Apakah niat disebalik Malaysiakini.com memberi ruang eksklusif kepada Khairy Jamaluddin memperjelaskan dan mempromosi diri menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mac 2009.ECM Libra dan Tingkat 4. Persoalan ini pasti ada niat tertentu atau wujudnya kerjasama ghaib antara kedua-dua pihak.
Pasti ada agenda tersembunyi disebalik kelonggaran yang diberikan oleh Malaysiakini. Telah sedia maklum Malaysiakini digerakkan oleh beberapa tokoh politik pembangkang Klik dan penyokong pro-Anwar Ibrahim Klik yang pasti sedang bertungkus lumus untuk menggagalkan cita-cita DS Najib.
Bagaimana pula dengan pendedahan terbaru yang pasti akan diperbesarkan dan highlight spot isu itu seperti pisang goreng panas. Klik. Mengapa mesti ia muncul dari lubang jamban takkala DS Najib sedang mempersiapkan persalinannya untuk menjawat jawatan PM. Banyak persoalaan yang memaksa untuk dihuraikan satu persatu atau membiarkan takdir yang menentukan perjalanan bumi yang bertuah ini.
Politik itu ibarat air kopi. Jika terlalu banyak gula ditambah maka manislah ia tetapi jika kurang akan kelat meludah-ludah. Itulah yang boleh digambarkan politik hari ini.
Diketika ini Khairy Jamaluddin mungkin sedang bertungkus-lumus melobi dirinya untuk bertanding jawatan Ketua PPUMNO Pusat.
Wang pasti tidak menjadi masalah bagi dirinya termasuk calon-calon Ketua PPUMNO yang lain. Khairy mungkin menyedari lawannya paling teguh datang dari DS Khir Toyo, bekas MB Selangor yang tidak lekang dengan pelbagai tohmahan. Inilah calon yang perlu Khairy tumbangkan dahulu. Dato' Mukhriz mungkin beliau pandang sebelah mata.
Tetapi dalam kesibukan memasang stategi untuk menumbangkan DS Khir Toyo kedengaran sokongan dari seluruh negara untuk menaikkan Dato' Mukhriz sebagai calon Ketua PPUMNO Pusat yang paling berwibawa. Beliau dianggap calon yang paling senyap dari sebarang isu negatif. Adakah Dato' Mukhriz calon yang paling sesuai.?
Jawapannya akan diketahui pada 28 Mac 09 nanti.
2 comments:
BRO, AKU NAK COPY ARTIKEL KAU NI KAT BLOG AKU YA BRO....BEST LA ARTIKEL KAU NI BRO...
KJ DAH DESPERATE DAH NI....DIA TENGAH MENCUBA PELBAGAI CARA UNTUK MENJATUHKAN LAWANNYA....
Salam Parpu'
Ok tarahal Bro
Post a Comment