Saturday, May 23, 2009

Saya Lapar...Sudah Lama Enggak Makan..!

Ada berani ka mau join mogok...Lu hari-hari duduk dalam aircond apsal mau duduk tengah panas.? Lu memang bikin panas la..!


Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.

Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

Mohammad Nizar akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan panel tiga hakim di Putrajaya yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 11 Mei lalu.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.

"Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja."

Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut.

Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.


Sumber: Malaysiakini


GM: He..he..he..udah ler tuh yeoopp…hentikanlah...Deme macam tak terima ketentuan illahi. Pakatan Sialan akan mencipta rekod kerana belum pernah terjadi di dalam Malaysia, ADUN akan menjalankan Starve Hunger (dengan Izin) atau mogok lapar kerana terlampau kecewa dengan keputusan mahkamah. Sungguh aneh karenah manusia hari ini makin rancak diserang sindrom gila kuasa makin menjadi-jadi meroyannya.


GM cadangkan kepada ADUN Pakatan Sialan supaya ambil latihan intensif di Afrika sebagai menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar INGIN merasai keseronokan bermogok. Cuba rasai pengalaman di Afrika daripada gila membuat gimik untuk menarik perhatian orang ramai akibat kekecewaan yang melampau.


Kepada yang berasa benar-benar berjiwa Islamik terimalah kenyataan ini dengan kalimah “Alhamdullilah” semoga pengalaman dan dugaan yang diberi menjadi teladan untuk menjadi parti yang benar-benar memperjuangkan Islam bukan sekadar di mulut tetapi IKHLAS memperjuangkan Islam dan ummah.

9 comments:

Anonymous said...

Salam saudara garam..

itulah dia permainan licik dan kotor PR..PR ni dah takde kerja lain, kerja yang bermanfaat..DS NIZAR patut tumpu malah rakyat kt BUKIT GANTANG..dia kan Ahli Parlimen kawasan tersebut..asik berpolitik je..sungguh takde ciri-ciri Islamik langsung..sia-sia join PAS..NIZ AZIZ pun dah x mampu nak tabiyahkan dia ni..

TO KIPAS SUSAH MATI PEMBANGKANG KHUSUSNYA PAS:-

DARIPADA MOGOK LAPAR..BAIK BUAT PUASA SUNAT..PUASA GANTI KE BAGI YANG MUSLIMAH..BARU DTG PAHALA..

Wallahualam

hybridz80@yahoo.com

Lord Garam said...

SALAM TUAN SECRET AGENT,

LEBIH ENAK JIKA PAS DAN NIZAR NAMRUD MELAKUKAN PUASA SUNAT KERANA MENERIMA KEKALAHAN INI DENGAN PENUH HEMAH...

TAPI SAYANG BILA KEGILAAN KUASA ADA DI DALAM DIRI MAKA....

PERSEMBAHKANLAH DIMANAKAH DI DALAM TRANSKRIP MANAKAH PAS AKAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM...?

NAUZIBILLAHIMINZALIK...!

Anonymous said...

Salam garamasala..haha..tahniah sebab anda sudah menjadi BAPAK..maka perkuatkanlah hati dan emosi anda..tak lupa juga mata anda sbb anda akan sentiasa dikejutkan dengan rengekan manja baby anda di malam yg sepi di saat pampers tidak dapt lagi menampung hasil perkumuhannya..hahaha

Garam.. aku dah mula mengucar kacirkan blog kerajaanrakyat..hati-hati PR's bloggers..akan ku tangkis segala tohmahan dan fitnah yang dicipta..selagi kudrat masih di jiwa..

regards,

Secret_Agent

KINAS said...

biarkan mereka berlapar.....jangan kata 72 jam....1000 jam pun buatlah...kepada orang-orang yang beriman saya ingin mengajak agar kita semua puasa selalu sunat semoga dapat keberkatan daripada Allah.

KINAS said...

pembetulan..selalu puasa sunat bukan puasa selalu sunat..hee

Tok Pawi said...

MB Zambry ambil contoh perjuangan Gandhi depa sindir perli. Sekarang depa yang nak jadi Mahatma Gandhi pulok

zizOu21 said...

sudah2 la tu PR..
terima la hakikat seadanya..
ms mng psgn pertama br ni taw plak srnk, kata mhkmh adil laa.. mcm2.. bila tws 3-0 psgn kedua, seolah2 mmprsoalkan inst khkmn pulak.. apa cer ni??
xpyh la wat mogok.. org kat afrika tu serik x sedih sbb xmkn.. ampa yg sng2 ni dok p cr ssh wat pa.. bek laa ampa semua posa.. dpt gak pahala..

Panglima Perang Cyber said...

macam macamlah diorang ni...kita tengok ada tak orang PAS join benda ni.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam perjuangan Garamanis.

Kami seringkali mengikuti perkembangan blog anda.

Semoga kita dapat bekerjasama demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam senarai link kami