Wednesday, February 25, 2009

ULAPAYAH

GM menantikan reaksi dan komen Ularmak PAS Yang Hebat (ULAPAYAH) berhubung isu penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama (MPAA). Reaksi ULAPAYAH sangat-sangat dinantikan bagi menyatakan pendirian mereka. Ini kerana penubuhan MPAA telah mendapat sokongan dari Parti Angkut Semua (PAS) dan presidennya pernah menyatakan sokongan terhadap penubuhan itu.

Harus di ingat segala reaksi ULAPAYAH diharap dapat meredakan sedikit tekanan terhadap PAS dan perjuangan Negara Islam yang dijajakan oleh PAS. Ya..PAS for ALL kena sangatlah pada temponya. Semua boleh menderhaka, berbogel, melompat ke sana dan bermacam-macam lagi taktik dak teknik yang digunapakai oleh PAS untuk 'menghalalkan' teknik itu.

Dalam pada itu otak rasmi PAS, Harakah menyiarkan kebodohan dan kurang ilmu pendukung-pendukung PAS apabila menggambarkan SPR itu tidak layak untuk mengosongkan 2 kerusi DUN di Perak. Beginilah manusia bila dah terlampau cerdik kadang-kadang mereka menjadi manusia yang bodoh dan jahil terhadap undang-undang.

YB-YB PAS belajarlah undang-undang. jika kalau anda membeli rumah dan segala terma dan syarat telah anda persetujui kemudian dengan senang hati anda menurunkan tandatangan. Maka anda telah menerima perjanjian itu dengan senang hati. 3 minggu kemudian pihak bank call dan menyatakan terdapat perubahan pada surat perjanjian itu maksudnya ada pihak ketiga telah mengubah maka perjanjian itu dikira terbatal.SPR dah kaji semua itu.

Begitulah yang berlaku hari ini, PAS hanya pandai menyalahkan pihak lain jika tidak kena pada seleranya. Belajarlah untuk menerima dan pasti orang lain akan memberi selebihnya. GM menantikan pendirian PAS berhubung isu di Pulau Pinang dan paling dinantikan PAS membuang terus Anwar Ibrahim Munafikun dari hidup mereka kerana inilah punca kepada ke'NYANYOK'an PAS dewasa ini.

Kepada kelompok ULAPAYAH PAS muktamar ini pasti banyak kejutan yang akan dihadapi kerana kelompok 'SEKULAR dan MODERATE' dijangka akan melanggar pemimpin-pemimpin tersohor PAS. Renungkan apa yang berlaku di Kedah dan kelompok '30' pada 2 bulan lepas.

No comments: