Wednesday, February 18, 2009

Sombongnya Nizar, Inikah Watak Pemimpin PAS.?


Oleh Hassan Md Hussein

“Kalau Zambry nak masuk ke rumah ini, itu hak dia sebab saya dah tak duduk (kediaman Menteri Besar) dah. Jadi kalau dia muka tak malu… duduklah.” Ini antara kata-kata Datuk Seri Ir Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang yang menjamah kerusi Menteri Besar lebih kurang 11 bulan, lebih dua bulan dari tempoh ibu mengandung.

Kata-kata ini dipetik dai Utusan Malaysia, Jumaat 13 Februari. Dalam menulis mengenai bekas Menteri Besar Perak ini, perlulah berhati-hati kerana beliau sekarang mempunyai 12 barisan peguam handalan yang akan mengambil tindakan mahkamah agar membatalkan pengisytiharan kerajaan Barisan Nasional (BN) pemerintah di Perak dan perlantikan YAB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Kediaman rasmi Menteri Besar sudah menjadi kubu pembangkang buat beberapa hari. Namun, tindakan segera Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim menghantar surat meminta Nizar mengosongkan kediaman itu menyebabkan Nizar tidak ada pilihan lain, kecuali mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah anak-anaknya.

Sepatutnya, Nizar tidak perlu menunggu surat mengarahkannya mengosongkan kediaman itu sebaliknya bertindak sendiri untuk mengosongkannya kerana apabila beliau sudah dititahkan meletakan jawatan sebagai Menteri Besar, kemudiannya dilarang memasuki Pejabat Menteri Besar, bererti beliau bukan lagi Menteri Besar, walaupun beliau berulang-ulang kali mengatakan beliau masih menteri besar yang sah sementara Dr. Zambry adalah Menteri Besar ‘haram’.

Nizar dilihat berpewatakan lembut tetapi bila bercakap ketika hilang jawatan, beliau tiba-tiba menjadi sombong. “Jadi kalau dia (Dr. Zambry) muka tak malu…” seperti yang dilafazkan Nizar sebenarnya boleh dipulangkan kepadanya semula kerana beliaulah yang ‘muka tak malu’ kerana tidak tahu ‘pulang bila datang bertandang’.

Sebenarnya tetamu yang baik adalah tetamu yang tahu bila masa untuk pulang. Nizar kenalah ingat ketika beliau memilih masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar, beliau kenalah ingat beliau bukan kekal di situ buat selama-lamanya. Beliau harus sedar, semua kemudahan itu berbentuk sementara dan bila-bila sahaja boleh ditarik balik.

Berbeza dengan Dr. Zambry, ketika ditanya mengenai hasrat Nizar untuk terus mendiami kediaman rasmi itu, Menteri Besar Perak yang baru itu berkata, “biarlah beliau duduk sampai bila beliau mahu,” yang membuktikan betapa berhemahnya Dr. Zambry walaupun sudah bergelar YAB Menteri Besar Perak.

Mungkin didikan awal dan tarbiah parti membuatkan seseorang itu menjadi seperti apa yang mereka lakukan. Pas mungkin tidak mendidik Nizar menjadi manusia yang cerdik apabila berdepan dengan masalah. Umno pula sudah cukup matang dan berpengalaman menghadapi pelbagai kesulitan. Ketika Nizar sepatutnya mendapat nasihat dari para pemimpin Pas, yang datang memberikan nasihat kepada Nizar ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keluarlah Nizar dan pulangkanlah semua kemudahan yang diterima semasa menjadi Menteri Besar. Setidak-tidaknya, Nizar lebih bertuah dari Subky Latiff yang cukup lama berkecimpung dalam politik Pas tetapi berpeluang menjadi Menteri Besar, Exco, ADUN atau Ahli Parlimen. Malahan, Dewan Undangan Negeri Perak, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas pun tidak mencalonkan beliau menjadi Senator.

Nizar jauh lebih bernasib baik dari ramai pemimpin Pas di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah kerana mereka tidak berpeluang untuk bergelar YB. Kalau ditanya apa sumbangan Nizar kepada Pas di Perak jika hendak dibandingkan dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang hingga menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Perak?

Kalau Nizar dapat menerima hakikat ini, tentulah beliau tidak bertukar watak menjadi manusia yang begitu angkuh dan sombong apabila kehilangan jawatan, keistimewaan dan kedudukan. Apakah ini watak yang akan menjadi idola kepada generasi muda di Perak? Apakah watak-watak berbaring atas jalan raya, bertindak biadap ke atas kenderaan rasmi Raja Muda Perak dan melontar pelbagai objek ke arah kenderaan VIP adalah watak-watak yang ingin menerajui Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan?

Nizar terlalu lemah mengawal nafsu amarahnya. Sebenarnya peperangan melawan nafsu adalah perjuangan yang amat mulia. Bagaimana jika Nizar kalah dalam pilihan raya? Apakah nanti pengundinya dianggap sebagai bodoh kerana tidak memilih beliau sebagai wakil rakyatnya?

Orang-orang tua dalam Pas sepatutnya mengambil tindakan disiplin ke atas Nizar. Masukkan beliau dalam kelas yang ada mengajar disiplin. Beritahu beliau bahawa Malaysia ada Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara. Walau apapun agama dan pegangan hidup kita, hidup dalam satu-satu Negara, negeri, daerha, kampong dan taman, ada peraturan-peraturan yang pelru kita patuhi. Jika tidak, lebih baik kita tinggal di dalam hutan yang jiran-jiran kita semuanya pokok-pokok dan binatang buas. Itupun kena ada peraturan juga supaya kita tidak menyakiti binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Hari ini, rakyat Perak (kecuali mereka yang berbaring atas jalan raya) perlulah lebih rasional dan memberikan kerjasama mereka kepada kerajaan baru Barisan Nasional (BN) kerana itulah sebenarnya demokrasi yang menjadi amalan politik negara ini. Jika selama ini para penyokong BN terpaksa mendiamkan diri dan membiarkan Nizar dan semua tok dalang dalam DAP memainkan peranan masing-masing ketika mentadbir Negeri Perak, kenapa apabila BN menerajuinya mereka seperti orang hilang akal?

Kita dengar nasihat Mufti. Belajarlah menerima qada dan qadar. Kalau kita boleh dengar nasihat Anwar Ibrahim, kenapa kita tak mahu dengar nasihat Mufti. Kalau kita boleh dengar nasihat Datuk Ngeh Koo Ham, kenapa kita mahu tolak nasihat Mufti. Kalau kita boleh dengar nasihat V. Sivakumar (Speaker DUN Perak ketika Nizar menjadi Menteri Besar), mengapa kita mahu mengenepikan Titah Baginda Sultan? Apakah kita merasakan Sivakumar lebih berpengetahuan dari Penegrusi SPR?

Cukuplah! Hentikan semua kekeliruan ini. Biarlah Nizar, Sivakumar dan Ngeh sahaja yang keliru kerana mereka terkeliru tetapi sebagai rakyat, kita perlulah berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain sama. Jika mereka terlalu yakin dengan peguam yang menyokong PKR, mereka juga jangan menafikan bahawa BN juga mempunyai barisan peguam yang handal. Jika mereka merasakan Lim Kit Sianglah segala-galanya dalam politik, janganlah mereka lupa bahawa Perak itu mempunyai Sultan dan bijak pandai yang jauh lebih berjasa dari Kit Siang yang baru dua penggal menjadi Ahli Parlimen di Ipoh Timur.

Sebagai orang Perak, sebagai rakyat Perak, kita akan hidup dan mati di tanah tumpah darah kita sendiri tetapi Kit Siang boleh berada di Damansara, Kota Melaka, Pulau Pinang dan selepas ini ‘lari’ meninggalkan Ipoh Timur kerana dia bukan orang Perak!

Besar sangat jasa Sivakumar dan Nizar kepada rakyat Perak hingga kita sanggup berbaring atas jalan raya kerana mahu memalukan Raja Muda Perak?

Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati kita semua untuk menerima kebenaran dan sedia berubah dari seorang manusia yang angkuh kepada manusia yang rasional. Daripada seorang manusia yang sanggup berbaring atas jalan raya kepada manusia yang suka menolong sesama manusia. Daripada seorang yang sombong kepada seorang manusia yang tahu menerima hakikat segala-galanya ditentukan oleh Allah SWT.

Artikel Pilihan : mymassa.com

8 comments:

PAPA GOMO said...

DAH LAH SOMBONG...
GILA KUASA PULAK TU...
NI DINAMAKAN GILA SEGALA GILA...
TAPI....
GILA BABI TAK DISAHKAN KERANA GILA BABI DIPEGANG KHALID GAGAP...

HE HE HE

PKR MENANGIS??? KENAPA???http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/pkr-menangis-dek-kerana-peliwat-tegar.html

SAYANG SARAWAK said...

ish..ish..ish..kesian..

baru nak seronok jd bos..tup-tup..kenak tendang keluar..

wakakakaaaaaa.......

gotahlantun said...

SALAM GARA

EEHHH..! CAMRY BULIH BAWAK SKALI TAK???.

KAH KAH KAH

Lord Garam said...

Salam Sahabat2...

Nak buek camano semuo gilo kuasa..

Panglima Perang Cyber said...

sian, tak berubah ubah lagi samaada masa jadi MB atau selepasnya..

harap cepat2lah sedar.

Anonymous said...

pepatah "idung x mancung..pp tesorong2"..tp klu si nizar tu aku ckp "idung pesek cam babi kembong"

ketua segala babi la katakan!!
HAHAHAHAHAHA

Anonymous said...

inilah manusia akhir zaman, lupa pada matlamat akhirat, merampas kuasa hingga lupa dia adalah hamba tuhan yang esa, sultan juga adalah hamba yang maha esa, disisi Allah hnya iman & taqwa sahaja yg membezakan hamba2 Nya. Tunggu lah, malapetaka Allah pasti tiba apabila fitnah berleluasa, sang penguasa zalim menjadi pemerintah... tunggulah Allah pasti membantu org2 yang benar.....

Anonymous said...

Aku bercakap melalui keimanan, Menulis melalui keimanan dan menilai melalui keimanan aku hamba Allah, Agama islam agama ku dan bumiku hanya lah tempat persingahan.Aku pasti menentang habis-habisan sekiranya agama islam di hina.