Wednesday, May 06, 2009

Ketika Itu Tiada Siapa Yang Harus Disalahkan

Esok jika kemarahan dan kebencian gagal dikawal pasti sejarah 13 Mei akan terjadi kembali. Ketika itu janganlah disalahkan mana-mana pihak, baik Polis, kerajaan atau ahli politik yang gila kuasa dan buta hati. Telah lama kebebasan yang diberi disalahgunakan dan dipermainkan.


Ingatilah sejarah 13 Mei, tragedi itu bukan sahaja terjadi di Kampung Baru tetapi turut merebak di Ipoh dan juga Pulau Pinang. Jika terjadi, mana orang Melayu hendak pergi.? atau mungkin meletusnya perang saudara untuk pertama kali dalam sejarah negara. Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur, satu sen pun tak guna.


Masihkah kita mengingati tragedi yang berlaku di Indonesia 15tahun dahulu. Rakyat Indonesia bangun memberontak, merusuh, berdemonstrasi jalanan dan berbunuhan sesame sendiri kerana marahkan kerajaan. Kerajaan Indonesia langsung tidak berdaya untuk menahan gelombang kemarahan rakyat. Kelibat agen asing yang turut mencetuskan huru hara diambil kesempatan dengan bijak sekali. Satu kontrak IMF ditandatangani.



Tahap rakusnya rakyat Indonesia memberontak hingga sanggup mengikat mayat dibelakang motosikal dan diseret keseluruh kampong. Insiden itu menjadi trend pemberontakan rakyat Indonesia hingga menimbulkan keinsafan dan kegerunan rakyatnya sendiri.


Kerajaan Indonesia hanya mampu membiarkan rusuhan berlaku saban hari dan berdoa rakyatnya akan tersedar kerugian yang dicetuskan sendiri. Strategi itu menjadi kerana sejarah dunia telah membuktikan apabila perkara menyentuh berkenaan bangsa dan agama pasti penyatuan akan berlaku. Indonesia kembali aman tetapi masih belum sunyi daripada demontrasi jalanan yang lebih lembut gayanya.


Esok adalah sejarah, esok juga bukan isu berkaitan siapa yang menjadi MB yang sah tetapi sebenarnya bisul yang telah menjadi nanah seterusnya bakal mengundang barah di dalam masyarakat Perak. Jangan kita lupa, negara ini punyai pelbagai bangsa dan agama. Telah banyak petunjuk dan isyarat bisul yang kecil itu akan menjadi barah.


Mungkin akan meletusnya tragedi perkauman yang lebih dasyat jika kemarahan dan kebencian yang menyelubungi negeri Perak gagal dibendung oleh kedua-dua pihak. Biarlah semua rakyat melihat mayat diseret ke seluruh bandar dan rakyat menangisi tragedi itu. Ketika itu tiada siapa yang harus disalahkan.


Malaysian-2Day: Maka ketawa besar lah si Ah Chong dan Kalimuthu
PANEH MIANG:Penang New Singapore
ParpuKari: IDHAM LIM CONFIRM PENIPU - malaysiakini
Nur Aflah: RAJA TIDAK PEKAK - SULTAN AZLAN SHAH
THE ANTICS OF HUSIN LEMPOYANG: MAT MOTO PUN PAHAM MALU
MAHARAJA BLOGGER: BILA ULAMA JAKUN BERTUKAR MENJADI MODEN

2 comments:

pisau said...

harap tak berlaku perkara yg tak elok..
tapi aku percaya melayu akan tetap bersatu jugak ,cuma masa yang menentukan

Lord Garam said...

KITA BERDOA BERSAMA-SAMA SEMOGA NEGERI PERAK DILINDUNGI RAHMATNYA DAN JAUHKAN DARIPADA MALAPETAKA