Sunday, February 22, 2009

Jangan Salahkan Ibrahim Ali

Pas perlu menghormati tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang memberikan pandangan dalam beberapa isu kerana beliau adalah calon Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai anggota Bebas, Ibrahim tidak terikat kepada mana-mana parti dalam memperkatakan sesuatu isu yang dianggapnya wajar disuarakan.

“Pas boleh menyuarakan pandangannya tetapi kita juga perlu menghormati pendirian Ibrahim walaupun dia bertanding atas tiket Pas tetapi sejak mula lagi, jelas dia adalah calon Bebas.

“Bagi saya kalau tiba-tiba Pas mendesak Ibrahim meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan pandangannya, saya rasa itulah risiko yang mereka tanggung sejak awal lagi.

“Jangan salahkan dia kerana awal-awal lagi, dia tidak memihak kepada sesiapa pun, berkecuali dan tidak memihak kepada Pas,” katanya kepada pemberita selepas mengada kan pertemuan dengan anggota pergerakan itu di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Pas Kelantan agar Ibrahim melepaskan jawatan berikutan sikapnya yang semakin lantang mengkritik parti itu. Setiausaha Perhubungan Pas Ke lantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak lagi menganggap Ibrahim mewakili parti itu dan telah mengambil keputusan melantik pe nyelia Parlimen di kawasan tersebut.

Bagaimanapun Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berundur kecuali didesak oleh semua pengundi dan mempertahankan pendiriannya yang dikatakan tidak mengkritik parti itu tetapi menegur, tanpa mengecam pimpinan Pas.

Menurut Khairy, dalam keadaan sedemikian terserah kepada Ibrahim untuk akur kepada desakan Pas atau menegakkan pendiriannya.

“Terpulang kepada Ibrahim sama ada menghormati perjanjian dengan Pas semasa pilihan raya umum lalu.

“Saya dengar ada kontrak yang dimeterai antara beliau dengan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa tetapi kita tidak tahu apakah syarat-syaratnya, sama ada boleh hentam Pas atau tidak,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia
Garamanis: PAS haruskan memikirkan peranannya dalam Pakatan Keparat terutamanya sokongannya terhadap Anwar Ibrahim Munafikun kerana si munafik itu telah mengerakkan balacinya dalam PAS untuk mencantas golongan Ulama dalam PAS bagi mewujudkan sokongan kelompok profesional (Erdogan) dalam cita-citanya untuk menjadi PM yang kecundang.

No comments: