Saturday, March 14, 2009

Ramalanku Benar Belaka

Ismai Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Sumber: Malaysiakini

Garamanis: Jangkaan GM sebelum ini bahawa Ismail Saffian akan menjadi calon di Bukit Gantang menjadi kenyataan. Beliau seorang Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang adalah calon yang paling layak untuk memimpin Parlimen Bukit Gantang. Ini kerana ketokohan Ismail Saffian memang telah diketahui oleh penduduk Bukit Gantang dan yang paling penting seteru UMNO di situ turut mengagumi beliau.

Sebagai contoh, tanyalah penduduk Kg. Changkat Ibol, kubu kuat PAS bagaimana peranan Ismail Saffian disitu telah membawa ramai penyokong tegar PAS mengisi borang UMNO seterusnya melafazkan sokongan terhadap UMNO. Jika dahulu jangan harap bendera BN mampu berkibar di kg itu tetapi peranan beliau tidak boleh dipandang ringan oleh PAS dan regu yang lain. Sehinggakan ada ura-ura penyokong PAS di Bukit Gantang melahirkan sokongan jika beliau ditabalkan UMNO untuk menwakili penduduk disitu.

Kepada penduduk Bukit Gantang, memperkenalkan calon anda yang ditunggu-tunggu dan mampu menyuarakan masalah anda untuk kebaikan dan kemuafakatan yang akan dibawanya.

Kepada UMNO, lupakan sengketa jalankan tugas yang berat untuk meraih kembali sokongan yang telah hilang setelah Tag Team Pakatan Keparat bersungguh-sungguh melancarkan perang saraf akan keburukan yang bakal dibawa BN.

Selamat Berpilihanraya dan rakyat Bukit Gantang pilih calon yang berkebolehan serta berkaliber bukan bersandar kepada populariti yang boleh dibeli dimana-mana.

6 comments:

Z-MAY said...

kekalah umno adalaha kerana adanya duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan otak tak ada dalam kepala...

Jumayatara said...

Calon Baguih....BN boleh menang besor... selamat BN




Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

Anonymous said...

Saya sokong Ismail Safian. Kami orang Changkat Jering Tetap sokong mana-mana calon BN!

Anonymous said...

JOM Penduduk Cangkak Jering, sama -sama kita sokong calon BN demi untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.

taipingmali said...

pemilihan Ismail berjaya mengumpul semua tenaga yang hilang dan juga menyatukan kembali UMNO Bkt Gantang selepas pemilihan Umno Bahagian yang lalu.

Untuk itu tidak ada sebab BN untuk BN kalah lagi.

Saya menyaksikan sendiri senario yang berlaku semalam di Simpang.

Keyakinan kembali untuk BN. Insyaallah.

Anonymous said...

Aku sokong dan harap Bukit Gantang kembali ke tangan UMNO.