Friday, March 20, 2009

Say No To Anwar, Say Yes To Najib


Kedengaran khabar angin mengatakan terdapat sekumpulan manusia hendak membuat kecoh menjelangnya peralihan kuasa kepimpinan tertinggi kerajaan. Disatu pihak timbul ketidakpuasan hati yang mendakwa DS Najib tidak layak untuk memimpin Negara. Persoalannya siapakah yang lebih layak untuk menjadi PM. Anwar Ibrahim, Hadi Awang atau Lim Kit Siang.


Masalah politik Malaysia ketika ini adalah kerana kita hidup dalam suasana yang penuh dengan persepsi. Inilah yang menwujudkan kecelaruan yang menyebabkan kita tidak mampu memberi fokus yang penuh terhadap masalah global yang melanda hari ini.


Rakyat Malaysia tidak kira bangsa lebih mengemari cerita-cerita fantasi yang menyebabkan timbulnya persepsi yang belum tahu hujung pangkal kebenarannya. Ini telah memberi kemenangan moral kepada pembangkang yang jelas lebih mendominasi politik tanpa ditepis oleh pihak kerajaan.


Persepsi yang dilemparkan oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim Munafikun akan keburukan DS Najib adalah sesuatu yang sangat dikesali. Klik Jika benarlah seperti yang didakwa DS najib adalah pembunuh datangkanlah bukti. Sehingga ke saat ini masih belum kedengaran bukti-bukti yang boleh dikaitkan dengan DS Najib melainkan timbul kebetulan yang menjurus kepada persepsi yang negative terhadapnya.Klik


Fitnah demi fitnah yang dilemparkan menyebabkan semakin hari rakyat Malaysia lebih mengemari cerita-cerita fantasi dari membuat penilaian yang munasabah mengakui fitnah itu. Inilah kelemahan rakyat Malaysia.


Ini, jelas sangat berbeza terhadap kelibat politik Anwar Ibrahim Munafikun. Bermula 10 tahun dengan salahlaku moral dan tuduhan rasuah. Beliau dibebaskan bukan kerana terbukti tidak bersalah tetapi 3 hakim yang bersidang berpendapat salahlaku moral itu memang wujud dan majority lebih memilih untuk membebaskan. 2 lawan 1 maka majlis graduasi Anwar Ibrahim Munafikun pun dibuat pada 2 Sept 2004 di Sekolah Berasrama Penuh Sg Buloh.


Anwar Ibrahim Munafikun juga diketahui penentang dasar DEB dan ketuanan Melayu dimana dasar yang telah mengkayakan beliau dan kroni-kroninya sepanjang beliau di dalam kerajaan.

Bagaimanapun apabila beliau ditendang dari kabinet dasar yang disanjungnya dihambat untuk dibakul sampahkan. Di mana pendirian beliau.? Demi survival politik dan sifat balas dendam yang berakar dalam jiwanya, bumi Malaysia perlu dihuru harakan.


Dalam hal ini, siapakah yang lebih berkelayakan untuk menjadi PM. Klik Dari sudut moral adakah DS Najib berkelayakan atau Anwar Ibrahim Munafikun yang lebih berkebolehan. Tepuk dada tanyalah selera. Mungkin UMNO lebih mengenali susur jalur keperibadian Anwar Ibrahim Munafikun sebelum Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan sukar menghalau Anwar Ibrahim Munafikun keluar selama-lamanya demi kepentingan bangsa, agama dan negara

No comments: