Individu yang menaja V.Arumugam pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, menafikan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu disebabkan oleh ugutan pihak tertentu khususnya Barisan Nasional (BN).
Zamil Ibrahim yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah mendakwa, Arumugam tidak pernah ditawarkan sebarang imbuhan sekiranya bersetuju untuk meletak jawatan, sebaliknya beliau berbuat demikian atas sebab lain.
“Selepas sebulan menjadi Exco, Arumugam mengadu tidak selesa serta ’dianak tirikan’ kerajaan negeri, jadi saya nasihatkan dia supaya keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan sebab itulah dia letak jawatan.
“Dia (Arumugam) menceritakan semua masalah kepada saya kerana saya bertanggungjawab membiayai sepenuhnya perbelanjaan beliau dari segi deposit calon, kos berkempen serta menyediakan borang pencalonan pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - Bernama
Garamanis - Kali ini apa alasan Pakatan Keparat setelah Zamil Ibrahim menafikan bahawa BN mengugut Arumugan untuk meletakkan jawatan. Desas-desus mangatakan bahawa Pakatan Keparat Maha Hebat Kedah sedang bergelora kerana terdapat sekurang-kurangnya 5 ADUN mereka kecewa dengan Datuk Seri Azizan dalam mentadbir negeri. Harus diingat PAS menguasai Kedah dan kebanyakan exconya adalah dalam kalangan orang Islam. Disini timbul ketidakpuashati 5 ADUN tersebut apabila exco-exco PAS ini lebih banyak mengatur perjalanan negeri Kedah daripada mengambil pandangan 5 ADUN tersebut.
Cuba fikirkan apabila 'ulama-ulama PAS' ini bertindak mengenetepikan segala pandangan 5 ADUN tersebut. Bagaimana perasaan ADUN bukan Islam dan ADUN dari PKR.?Mungkin Datuk Seri Azizan akan menggunakan kuasa VETOnya seperti mana berlaku di Perak.?
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...
5 comments:
LAGI FITNAH DARI PAKATAN RAKYAT...
HA..HA..HA...SENDIRI MALU....
ANWAR SEKARANG DAH KENA SEMBELIT....
SEMBELIT DAH....
HUA...HUA...HUA....
LEPAS NI KHALID PULAK...DENGAR KATA LAH.....
KITA TUNGGU BRO....
KAH KAH KAH
TU LAH PASAL, NAK PERINTAH NEGARA KONON....
BARU PEGANG KUASA NEGERI DAH KELAM KABUT..
KAH KAH KAH
Salam Bro..
Hua..hua..hua Fuckatan riot memang biol..lepas nie ada lagi dua adun nak swing...BN bakal ambil alih Selangor..
Tunggu...
Apa nak di kata, Pakatan Rakyat sebuah pakatan yang longgar! dan akan terlucut sepertimana terlucutnya kain si ELI BOGEL di Selangor. :)~
itu lah akibat nye suka fitnah org.sikit sikit bn.ckp kat geng perosak rakyat tu cari modal lain la
Post a Comment