Tuesday, March 03, 2009

Kehuru Haraan PAS 2

Kelmarin GM di Parlimen saja nak lawat tengok karenah Ahli Parlimen bersidang. Bukan apa nak dapat gambaran bagaimana Ahli Parlimen bertekak. Selalu tengok dalam TV jek.

Sedang GM bersantai dengan beberapa reporter kat situ, GM ditegur oleh seorang lelaki bertanyakan jika ada press conference (PC) akan diadakan. Tapi GM mengaku bukan reporter dan disitu GM mulakan perbualan. Lelaki itu datang bersama-sama seorang AP dari Kedah. Pegawai Khas katanya. Wah..nie dah kira bagus boleh dapat cerita panas.

Dalam kerancakkan bersembang, GM bertanyakan berkenaan muktamar PAS yang akan datang. Oleh kerana beliau merupakan salah seorang AJK PAS negeri dan sangat menyanjung Tok Guru Nik Aziz jadi banyak cerita kami berkisar berkenaan kepimpinan PAS hari ini.

Dari perbualan itu GM bawa ke Kafe dan belanja makan, biasala modal kena keluar dulu. AJK PAS tersebut mengakui PAS hari berkocak dan berpuak-puak. GM bagi pendapat bahawa wujud perbezaan yang sangat ketara semasa kepimpinan arwah Dato' Fadzil Noor dan Dato' Hadi Awang. Saja test market. GM memberi beberapa sebab dan AJK itu mengakui kebenaran yang GM sebutkan.

Paling ditunggu-tunggu GM apabila AJK itu menempelak segelintir pemimpin PAS yang mempergunakan Nik Aziz bagi menzahirkan kepentingan masing-masing. Beliau secara jujur menyifatkan PAS perlu membuang pengaruh Anwar Ibrahim Munafikun dan DAP jika mahu terus berjuang mengikut landasannya. Inilah punca wujudnya puak-puak dan pecah belah PAS.

Secara relatifnya, beliau sendiri kecewa apa yang telah berlaku pada PAS hari ini. Berbalik kepada perbualan yang berkisarkan muktamar akan datang. Beliau sendiri takut apa yang akan berlaku jika kumpulan yang digelar ERDOGAN akan menguasai herarki tertinggi PAS. PAS akan rosak dan hudud akan tinggal sejarah dan nama.

Menurutnya, terdapat khabar angin yang mengatakan balaci-balaci Anwar akan melanggar Hadi Awang untuk konker PAS. Sebab tu Husam Musa gunakan Nik Aziz keluarkan statement semalam Percaya. Selain itu semasa retreat PAS di Kedah beberapa bulan lepas berlaku pergesaran antara orang kuat PAS Kedah bertaraf MB (Ulama) dengan team Moderate PAS. Alasannya Ulama kolot dan perlu dijauhkan dari PAS.

AJK itu mendakwa banyak suara-suara grassroot khususnya di Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu mahukan Presiden memikirkan kerjasama jahanam antara PKR dan DAP. Mereka tidak menyenangi tindak tanduk kelompok ini yang lebih menyanjungi Anwar Ibrahim Munafikun daripada perjuangan yang kian terpesong.

Sempat jugalah berbatang rokok habis GM sedut mendengar kegeraman yang terbuku dalam hati AJK itu mengenang nasib PAS dan kesilapan demi kesilapan yang telah dibuat oleh PAS dan ke'nyanyok'an Nik Aziz yang menyesatkan PAS ketika ini.

Dan ketika itu telefonnya berdering, Bos panggil katanya. Bagi mengakhiri perbualan itu sempat GM senyum dengan sinis "Anwar Ibrahim punca kerosakan PAS"

2 comments:

blogresipi.com said...

Kalau PAS masih sedar bahaya Anwar baguslah. Golongan muda dalam PAS ni tak wajar lagi dipanggil Erdogan. Lebih sesuai dipanggil Attarturk kerana berperangai terlebih liberal.

Lord Garam said...

Salam Perjuangan,

Hidup PAS hhaaattuuiihhh...