Thursday, February 26, 2009

Ketua Pemuda UMNO mungkinkah milik DS Khir Toyo?

Desakan dan suara akar umbi memungkinkan DS Khir Toyo bakal mendapat sokongan padu Pemuda UMNO untuk ditabalkan sebagai Ketua UMNO sekali gus menafikan impian Khairy Jamaluddin dan Dato Mukhriz.

Jika diukur daripada sambutan Pemuda semasa program Hujah di TV9 tempoh hari, jelas menunjukkan DS Khir Toyo tidak perlu menjual diri untuk menonjolkan dirinya kepada khalayak Pemuda UMNO. Adakah ini satu strategi atau benar DS Khir Toyo dinantikan semasa program itu.

Bagaimanapun, populariti yang di terima DS Khir Toyo adakah sokongan original atau sekadar kosmetik bagi menunjukkan kepada 2 lawannya bahawa beliau masih diterima atau relevan untuk menjadi pemimpin sayap UMNO itu. Selain untuk menunjukkan kepada ahli UMNO seluruh negara beliau adalah calon yang terbaik.

Jika dahulu Khairy Jamaluddin berjaya memaksa PAS melutut ke kaki DAP berhubung isu Hudud namun kali ini beliau ternyata gagal menyaingi kehebatan DS Khir Toyo dalam mematahkan hujah-hujahnya.

Harus diingat moderator adalah pelajar junior DS Khir Toyo semasa di universiti dahulu. Tidak perlulah di ulas apa yang Khairy Jamaluddin terima takkala beliau longlai akibat pukulan hujah dan soalan moderator kerana takut penulis dilihat prejudis dan emosional.

Dato' Mukhriz, beliau ternyata gagal menyaingi kepetahan kedua-dua calon tersebut bagaimanapun hujahnya yang konsisten dan padat boleh dijadikan kayu pengukur untuk ahli UMNO memilih ketua yang berkaliber. Masih jauh perjalanan beliau untuk memimpin sayap organisasi politik terbesar orang Melayu kerana beliau masih lagi belum teruji dengan suasana dalam atmosfera politik Malaysia yang sebenar.

5 comments:

kamal said...

kalau dah terkeluar cerita yang KT telah terbabit dalam pelbagai cerita yang kurang menyenangkan apakah perwakilan akan menyokong seorang yang telah terang2 terlibat dalam gejala rasuah....tak mungkin KT akan menang

Z-MAY said...

aku rasa lebih sesuai khairy atau mukhriz

Lord Garam said...

salam saudara kamal dan z-may,

Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertanding. pertandingan ini akan menentukan UMNO masih relevan sehingga kini walaupun ramai yang tidak menyedari maksud sebenar disebalik Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO. TDM ingin jadikan umno seperti tahun 1987-88. UMNO baru dengan nafas baru.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
EMMM AKU YAKIN MUKHRIZ YANG AKAN MENANG KETUA PEMUDA NANTI!!!

YANG LAIN TU TAK BOLEH PAKAI...

KALAU PERSAINAGN HEBAT PUN ANTARA MUHKRIZ DAN KHAIRY JE...

KHIR TOYO OUT!!!

JOM LAYAN...
KARPAL.???? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/karpal-singh-anak-haramjadah.html

kamal said...

TAK PAYAH KITA NAK PERSOALKAN SIAPA YANG AKAN MENANG..TAK GUNA KALAU SALAH SEORANG YANG MENANG TAPI KITA KALAH DALAM PILIHANRAYA...BAGI SAYA BN CUKUP PENTING KERANA ITULAH SAJA UNTUK UMNO TERUS BERKUASA.