di dalam kebinet seberapa yang boleh cuba untuk men'delet'kan sejarah kotor yang dimilikinya.

Najib oh najib, inilah manusia yang paling digeruni Anwar Ibrahim Munafikun di samping gandingannya bersama Muhyiddin Yassin yang diketahui track recordnya amat cemerlang sepanjang karier politiknya. Anwar Ibrahim Munafikun ketika ini telah berjaya mencipta persepsi yang sangat buruk terhadap bakal PM itu dan ini masih belum mencukupi baginya selagi saki baki nafasnya masih berada di dalam Putrajaya.

Anwar oh Anwar, ramai yang berfikir anda mungkin berubah setelah ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh Sg. Buloh selama 6 tahun untuk ditarbiyahkan oleh kerajaan tetapi silap anda menjadi semakin rakus dan sedikit pun tidak timbul keinsafan dalam diri anda. Disitu juga, Anwar Ibrahim Munafikun masih memasang rangkaian untuk kepuasan diri sendiri.

Sesuatu yang ditunggu oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan pada Julai ini untuk melihat Anwar Ibrahim Munafikun dibogelkan seaib-aibnya. Pakcik, makcik, ayahlong dan sekalian penduduk Permatang Pauh akan menangis kecewa dan malu kerana telah memberi undi kepadanya setelah habis dikencing dengan songkok dan tasbih dijari kotornya.

Wednesday, March 11, 2009

Dah Terang Lagi Bersuluh

Tarikat Ismailiah telah difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Sslam Negeri Kedah pada tahun 1980 dan kehadiran Pak Lah bersama-sama Anwar Ibrahim Munafikun di majlis tersebut banyak menimbulkan persoalan. Selain daripada itu, notis fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Selangor turut dipamerkan di Galeri Nurul Iman yang turut dilawati oleh Pak Lah.

Kini timbul persoalan besar kerana sepanjang majlis berlangsung Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun telah mengadakan pertemuan tertutup bersama Syeikh Mahmud al Majzub yang menjadi pengantara diantara kedua-dua pihak. Sejam kemudian kedua-dua pemimpin itu dilihat begitu mesra ibarat tiada apa-apa persengketaan antara keduanya.


Jikalau pun Pak Lah hadir diatas jemputan rasmi tetapi dari segi protokolnya terdapat kecacatan sepanjang majlis itu berlangsung. Selain itu turut juga yang hadir adalah Sami Diraja Thailand, Phra Promwachirayan..!. Selain Shamsul Iskandar turut sama hadir adalah Mustafar Kamil Ayob dan Bhokin Bhakula, mantan Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Thailand.

Ini menguatkan desas-desus Anwar Ibrahim Munafikun sangup menggunakan teknik halus untuk menundukkan musuhnya dan menrencanakan segala perancangan jahatnya. Apa tujuan Anwar Ibrahim Munafikun hadir bersama-sama Sami Siam sangat menarik untuk dipersoalkan jikalau pun majlis itu adalah majlis penutupan latihan kerohanian.

Kini, spekulasi bertiup bahawa Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun punyai perancangan jahat tanpa disedari Pak Lah ataupun Pak Lah menyedari akan rancangan itu. Adakah Anwar Ibrahim Munafikun telah mengawal secara halus Pak Lah.? Ini kerana Anwar Ibrahim Munafikun tidak akan berputus asa untuk menumpaskan musuh-musuhnya selagi cita-citanya untuk menjadi PM tidak kesampaian.

Walhal tempoh 2 minggu ini sangat genting menjelang peralihan kuasa UMNO dan pertuduhan liwatnya mula berkumandang. Setelah riuh spekulasi Anwar Ibrahim Munafikun sanggup menggunakan teknik halus keatas Saiful Bukhari, kini spekulasi itu diperkukuhkan dengan pertemuan sulit ini.

Apa yang menarik kehadiran Pak Lah seolah-olah merahsiakan pergerakannya hari itu untuk mengelakkan dari dikesan oleh pasukan keselamatan yang ditugaskan melindunginya. Pasti Pak Lah dan Anwar Ibrahim Munafikun telah merancang pertemuan ini. Tidak hairanlah jika Malaysiakini sanggup memberi ruang kepada menantu kesayangannya untuk mempromosi diri menjelang 24 Mac 09 ini.

Sunday, March 08, 2009

SI Bodoh Nizar

Sungguh tak malu Nizar si pemabuk kuasa dengan selamba nak jumpa Tuanku Sultan bagi memohon perkenan sultan berhubung 3 usul pada sidang DUN pokok beringin tempoh hari. Klik.

Nizar ibarat kata orang-orang tua, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Setelah memohon derhaka kemudian lagak macam diktator kini si pemabuk kuasa mahu berjumpa Tuanku Sultan. Tidak terfikirkah Nizar semasa mengarahkan Siva Bebal mengadakan Sidang DUN tanpa perlu merujuk kepada Tuanku Sultan seolah-olah beliau tak perlu perkenan Sultan. Siapa Sultan yang nak pertikai kuasa Siva Bebal, Speaker DUN lebih kuasa sebab speaker DUN brand Marshal mungkin itu yang terfikir oleh Nizar.

Pasti lepas ini Tuanku Sultan akan menerima kunjungan Nizar dan pemain tali puppet serta disambut dengan secawan kopi janda sebagai penyejuk badan tetapi jangan harap Tuanku Sultan akan menerima segala usul cap ayam setelah Nizar membuat onar di negeri tuanku.

Sesungguhnya inilah dikatakan penderhaka yang paling bodoh dan akan mengulangi sejarah melayu seperti cerita jebat derhaka yang akhirnya tewas akibat kebodohannya sendiri atau Nizar akan tewas sepertimana Hitler, Pemimpin Agung Nazi yang membunuh diri setelah gagal menjadi pemimpin yang sejati.

Wednesday, March 04, 2009

Pojie Moron

Semakin dekat DS Najib akan ditabalkan sebagai manusia paling berkuasa di Malaysia, semakin banyak duri dan rintangan yang perlu beliau tempuhi. Kerakusan puak-puak keparat yang melancarkan nuklear fitnah akhir zaman terus memeningkan kepalanya.

Seperti yang pernah dilafazkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun untuk memastikan DS Najib tidak akan menjadi PM ke 6. Ini mencerminkan niat busuk mereka-mereka yang berselindung di sebalik tembok demokrasi kononnya DS Najib manusia paling tidak beretika dengan pelbagai skandal yang dicipta oleh musuh-musuh politiknya.

Si Moron dari Ipoh Barat, Fauzi Muda berani mencabar pihak Polis untuk mendakwanya supaya Dajal Pakatan Keparat akan melondehkan DS Najib dengan bukti-bukti rakaman. Kononnya. Si Moron nie telah diambil keterangan Polis Ipoh dan terbukti si bahlol ini merapu dalam statementnya. Itu hanyalah fitnah yang direka-reka untuk mengertak DS Najib. Inilah manusia yang bertopengkan syaitan dan berjubahkan demokrasi kononnya beliau tidak termakan dengan sogokan RM50 Juta. Pegiirraahhh...

Paling-paling DS Najib perlu membawa si bahlol nie ke mahkamah dan membuktikan tuduhan biolnya adalah palsu dan dusta. Si Moron Pojie hanya menjalankan arahan bosnya, Dajal Nuar untuk menakut-nakutkan DS Najib seterusnya menwujudkan krisis kepercayaan menjelang 24 Mac 09.

Tuesday, March 03, 2009

Zam Zam Ala Kazam

Dah kronik tahap dewa ke-10 orang-orang Pakatan Keparat nie. Bersidang bawah pokok. GM rasa mungkin puak-puak nie nak merasai set filem Laksamana Do Re Mi macam mana Kerajaan Pasir Berdengung dilanda garuda..hua..hua..hua..Mungkin lepas nie Pakatan Keparat kalau bertanding next election pakai lambang pokok untuk bendera diorang..Apa yang pasti Pakatan Keparat adalah golongan aktivis kecintaan kepada pokok.hua..hua..hua..

Tunggula wahai Pakatan Keparat kalau2 ada manusia nak tolong tangkap sama itu Laksamana Pasola..hua..hua..hua..zam zam ala kazam..Hidup Pokok.

Kehuru Haraan PAS 2

Kelmarin GM di Parlimen saja nak lawat tengok karenah Ahli Parlimen bersidang. Bukan apa nak dapat gambaran bagaimana Ahli Parlimen bertekak. Selalu tengok dalam TV jek.

Sedang GM bersantai dengan beberapa reporter kat situ, GM ditegur oleh seorang lelaki bertanyakan jika ada press conference (PC) akan diadakan. Tapi GM mengaku bukan reporter dan disitu GM mulakan perbualan. Lelaki itu datang bersama-sama seorang AP dari Kedah. Pegawai Khas katanya. Wah..nie dah kira bagus boleh dapat cerita panas.

Dalam kerancakkan bersembang, GM bertanyakan berkenaan muktamar PAS yang akan datang. Oleh kerana beliau merupakan salah seorang AJK PAS negeri dan sangat menyanjung Tok Guru Nik Aziz jadi banyak cerita kami berkisar berkenaan kepimpinan PAS hari ini.

Dari perbualan itu GM bawa ke Kafe dan belanja makan, biasala modal kena keluar dulu. AJK PAS tersebut mengakui PAS hari berkocak dan berpuak-puak. GM bagi pendapat bahawa wujud perbezaan yang sangat ketara semasa kepimpinan arwah Dato' Fadzil Noor dan Dato' Hadi Awang. Saja test market. GM memberi beberapa sebab dan AJK itu mengakui kebenaran yang GM sebutkan.

Paling ditunggu-tunggu GM apabila AJK itu menempelak segelintir pemimpin PAS yang mempergunakan Nik Aziz bagi menzahirkan kepentingan masing-masing. Beliau secara jujur menyifatkan PAS perlu membuang pengaruh Anwar Ibrahim Munafikun dan DAP jika mahu terus berjuang mengikut landasannya. Inilah punca wujudnya puak-puak dan pecah belah PAS.

Secara relatifnya, beliau sendiri kecewa apa yang telah berlaku pada PAS hari ini. Berbalik kepada perbualan yang berkisarkan muktamar akan datang. Beliau sendiri takut apa yang akan berlaku jika kumpulan yang digelar ERDOGAN akan menguasai herarki tertinggi PAS. PAS akan rosak dan hudud akan tinggal sejarah dan nama.

Menurutnya, terdapat khabar angin yang mengatakan balaci-balaci Anwar akan melanggar Hadi Awang untuk konker PAS. Sebab tu Husam Musa gunakan Nik Aziz keluarkan statement semalam Percaya. Selain itu semasa retreat PAS di Kedah beberapa bulan lepas berlaku pergesaran antara orang kuat PAS Kedah bertaraf MB (Ulama) dengan team Moderate PAS. Alasannya Ulama kolot dan perlu dijauhkan dari PAS.

AJK itu mendakwa banyak suara-suara grassroot khususnya di Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu mahukan Presiden memikirkan kerjasama jahanam antara PKR dan DAP. Mereka tidak menyenangi tindak tanduk kelompok ini yang lebih menyanjungi Anwar Ibrahim Munafikun daripada perjuangan yang kian terpesong.

Sempat jugalah berbatang rokok habis GM sedut mendengar kegeraman yang terbuku dalam hati AJK itu mengenang nasib PAS dan kesilapan demi kesilapan yang telah dibuat oleh PAS dan ke'nyanyok'an Nik Aziz yang menyesatkan PAS ketika ini.

Dan ketika itu telefonnya berdering, Bos panggil katanya. Bagi mengakhiri perbualan itu sempat GM senyum dengan sinis "Anwar Ibrahim punca kerosakan PAS"

Sunday, March 01, 2009

Aparteid, DAP dan Yahudi

Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.

Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.

Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan. Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.

Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia.

Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin. Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, February 26, 2009

Ketua Pemuda UMNO mungkinkah milik DS Khir Toyo?

Desakan dan suara akar umbi memungkinkan DS Khir Toyo bakal mendapat sokongan padu Pemuda UMNO untuk ditabalkan sebagai Ketua UMNO sekali gus menafikan impian Khairy Jamaluddin dan Dato Mukhriz.

Jika diukur daripada sambutan Pemuda semasa program Hujah di TV9 tempoh hari, jelas menunjukkan DS Khir Toyo tidak perlu menjual diri untuk menonjolkan dirinya kepada khalayak Pemuda UMNO. Adakah ini satu strategi atau benar DS Khir Toyo dinantikan semasa program itu.

Bagaimanapun, populariti yang di terima DS Khir Toyo adakah sokongan original atau sekadar kosmetik bagi menunjukkan kepada 2 lawannya bahawa beliau masih diterima atau relevan untuk menjadi pemimpin sayap UMNO itu. Selain untuk menunjukkan kepada ahli UMNO seluruh negara beliau adalah calon yang terbaik.

Jika dahulu Khairy Jamaluddin berjaya memaksa PAS melutut ke kaki DAP berhubung isu Hudud namun kali ini beliau ternyata gagal menyaingi kehebatan DS Khir Toyo dalam mematahkan hujah-hujahnya.

Harus diingat moderator adalah pelajar junior DS Khir Toyo semasa di universiti dahulu. Tidak perlulah di ulas apa yang Khairy Jamaluddin terima takkala beliau longlai akibat pukulan hujah dan soalan moderator kerana takut penulis dilihat prejudis dan emosional.

Dato' Mukhriz, beliau ternyata gagal menyaingi kepetahan kedua-dua calon tersebut bagaimanapun hujahnya yang konsisten dan padat boleh dijadikan kayu pengukur untuk ahli UMNO memilih ketua yang berkaliber. Masih jauh perjalanan beliau untuk memimpin sayap organisasi politik terbesar orang Melayu kerana beliau masih lagi belum teruji dengan suasana dalam atmosfera politik Malaysia yang sebenar.

Wednesday, February 25, 2009

ULAPAYAH

GM menantikan reaksi dan komen Ularmak PAS Yang Hebat (ULAPAYAH) berhubung isu penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama (MPAA). Reaksi ULAPAYAH sangat-sangat dinantikan bagi menyatakan pendirian mereka. Ini kerana penubuhan MPAA telah mendapat sokongan dari Parti Angkut Semua (PAS) dan presidennya pernah menyatakan sokongan terhadap penubuhan itu.

Harus di ingat segala reaksi ULAPAYAH diharap dapat meredakan sedikit tekanan terhadap PAS dan perjuangan Negara Islam yang dijajakan oleh PAS. Ya..PAS for ALL kena sangatlah pada temponya. Semua boleh menderhaka, berbogel, melompat ke sana dan bermacam-macam lagi taktik dak teknik yang digunapakai oleh PAS untuk 'menghalalkan' teknik itu.

Dalam pada itu otak rasmi PAS, Harakah menyiarkan kebodohan dan kurang ilmu pendukung-pendukung PAS apabila menggambarkan SPR itu tidak layak untuk mengosongkan 2 kerusi DUN di Perak. Beginilah manusia bila dah terlampau cerdik kadang-kadang mereka menjadi manusia yang bodoh dan jahil terhadap undang-undang.

YB-YB PAS belajarlah undang-undang. jika kalau anda membeli rumah dan segala terma dan syarat telah anda persetujui kemudian dengan senang hati anda menurunkan tandatangan. Maka anda telah menerima perjanjian itu dengan senang hati. 3 minggu kemudian pihak bank call dan menyatakan terdapat perubahan pada surat perjanjian itu maksudnya ada pihak ketiga telah mengubah maka perjanjian itu dikira terbatal.SPR dah kaji semua itu.

Begitulah yang berlaku hari ini, PAS hanya pandai menyalahkan pihak lain jika tidak kena pada seleranya. Belajarlah untuk menerima dan pasti orang lain akan memberi selebihnya. GM menantikan pendirian PAS berhubung isu di Pulau Pinang dan paling dinantikan PAS membuang terus Anwar Ibrahim Munafikun dari hidup mereka kerana inilah punca kepada ke'NYANYOK'an PAS dewasa ini.

Kepada kelompok ULAPAYAH PAS muktamar ini pasti banyak kejutan yang akan dihadapi kerana kelompok 'SEKULAR dan MODERATE' dijangka akan melanggar pemimpin-pemimpin tersohor PAS. Renungkan apa yang berlaku di Kedah dan kelompok '30' pada 2 bulan lepas.

Tuesday, February 17, 2009

Veto

Individu yang menaja V.Arumugam pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, menafikan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu disebabkan oleh ugutan pihak tertentu khususnya Barisan Nasional (BN).

Zamil Ibrahim yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah mendakwa, Arumugam tidak pernah ditawarkan sebarang imbuhan sekiranya bersetuju untuk meletak jawatan, sebaliknya beliau berbuat demikian atas sebab lain.

“Selepas sebulan menjadi Exco, Arumugam mengadu tidak selesa serta ’dianak tirikan’ kerajaan negeri, jadi saya nasihatkan dia supaya keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan sebab itulah dia letak jawatan.

“Dia (Arumugam) menceritakan semua masalah kepada saya kerana saya bertanggungjawab membiayai sepenuhnya perbelanjaan beliau dari segi deposit calon, kos berkempen serta menyediakan borang pencalonan pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - Bernama

Garamanis - Kali ini apa alasan Pakatan Keparat setelah Zamil Ibrahim menafikan bahawa BN mengugut Arumugan untuk meletakkan jawatan. Desas-desus mangatakan bahawa Pakatan Keparat Maha Hebat Kedah sedang bergelora kerana terdapat sekurang-kurangnya 5 ADUN mereka kecewa dengan Datuk Seri Azizan dalam mentadbir negeri. Harus diingat PAS menguasai Kedah dan kebanyakan exconya adalah dalam kalangan orang Islam. Disini timbul ketidakpuashati 5 ADUN tersebut apabila exco-exco PAS ini lebih banyak mengatur perjalanan negeri Kedah daripada mengambil pandangan 5 ADUN tersebut.

Cuba fikirkan apabila 'ulama-ulama PAS' ini bertindak mengenetepikan segala pandangan 5 ADUN tersebut. Bagaimana perasaan ADUN bukan Islam dan ADUN dari PKR.?Mungkin Datuk Seri Azizan akan menggunakan kuasa VETOnya seperti mana berlaku di Perak.?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

Taktik Kotor Anwar Ibrahim Munafikun



SAH..MS. Eli meletakkan jawatan sebagai ADUN dan Exco kerajaan Khalid Gagap. Tercapai cita-cita Dato' Seri Khir Toyo untuk diadakan satu lagi pilihanraya kecil bagi membuktikan beliau masih lagi relevan dalam kalangan UMNO khususnya UMNO Selangor.Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara yang paling kerap melaksanakan pilihanraya dan menyusahkan rakyatnya untuk memilih wakil mereka yang benar-benar berkaliber.

Kini timbul persoalan, siapa dalang disebalik penyebaran gambar pornografi versi wakil rakyat ini. Cakap-cakap mengatakan dalang disebalik adalah datang dari seorang pemuda Melayu yang mengenali rapat Ms. Eli. Ini dah dikira hendak mencetuskan sentimen perkauman. Mengapa mesti perkataan Melayu yang timbul.?

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut politik...adakah Ms. Eli menjadi 'kambing hitam' kumpulan strategis Anwar Ibrahim Munafikun yang terpaksa dikorbankan untuk mengalih perhatian rakyat dari memperkatakan isu derhaka, Karpal Singh serta kegagalan Anwar Ibrahim Munafikun di Perak.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim Munafikun bakal terlepas jawatan PM ke-6 menjelang pemilihan UMNO apabila Datuk' Seri Najib akan dinobatkan sebagai Presiden UMNO seterusnya memiliki kerusi PM yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun.

Disinilah permainan kotor Anwar Ibrahim Munafikun. Seseorang harus dikorbankan untuk mencapai cita-cita kotornya. Beliau mengetahui Ms. Eli seorang Andartu (masih dara ker) yang keseorangan akibat putus cinta. Tujuannya satu alasan diperlukan untuk mencetuskan isu moraliti dan menyebabkan rakyat marah.

Seperti Filem Tamil Bukit Selambau yang siap dibikin, belum diputuskan apa-apa keputusan dan penyelesaian BN telah dituduh sebagai Produksinya dan Datuk' Seri Najib sebagai Pengarahnya kononnya BN menyogok dan ADUN berkenaan tidak tahan dengan ugutan BN. Pakatan Keparat Maha Hebat memang hebat mencipta skrip-skirp yang evergreen.

Tujuan Anwar Ibrahim Munafikun di Bukit Lanjan adalah supaya satu pilihanraya kecil diadakan untuk memalukan Datuk' Seri Najib dan BN. Beliau yakin kedua-dua bukit itu bakal ditakluk oleh Pakatan Keparat Maha Hebat dan Bukit Lanjan destinasi terakhir sebelum Datuk' Seri Najib merasai nikmat sebagai PM ke-6.Beliau mahu memalukan bakal PM ke-6 dan menampakkan BN adalah gabungan yang tidak relevan lagi dan membolehkannya memperkudakan PAS dan DAP semahu-mahunya menjelang PRU ke-13.

Anwar Ibrahim Munafikun sendiri akan mendapat 'political mileage' dan mahu rakyat meludah BN kerana mengamalkan politik cara kotor walhal pemimpin-pemimpin Pakatan Keparat Maha Hebat adalah dalang disebalik konflik ini. Beliau akan tampil sebagai Hero tamil No.1 pada kempen pilihanraya di ketiga-tiga bukit dan seperti biasa Najib Mongolia akan selalu dilaung-laungkannya. Tunggu dan Lihat lenggok Anwar Ibrahim Munafikun.

Sunday, February 15, 2009

Apa Akan Jadi Jika....Katanya

Apa akan jadi jika...
BN/UMO tewas di Bukit Selambau (BS) dan Bukit Gantang (BG). Penyokong pembangkang bersorak, pemimpin apatah lagi kurang ajar nampaknya mendabik dada.
Kononnya ada pertolongan dari langit.
Kononnya rakyat menolak habis BN/UMNO
Paling hebat sekali Pakatan Keparat akan cakap SPR telus telah menjalankan tugas dengan adil dan berhemah, tiada pengundi hantu dan BN/UMNO akan berkubur pada PRU ke 13 nanti. Seperti mana di Permatang Pauh (PP) dan Kuala Terengganu (KT), Anwar Ibrahim Munafikun semakin kembangla punggok hang macam burung merak. Pencacai-pencacai Anwar Ibrahim Munafikun makin galak menjilat kangkangan anda.!

Apa akan jadi jika...
Bab ini paling tak best...
Macam biasa BN/UMNO dituduh kononnya membeli pengundi dengan pelbagai peruntukkan.Rasuah Pilihanraya katanya...
BN/UMNO akan disepak bertubi-tubi kononnya membawa pengundi hantu dari kawasan sekitar..Paling berkelayakan dilabel pengundi hantu adalah Polis ataupun SB katanya...
Macam biasa alasan yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, SPR tidak telus dan gagal dalam menjalankan tugas dengan adil..katanya..
Apakah lupa pejilat-penjilat Anwar Ibrahim Munafikun kemenangan di PP dan KT itu adalah kerana rakyat mahukan demokrasi yang adil katanya..tetapi..jika di BS dan BG anda tewas inilah adalah alasan yangterbaik..katanya..ini juga dinamakan demokrasi.
Tetapi depa ini terlupa Anwar Ibrahim Munafikun seorang yang maksum, tidak boleh ditegur dan seorang yang maha hebat cap ayam dan jika BS dan BG kembali kepada BN/UMNO, SPR, Polis dan Kerajaan akan diludah habis-habisan oleh penjilat-penjilat peliwat maha munafik itu...

Apa Akan Jadi Jika...Katanya
BN/UMNO tewas, hamPAS dan No.1 Nyanyok Kelantan akan cakap, ini adalah bukti rakyat menolak BN/UMNO dan menyeru rakyat menolak Kerajaan KAFIR dan HARAM katanya...
Sokongan terhadap peliwat maha munafik semakin galak, DAP akan di'anakemas'kan kerana DAP lebih memahami Islam dari UMNO..katanya..
Itulah No.1 Nyanyok Kelantan...yang tidak ada pendirian, tidak relevan dan bakal disingkirkan dalam Muktamar hamPAS akan datang...

Apa Akan Jadi Jika...Katanya
BN/UMNO menang di BS dan BG...No.1 Nyanyok Kelantan akan kutuk BN/UMNO kerana membeli undi, kemenangan itu diisytiharkan HARAM dan rakyat yang menyokong BN/UMNO jangan harap dapat bau syurga..katanya
Beliau sahaja yang layak nak semak nama-nama ahli syurga..katanya
Siapa cakap tak relevan berani demo ghoyak kat ambo gitu..katanya
SPR difatwakan haram kerana menyokong kerajaan HARAM..katanya


Inilah senario yang akan berlaku jika sesuatu perkara tidak memihak kepada Pakatan Keparat yang tiada bezanya dengan kerajaan campuran Israel..saling curiga mencurigai antara satu sama lain....

Friday, February 13, 2009

Transformasi Minda Kebusukan

Atmosfera politik Malaysia mengalami suhu yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.Isu lompat parti, Derhaka, Fitnah dan Rasuah Politik menjadi cerita yang menarik untuk ditontoni.

Bermula dengan langkah Anwar Ibrahim Munafikun menjerit rancangannya untuk menubuhkan 'kerajaan 16 Sept' melalui pintu belakang tidak menjadi kenyataan. Anwar Ibrahim Munafikun bijak mengatur strategik licik untuk memporak porandakan BN dengan cerita-cerita fantasi dan tahyulistik yang tak sudah-sudah sehinggakan 'menghambat' BN sampai ke Taiwan.

Alih-alih bila tiba masanya, satu Malaysia telah berjaya dibohonginya. Alangkah menyedihkan apabila parti yang mengaku membawa syiar Islam PAS habis tipunya hidup-hidup.

PAS yang menyedari perilaku jijik Anwar Ibrahim Munafikun menyifatkan lebih baik bersekongkol dengan peliwat itu daripada bermuzakarah bersama UMNO.Astaghfirullah...benar-benar petanda dunia menujut semakin dekat dengan kita.!

Sementahlah kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu semacam memberi rahmat kepada Anwar Ibrahim Munafikun menjerit bahawa masa semakin hampir untuk BN 'ditalkinkan' dengan sokongan padu rakyat berikutan kemenangan di dua [2] pilihan raya kecil lalu.

Tambahan pula kemasukan Dato'Nasaruddin Hashim, ADUN Bota kedalam PKR untuk membentuk gabungan yang kuat di Perak telah memberi petanda kepada Anwar Ibrahim Munafikun untuk mencapai cita-cita fantasinya.

Tetapi Anwar Ibrahim Munafikun lupa, sebijak-bijak beliau terserlah kebodohan yang nyata. Beliau terlupa akan langkah sumbangnya dan membaca gerak geri BN dalam memberi ADUN Bota itu kedalam PKR di Perak. UMNO memberi satu tetapi dengan kebijaksanaan Najib, BN memperoleh tiga [3] ADUN sekali gus.! Anwar Ibrahim Munafikun kena tipu..

Seperti mahu mencuci tangan, Anwar Ibrahim Munafikun tahu akan kesukaan orang-orang Melayu. Beliau tahu orang Melayu memang gemar cerita-cerita fitnah. Dihantarnya Si Bahlol dari Ipoh Barat iaitu Fauzi 'Bahlol' Muda.

Wujudkan satu cerita fitnah dan ditambah dengan akuan bersumpah cap ayam maka bergegarlah suhu politik seketika dengan BN cuba menyogok beliau RM 50 Juta supaya ditariknya ADUN PKR untuk berpaling tadah.

Setelah berjaya, Anwar Ibrahim Munafikun membakar semangat rakyat Perak untuk menentang Tuanku Sultan kononnya Tuanku Sultan tidak layak untuk menentukan siapa yang berhak berkuasa di bumi Perak. Laungan 'Hidup Rakyat' menjadi keramat dengan tiba-tiba.

Seperti telah dirancang, Tuanku Sultan dihina dan bermulalah episod malang bagi institusi Raja di Malaysia yang dijanakan oleh Anwar Ibrahim Keparat Munafikun.

Lupakan seketika tindak tanduk PAS mereka sudah jauh benar terpesong dari asas perjuangannya. Agama mana yang mengajar untuk menghina, mencela dan memberontak melawan pemerintah yang adil.?

Disinilah kelemahan paling jelas orang Melayu amnya di Perak. Mereka tidak mengetahui dan memahami perlembangaan negeri sendiri. Buku perlu dibuka, penerangan yang jelas perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya. Kemungkinan mereka sudah alpa dengan pemikiran yang taksub kepada pemimpin hingga tidak dapat membezakan kebenaran atau kebatilan.

Apa yang berlaku di Perak memerlukan ketekunan pemerintah dalam memberi penjelasan berhubung hal ehwal perlembangaan negeri. Kepada parti pembangkang, belajarlah untuk bersabar dan terimalah kenyataan anda telah kehilangan kuasa akibat bersekongkol dengan peliwat maha munafik itu.

Selepas ini apa yang nyata kelibat sumbang Anwar Ibrahim Munafikun akan dilondeh seaib-aibnya bila tiba masanya dan buku-buku sejarah pasti tidak akan mencatatkan namanya sebagai manusia yang terbilang tetapi sebagai manusia yang SUPER TEMBERANG.

Thursday, February 05, 2009

Perak:PAS Sedang Sujud Syukur


Baru sebentar tadi Sultan AZLAN SHAH menitah SELEMBUZAR perlu meletakkan jawatan sekali gus memberi laluan kepada BN mempersiapkan barisan kepimpinannya dalam membawa PERAK ke era pemerintahan yang lebih adil dan teratur.

SELEMBUZAR perlu menerima hakikat bahawa kereta Camry yang diidamkannya akan dilelong tidak lama lagi..belum sempat first servis BN terpaksa menanggung kos servis 16 buah Camry..!Inilah dinamakan merakyatkan ekonomi acuan Anwar Ibrahim Munafikun, siapa yang akan pandu Camry tersebut selepas ini.?membazir sungguh..

Para cendiakawan PAS, situasi PERAK adalah musibah akibat kegopohan, keangkuhan dan tipu muslihat yang tidak disedari oleh rakyat Perak terutamanya penyokong tegar PAS. Adakah PAS menangisi kehilangan kerusi MB Perak ke tangan BN atau PAS sendiri sebenarnya merestui rempuhan BN setelah menyedari kelemahan PAS dalam mentadbir akibat diikat kiri dan kanan.

Umum mengetahui PAS adalah boneka di Perak disebabkan Sultan menitahkan calon Menteri Besar harus seorang Melayu dan yang paling penting beliau seorang Islam..Inilah kehendak Tuanku.! tetapi PKR gagal mengusulkan calonnya yang berkaliber walaupun dulu ADUN Behrang (Bebas) antara nama-nama yang disebut menjadi boneka di Perak.

Memadangkan Sultan menitahkan wakil PAS menjadi MB disitulah bermulanya kepincangan politik Perak..Jika DAP itu punyai ADUN Melayu dan Islam sudah pasti DAP yang paling berkuasa di Perak. Tetapi Allah maha mengetahui segala tindak tanduk PR mula menampakkan keretakkan.

Gagalnya PR di Perak sebenarnya memberi kekalahan dari segi moral kepada PAS dalam mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam setelah dicabul dengan rakus oleh Anwar Ibrahim Munafikun.PAS menyedari dengan mengambil tindakan luar biasa ini, PAS tidak perlu lagi menjadi boneka kepada PR kerana telah diketahui Anwar Ibrahim Munafikun lebih condong mengembirakan rakan komunisnya.

PAS sebenarnya tidak rugi apa-apa atas kehilangan ini kerana inilah masanya PAS mengkaji semula peranannya dalam PR terutamanya di Selangor. Dimana Anwar Ibrahim Munafikun dan kumpulan Erdogannya disaat PAS Perak cuba menepis segala serangan BN. Tidak seperti ketika Anwar Ibrahim Munafikun melaungkan pembohongan paling besar dalam sejarah negara 'menubuhkan kerajaan 16 Sept'.Disinilah dapat dinilai semangat setiakawan rakan-rakan ketika susah dan senang.

Jika dilihat permulaan kepada keruntuhan PR di Perak..jarang benar mendengar jeritan Anwar Ibrahim Munafikun dan Kumpulan Erdogannya dalam menghadapi serangan BN...kerana apa.? Anwar Ibarahim Munafikun sebenarnya telah terperangkap dalam permainan ini dan Datuk Seri Najib telah men'checkmate'kan langkah Anwar Ibrahim Munafikun awal-wal lagi..

Dan harga yang paling besar harus dibayar PAS dengan kehilangan kerusi MB..Anwar Ibrahim Munafikun menyedari kesilapannya dan disebabkan itu beliau bertindak mendiamkan diri membiarkan SELEMBUZAR terkontang-kanting menepis asakan BN..Secara tidak langsung Anwar Ibrahim Munafikun sendiri yang membunuh PR dari belakang. Paling merasa kesannya adalah PAS.

PAS yang terkena taiknya dan PAS jugalah diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun dan Kumpulan Erdogan. Sudah pasti menjelang Muktamar PAS yang dijangka 3 Jun 2009..PAS harus mengusulkan kepada perwakilan untuk keluar dari Pakatan Keparat.! Selepas ini perkara ini akan menjadi topik utama perbincangan meja-meja bulat dan warung-warung kopi seluruh negara.

Kepada PAS Kedah tadbirlah negeri mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Dato' Seri Azizan pasti selalu curiga mencurigai dalam kalangan exconya kesan dari musibah di Perak. PR Kedah juga dalam keadaan berjaga-jaga kaler merah kerana terdapat ura-ura beberapa ahli exconya akan mengikuti jejak langkah rakan-rakan di Perak untuk berpaling tadah. Dengar khabarnya timbul ketidakpuasan dalam kalangan exco dengan MB kerana wujudnya sindrom-sindrom pilih kaler dalam PR Kedah.

Untuk PAS Kedah jangan diikuti kesilapan menjurus tragedi 4 Feb 2009 di Perak..Ketahuilah siapa lawan dan siapa kawan....

Tuesday, February 03, 2009

Berfikirlah Sejenak Wahai Ahli Politik


Belum apa-apa lagi GPK dah sound sama SPR..kasi tempoh 48 jam bikin semak surat 2 bahlol yang nak meloncat..oink..oink..

Inilah sikap dan tabiat 'bakal pemimpin Malaysia' yang mengelarkan diri mereka pejuang rakyat dan demokrasi HHAATTTUUIIHHHH....yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim Munafikun..Mengapa mesti membantah..?, mengapa mesti mengelabah..?mengapa mesti bersikap 'kePARITan'..berfikirlah secara matang, bertindaklah secara profesional, dan beretika..

Makin terbukalah sikap sebenar GPK yang memaksa ADUN-ADUN bahlol mereka menandatangani surat bangang kerana sindrom takut dengan bayang-banyang sendiri..adakah ini pejuang demokrasi HHAATTTUUIIHHH sebenar.? bertindak secara beretika.?

Bila tengok TV reaksi Bang Nasha second man PAS yang membidas SPR tidak berhak mempertikaikan surat bangang tuh rasa-rasa logik ker kenyataan seorang pemimpin yang dipilih rakyat yang memberi kenyataan bahlol...lepas tuh kenyataan orang kuat DAP Perak pun sama juga bahlolnya...

Penyokong-penyokong GPK yang dah dibutakan hati oleh wayang drama Anwar Ibrahim berfikirlah sejenak...adakah ini ciri-ciri sebuah kerajaan yang demokrasi HHAATTTUUUIIHHH...adakah ini pemimpin yang kita mahukan.? hanya tahu mencari kesalahan orang lain, tidak beretika, matang (jauh sekali) apatah lagi profesional..!

Kepada bahlol-bahlol GPK ambillah pendekatan pemerintah menerima seadanya ADUNnya yang meloncat oink..oink..yang nak jadi katak, terlingkup,tongang terbalik asalkan dalam PRU akan datang tahulah nasib ADUNnya..buatlah kerja dari sibuk berpolitik longkang. tunaikanlah mandat yang diberi rakyat untuk meraih sokongan ikhlas demi berkerja untuk Allah S.A.W

Wahai ahli-ahli politik sedarlah Anwar Ibrahim Munafikun sedang ketawa melihat atmosfera politik Malaysia berubah-ubah mengikut sesedap hatinya daripada membicarakan kisah aibnya yang bakal ke udara beberapa ketika nanti.

Saturday, January 31, 2009

Kesilapan Tun Dr. Mahathir

Pada mulanya Tun Dr Mahathir telah membimbing seorang individu yang dilihat sangat berpotensi untuk mengambil tempatnya sebagai Perdana Menteri kerana beliau hendak bersara lebih awal ia itu pada tahun 1998. Tetapi individu yang sedang dibimbing itu telah terlibat dengan salah laku yang tidak boleh diterima oleh UMNO dan telah dipecat oleh Majlis Tertinggi Parti dengan keputusan sebulat suara.

Peristiwa itu menyebabkan Tun Dr Mahathir jadi buntu seketika untuk memikirkan siapa pula yang hendak dilantik untuk menggantinya. Diatas desakan Parti supaya segera melantik timbilannya . Tun Dr Mahathir pun buat keputusan melantik Pak Lah yang ketika itu terkenal dengan ‘ Mr Clean’ Dengan rasa penuh yakin pada Pak Lah ,Tun Dr Mahathir pun umumkan
menjadi timbalannya.hasratnya untuk bersara. Tetapi seluruh ahli MT mendesak supaya beliau
batalkan hasrat itu. Walaubagaimana pun beliau teruskan juga hasratnya itu tetapi menangguh tarikhnya hingga selepas persidangan NAM dan OIC di Kuala Lumpur pada bulan September. tahun 2003. Sebaik sahaja selesai Persidangan itu, beliau pun serah jawatannya pada Pak Lah mulai 31 Oktober 2003.

Selepas kira kira 5 tahun Pak Lah menjadi Perdana Menteri telah terbukti yang Pak Lah tidak berkemampuan untuk terus memimpin negara. Pak Lah rupa rupanya saorang pemimpin yang sangat lemah. Kelemahan Pak Lah yang paling ketara sekali ialah apabila beliau didapati sangat mudah dipengaruhi oleh orang orang yang berkepentingan disekelilingnya. Diantara
nya ialah Kalimullah Hasan dan Khairy Jamaludin menantunya sendiri. Kalimullah ini pernah bertugas dengan The Straits Times Singapura.

Mereka dengan mudah dapat menguasai Pak Lah dan menjadi orang kepercayaan Pak Lah serta menjadi penasihat pada Pak Lah. Dengan pengaruh ini, mereka dapat beli BBMB security milik Khazanah dengan harga yang sangat murah. Kemudian ditukar namanya kapada ECM Libra. Khairy pula dapat masukan sahabatnya warga Singapura menjadi Director of Invesment dalam Khazanah Nasional.

Kemudian dasar dan halatuju Khazanah telah ditukar oleh Pak Lah hingga lari dari dasar dan tujuan asalnya. Melalui Director Of Investment warga Singapura ini , beberapa peratus saham syarikat milik Kerajaan talah dijual kapada Temasik Holding Singapura. Semua urusan dibuat oleh ECM Libra untuk mendapat untung komesyen. Sabuah syarikat milik Kerajaan, Avenue Capital Resources Bhd. kemudian digabungkan dengan ECM Libra dan diberi pula Lesen Invertment Bank oleh Menteri Kewangan . Kemudian Avenue Capital ini ditelan pula oleh ECM Libra hingga dapat menguasai Avenue Capital . Kegiatan ECM Libra ini pula sedikit demi sedikit menguruskan penjualan berbagai saham syarikat syarikat diMalaysia kapada Temasik Holding Singapura. Rangkaian Hospital Pantai yang menguruskan FOMEMA kini telah dikuasai oleh Temasik Holding dan penjualannya telah diuruskan oleh ECM Libra.

Entah apa agenda yang sedang dirancang oleh Singapura yang kini mendapat nasihat pakar pakar Yahudi dalam usaha untuk menguasai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dengan kerjasama ECM Libra ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, syarikat SCOMI milik Kamarudin Abdullah anak Pak Lah pula muncul macam hantu lapar bolot berbagai kontrak Kerajaan dengan cara yang sangat mudah.


Sebagai saorang Pemimpin yang telah memimpin Negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir cukup pengalaman untuk menilai kemampuan Pak Lah. Beliau sudah cukup pengalaman untuk melihat kelemahan Pak Lah, Sebagai orang yang berpandangan jauh, beliau sudah cukup pengalaman untuk menghidu kegiatan orang orang yang ada kaitan dengan Singapura itu , dengan mudah pula dapat mempengaruhi Pak Lah hingga menjadi orang kepercayaan Pak Lah.

Kegiatan serta tingkah laku mereka itu terjalin rapat dengan agenda dari Singapura dan boleh membawa ancaman bahaya serta boleh merugikan negara kita . Tun Dr Mahathir kini sedar bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar kapada Negara kerana melantik Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Oleh demikian adalah menjadi tanggung jawabnya pula untuk membetulkan kesilapannya itu. Dalam situasi begini, majoriti ahli ahli UMNO kini telah sedar mengapa Tun Dr Mahathir perlu bertindak demikian. Sebabnya, Pak Lah sebagai saorang pemimpin yang telah diberi penuh kepercayaan telah dengan mudah dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya yang berkepentingan.

Ini menunjukan bahawa Pak Lah adalah saorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibiarkan terus memimpin negara demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara . Jika Pak Lah terus dibiarkan memimpin negara ,maruah dan kedaulatan negara akan terhakis . Malaysia akan berada diambang bahaya.

Pak Lah sudah terlalu jauh dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya. Pak Lah hanya dengar nasihat mereka. Pak Lah menjadi Perdana Menteri tetapi orang orang disekeliling beliau yang memberi nasihat untuk beliau menentukan segala dasar.

Pak Lah sendiri telah tenggelam dalam arus kuasa mereka, dan Pak Lah sudah tidak nampak apa yang terjadi dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Jauh sekali untuk nampak apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi.

Pak Lah sendiri tidak sedar sejauh mana orang orang Singapura telah dapat menguasai Media arus perdana terutama sekali NSTP. Dengan tajamnya pena mereka , dalam akhbar NST, Kalimullah dan Brendan Priera juga sahabat Khairy yang bangsat dari Singapura dengan bebas mengkritik dan menghentam Tun Dr Mahathir bekas pemimpin Negara Malaysia, mengkritik dan menghentam dasar Tun Dr Mahathir termasuk menghentam dan mengkeritik DEB yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini .Siapakah mereka ini? Mereka bukan orang politik , Mereka tidak tahu apakah agenda perjuangan UMNO.

Tetapi mereka diberi tempat oleh Pucuk Pimpinan UMNO sekarang untuk menguasai Media diMalaysia dan diberi kebebasan untuk mengkritik dan menghentam bekas pemimpin UMNO serta mengkritik dasar yang telah diperjuangkan oleh UMNO. Dimanakah maruah kita? Kemapakah maruah Pemimpin kita dapat dibeli oleh mereka dengan harga yang begitu murah? Boleh dibeli hanya dengan cara mengipas dan mengampu. Dimanakah maruah Pemuda UMNO
Malaysia.?

Kenapa perkara ini dibiarkan sahaja berlaku? Sebenarnya Pemuda UMNO Malaysia terpaksa mencawat ekor, kuku dan taring sudah tidak berguna lagi. Ada suara tetapi tidak boleh menyalak. Sebab Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri sudah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan mereka dan perutnya sudah pun cukup kenyang.

Tindakan mereka melalui kuasa media ini, sebenarnya saperti serampang dua mata. Pertama, tujuannya untuk mengampu dan mengipas Pak Lah agar Pak Lah akan tersenyum lebar kerana seronok dengan pujian dan sanjungan mereka. Pak Lah akan dapat tidur nyenyak dengan mimpi yang enak hasil pujian dan sanjungan mereka itu. Matalamat mereka adalah untuk meningkatkan lagi kepercayaan Pak Lak terhadap mereka.

Jika Pak Lah terus percaya pada mereka maka bertambahlah pengaruh mereka untuk terus meguasai Pak Lah. Jika Pak Lah dapat dikuasai , apa sahaja boleh didapati dengan mudah.

Lebih mudah lagilah sebab menantu kesayangan Pak Lah turut sama bersekongkol menjadi sahabat. Tujuan yang kedua mereka adalah untuk melemahkan semangat dayatahan dan semangat jatidiri Ahli Ahli UMNO . Ahli-ahli UMNO yang dapat dikuasai oleh Khairy akan memehak pada Pak Lah . Ahli-ahli UMNO yang kuat dayatahan dan yang ada cukup semangat jatidiri, akan bersetuju dan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir . Ahli Ahli UMNO
yang mudah dikuasai oleh Khiary akan menyebabkan UMNO menjadi lemah kerana hilang maruah dan semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama.

Orang macam ini sudah jadi anggota boneka yang mudah diarah dan disuruh mengikut telunjuk orang yang ‘berkuasa’ disekililing Pak Lah. Dengan secara halus mereka ini juga sedang berusaha untuk memadamkan rekod kegemilangan hasil dari usaha gigih Tun Dr Mahathir selama 22 tahun membangunkan negara serta membangunkan semangat jatidiri rakyat Malaysia.

Slogan Malaysia Boleh dan Tradisi Membela Rakyat yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir telah
tidak kedengaran lagi. Slogan ini telah diganti dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk menonjol kepimpinan Pak Lah supaya nampak lebih hebat dari kepimpinan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun..

Dikalangan para Menteri, tiada siapa yang berani tampil kehadapan untuk berkata fakta yang benar dan mengakui kesilapan Pak Lah. Jauh sekali untuk menegur kesilapan Pak Lah oleh kerana takut akan hilang kerusi dan hilang jawatan. Mereka juga turut tunduk dan akur pada kuasa orang orang yang ‘berkuasa’ dikeliling Pak Lah. itu .Malah, mereka sanggup menjadi bentenguntuk mempertahan segala kesilapan serta kelemahan Kepimpinan Pak Lah.

Justeru itu, oleh kerana sedar kesilapannya dan juga sedar keburukan dari implikasi kelemahan kepimpinan Pak Lah itu, Tun Dr Mahathir perlu berusaha sendiri untuk menebus kembali kesalahannya kerana melantik Pak Lah . Maka sudah menjadi tugas dan tanggung jawab beliau pula untuk berusaha agar Pak Lah dapat diganti dengan pemimpin yang lain demi untuk menyelamatkan maruah Negara.

Tun Dr Mahathir akan berusaha untuk menyedarkan ahli ahli UMNO tentang bahaya ancaman ini. Inilah Perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai walaupun beliau sudah bersara. Perjuangan beliau ini bukan untuk kembali berkuasa tetapi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Bangsa

Ahli ahli UMNO yang ada semangat jati diri ,sidah pasti akan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai ini . Hanya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi yang boleh tampil membuat keputusan melalui proses demokrasi bagi memilih calun pemimpin yang terbaik bagi menggantikan Pak Lah apabila tiba masanya nanti.

Tun Dr. Mahathir telah silap memilih Pak Lah sebagai penjaga bumi Malaysia seperti mana Tun salah memilih dan mendidik Anwar Ibrahim yang telah hilang jati diri dan melacurkan bangsanya sendiri akibat ketamakan dan kepentingan diri yang melampau.