Salam Saudara GM,
Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh UMNO bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap parti tersebut menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang. UMNO memerlukan perubahan yang drastik dalam mengembalikan semula perpaduan dalaman parti iaitu kunci utama ke arah kekuatan parti tunjang Kerajaan BN ini. UMNO yang kini mengalami krisis kepimpinan di beberapa negeri haruslah kembali kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhan parti iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Jika diamati, pemimpin UMNO yang rata-rata berumur dalam lingkungan 50-65 tahun tidak perlu terikat kepada ‘nostalgia’ lama perjuangan parti. Perubahan dari segi doktrin kepimpinan yang pragmatik perlu ditekankan. Kepimpinan yang mengambil kira kepentingan rakyat ‘marhaen’ perlu digalas sebaik mungkin. Masih banyak ‘homework’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terkini. Bangkitlah wahai pemimpin UMNO sekalian tidak kira di peringkat Pusat, Bahagian waima Cawangan sekalipun. Rapatkanlah saf, tekadkan niat, berjuanglah untuk kepentingan rakyat
1. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah berhubung cara hidup pemimpin UMNO itu sendiri. Seharusnya kepentingan rakyat dijadikan asas dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Berdampinglah dengan mereka kerana akhirnya mereka inilah yang menentukan wakil rakyat ingin mereka undi kelak. Janganlah malu untuk duduk bersila semasa menghadiri kenduri di kampung-kampung yang dilawati. Janganlah malu untuk mengabdikan diri kepada rakyat kerana itu jalan yang kamu semua pilih iaitu untuk berbakti kepada mereka. Lupakanlah seketika pangkat dan gelaran yang dimiliki serta layanan istimewa sebelum ini.
2. Umno merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera penerangan di seluruh negara melibatkan 191 Bahagian dengan lebih kurang 20, 000 Cawangan terdapat di dalamnya. Tidakkah ini jumlah yang cukup gah? Namun tiadalah ertinya jika kelebihan yang dimiliki tidak diguna pakai sebaik mungkin. Jentera UMNO di setiap Cawangan perlulah digerakkan dengan pantas dan secara efektif kerana Cawangan Umno adalah ‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan dalam mendekati rakyat. Penjelasan secara berterusan amatlah praktikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti. Sekiranya timbul sesuatu isu yang baru, gerakkanlah jentera penerangan Umno ini secara bersepadu dengan parti komponen yang lain. Sesuatu isu haruslah diperjelaskan secara bersama dengan penuh rasa tanggungjawab. Isu membabitkan kaum-kaum di Malaysia tidak perlu lagi dijuarai parti-parti tertentu sahaja. Jika isu melibatkan kaum Melayu, MIC dan MCA perlu berdamping dengan Umno bagi menunjukkan bahawa mereka juga prihatin. Begitu juga jika ia melibatkan kaum Cina ataupun
3. Permasahan dalaman parti melibatkan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian haruslah diselesaikan segera. Kemelut politik kepimpinan Umno Negeri Perlis semakin rumit ekoran timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Bahagian masing-masing. Pertikaian ini merupakan rentetan daripada perasan tidak puas hati berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sejurus selesai Pilihanraya Umum Ke-12 dan Pemilihan Agung Umno baru-baru ini. Jika diteliti, masalah berpanjangan ini akan merugikan parti lantas sekaligus memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menyebarkan berita-berita yang menyebabkan pertikaian semakin hangat. Sebagai contoh, penubuhan sebanyak 6 Cawangan DAP di Perlis menunjukkan kekuatan UMNO di negeri tersebut semakin terhakis. Terbaru, PKR dilaporkan telah berjaya menembusi kubu kuat Umno iaitu di Kuala Perlis (kawasan MB Perlis) apabila berjaya membuka Cawangannya di kawasan tersebut. Moral ahli-ahli parti yang lain berkemungkinan akan menjunam ‘manifestasi’ kedegilan kepimpinan tertinggi Umno di peringkat Bahagian tersebut untuk berkompromi dan perkara tersebut bukanlah satu perkara yang elok buat perpaduan Umno keseluruhannya.
4. Dalam pada itu, semua universiti dan sekolah perlulah ditadbir oleh individu yang ‘berorientasikan’ perjuangan Umno kerana di sinilah lahirnya bakal-bakal pemimpin dan generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara satu hari nanti. Bagi agensi kerajaan yang lain seperti Biro Tatanegara, Kemas, Jasa dan sebagainya perlulah diperkukuhkan demi melahirkan insan yang menghargai sumbangan Umno kepada negara. Namun pendekatan yang digunakan haruslah dipelbagaikan seiring perubahan iklim politik di
5. Amalan politik wang di kalangan pemimpin Umno semakin mencapai ke tahap kritikal lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti. Rakyat semakin ‘meluat’ dan ‘kritis’ apabila membincangkan gejala yang kurang sihat ini. Namun, kepimpinan tertinggi parti perlulah menyelesaikan amalan keji ini mengikut saluran parti. Biarkan parti yang mengadili seterusnya menghukum perbuatan mereka itu. Hukuman yang dikenakan juga haruslah adil dan saksama dan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dijelaskan dalam Agama Islam.
6. ‘Media baru’ merupakan platform terbaik buat Umno dalam menangkis segala dakyah dan fitnah yang dilakukan pembangkang. Umum mengetahui bahawa ‘dunia tanpa sempadan’ adalah medium terhebat di abad ini dalam mendapatkan sebarang berita mahupun maklumat. Justeru, Umno haruslah menggunakan peluang yang ada bagi memberi gambaran jelas terhadap sesuatu isu berbangkit di samping mengambil peluang mendedahkan segala keburukan pembangkang yang sebelum ini menyerang Kerajaan BN menerusi ‘media baru’ ini. Umno perlu mewujudkan ‘network’ di kalangan ‘blogger’ pro-Umno dalam melakukan ‘perang saraf’ terhadap pembangkang yang kini menguasai ‘media baru’ ini.
7. Selain itu, Umno selaku parti dominan dalam Kerajaan BN perlu lebih agresif dalam menangani permainan politik kotor pembangkang ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperhebatkan dan secara berterusan ke atas anasir-anasir yang
8. Gagasan 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri
9. Tidak dilupakan ialah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memecah-belah masyarakat Melayu. Segala strategi jahat beliau dalam mempengaruhi minda rakyat khususnya Kaum Melayu tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan haruslah berusaha ‘mengawal’ dan ‘membataskan’ pergerakan beliau bagi menyukarkan langkah dan hasratnya dalam mengucar-kacirkan kehidupan rakyat
10. Akhir sekali Umno harus menerima kenyataan bahawa rakyat semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara terutama yang melibatkan isu politik semasa. Kebijakan rakyat ini juga sebenarnya diperolehi daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Wallahualam..
2 comments:
Insyaallah UMNO akan lebih mantap.
Mungkin inilah hikmah kemenangan tipis UMNO dan BN pada PRU 12. Agar setiap pemimpin UMNO sedar dan sentiasa melakukan perubahan dalam memantapkan parti.
Insyaallah, usaha dan iringan doa akan membawa kejayaan kita pada PRU 13..
Umno dan Melayu tak boleh dipisahkan.
PKR itu parti yg sentiasa mengawan.Pas itu parti hampeh.
Post a Comment